Cara dan tarikh penunaian serta semakan Nombor Siri BPN di kaunter BSN

0 1,121

Tahukah anda bila tarikh penunaian serta semakan Nombor Siri BPN di kaunter BSN.Untuk makluman, penerima boleh membuat penunaian BPN mengunakan Nombor Siri di BSN boleh dibuat mulai 1 Jun 2020 (bagi yang tiada nombor akaun bank) dan 2 Jun 2020 (bagi yang gagal kredit). Sebelum itu, penerima perlu menyemak nombor siri BPN menerusi portal BPN bpn.hasil.gov.my.

nombor siri Bantuan  Prihatin Nasional

Apa itu nombor siri Bantuan Prihatin Nasional?

Nombor siri BPN ini dikhususkan kepada pemohon yang lulus Bantuan Prihatin Nasional tetapi tidak mempunyai akaun bank yang aktif atau gagal kredit untuk keluarkan wang bantuan tersebut. Bagi anda yang tidak memiliki akaun bank akan memiliki nombor siri BPN untuk keluarkan bayaran bantuan secara tunai di Bank Simpanan Nasional.

Sekiranya paparan di portal Bantuan Prihatin Nasional menunjukkan tiada akaun atau status adalah GAGAL Kredit

Cara Semakan Nombor Siri Bantuan Prihatin Nasional? Online

1. Semakan No. Siri BPN boleh dibuat secara online di Portal BPN menerusi pautan di https://bpn.hasil.gov.my/.

2. Nombor Siri akan dipaparkan di Portal Rasmi BPN dibahagian No. Baucar.

3. Masukkan No MyKad dan CAPTCHA, klik pada butang SEMAK.

4. Kemudian, klik pada “PAPARAN MAKLUMAT BAYARAN”.

5. Masukkan KATA LALUAN anda, klik “LOG MASUK”

6. Klik pada MAKLUMAT BAYARAN. Selepas itu, No. Siri anda akan dipaparkan di No. Baucer.

Penerima boleh hadir ke kaunter BSN setelah Nombor Siri wujud pada paparan Maklumat Pembayaran Penerima perlu membuat penunaian di Kaunter BSN selewat-lewatnya pada 31 Disember 2020. Pastikan anda membawa kad nombor pengenalan dan Nombor Siri BPN untuk ditunaikan.

Bagi penerima yang tidak dapat hadir atau meninggal dunia wakil atau waris anda perlu sertakan beberapa dokumen yang diperlukan semasa mewakilkan penerima bagi penunaian Bantuan Prihatin Nasional. Antaranya iaitu :

•           Sijil kematian (asal atau salinan) penerima

•           Kad pengenalan asal atau salinan penerima

•           Kad pengenalan asal wakil

•           Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan wakil /waris

Tarikh Penunaian Nombor Siri BPN 2020

Tarikh penunaian Nombor Siri BPN boleh dibuat pada 1 Jun 2020 (bagi yang tiada akaun bank)
2 Jun 2020 (bagi yang gagal kredit).

Cara Penunaian BPN Di Kaunter BSN

1. Penerima boleh hadir ke kaunter BSN setelah Nombor Siri wujud pada paparan Maklumat Pembayaran dan penunaian boleh dibuat di Kaunter BSN pada 1 Jun 2020 (bagi yang tiada akaun bank) manakala 2 Jun 2020 (bagi yang gagal kredit).

2. Penunaian boleh dibuat dengan membawa MyKad dan Nombor Siri BPN

Sebarang pertanyaan,boleh hubungi:

Kementerian Kewangan : 03-8882 9089/ 03-8882 9087/ 03-8882 9191/ 03-8882 4565/ 03-8882 4566
LHDNM : 1-800 882 747/ 03-8911 1000

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

X
logo hiburan.my

Subscribe Post Terbaru dari kami kepada anda!

Dapatkan PERCUMA Info Bantuan Kerajaan ke Telefon Anda Setiap Hari.
Jangan lupa CONFIRMKAN SUBSCRIPTION di email anda!

Sila confirmkan Subscription INFO PERCUMA kami di EMAIL ANDA SEKARANG!