PENGIKUT setia drama Akulah Balqis yang telah pun melabuhkan tirainya Selasa lalu pasti cukup terkesan dengan tema kekeluargaan yang dibawakan naskhah tersebut. Nadia Brian, 24, berkata, dia tidak menjangkakan lakonannya dalam drama bersiri arahan Eirma Fatima itu bakal membuka mata peminat terhadap dirinya.Keberkesanan lakonan dalam watak Milda banyak memberi kesan kepada penonton
Artikel berkaitan
“Saya akui aura Milda memberikan penangan hebat kepada kerjaya. Bagi saya ia adalah kayu pengukur kepada penglibatan saya sebagai orang baharu dalam industri seni,” kata graduan Diploma Seni Teater UiTM Shah Alam ini.
Nadia berharap kedatangan 2016 akan menyaksikan kejayaannya sebagai pelakon yang terus bersinar dalam industri hiburan air. – SINAR ONLINE