Bantuan Khas OKU PEMULIH RM500 untuk 3 bulan JKM

0 1,871

Tidak dilupakan,golongan Oku juga di berikan perhatian dan turut tidak dilupakan di dalam Pakej PEMULIH.Jesteru itu,Bantuan Khas OKU PEMULIH RM500 diberikan oleh kerajaan untuk tempoh tiga bulan, bagi membantu golongan kurang upaya yang kehilangan pekerjaan atau ketiadaan kerja, serta bukan dalam kalangan penerima bantuan Elaun Pekerja Cacat sedia ada.

Bantuan Kewangan Khas OKU disediakan oleh Kerajaan bagi membantu individu OKU yang terkesan akibat pandemik COVID19 seperti diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji, diarah bercuti tanpa dibayar gaji atau bekerja sendiri.Golongan OKU akan menerima RM500 setiap bulan,selama 3 bulan. Ini bermakna jumlah RM1500 seorang Ini akan memberi manfaat kepada lebih 20,000 OKU di seluruh negara dengan melibatkan peruntukan sehingga RM30 juta.

Kadar bayaran bantuan Khas OKU

Kadar bayaran adalah sebanyak:

  • Rm500 setiap sorang hingga 3 bulan

Boleh juga baca: Panduan Mohon Bantuan Warga Emas JKM RM500 Sebulan

Tempoh permohonan

Permohonan dibuka mengikut tempoh berikut:

19 Julai 2021 hingga 6 Ogos 2021.

Syarat kelayakan Memohon

  1. OKU yang berdaftar dengan JKM;
  2. OKU yang berumur 16 tahun ke atas dan bekerja
  3. OKU bukan penerima Bantuan Bulanan JKM;
  4. Pekerja OKU yang terkesan kerana diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji/pendapatan berkurangan atau diarah bercuti tanpa dibayar gaji; dan
  5. OKU yang bukan kakitangan kerajaan.

Boleh juga baca: Permohonan Bantuan Kanak-Kanak Dan Keluarga JKM 2021

Cara membuat permohonan

Terdapat 2 cara untuk anda membuat permohonan.Berikut adalah langkah-langkah untuk anda membuat permohonan:

  1. Cara Pertama adalah dengan menggunakan google form.
    • Anda boleh mengisi borang Permohonan Bantuan Kewangan Khas OKU (Pakej PEMULIH) melalui Google Form yang terdapat di laman web JKM iaitu www.jkm.gov.my
  2. Cara kedua adalah dengan Dropbox/Email
    • Permohonan secara mengisi borang yang boleh dimuatturun daripada laman web JKM iaitu www.jkm.gov.my (seperti dalam Lampiran A) dan dihantar ke PKMD / dimasukkan dalam dropbox yang disediakan atau menghantar semua dokumen dalam bentuk pdf ke alamat emel b[email protected]
    • Permohonan secara mengisi borang dan dihantar kepada pihak NGO untuk diserah kepada pihak PKMD atau menghantar semua dokumen dalam bentuk PDF ke alamat emel [email protected]

Permohonan adalah memerlukan dokumen sokongan atau boleh memuat naik dokumen seperti:

  1. Salinan Kad OKU / Dokumen Pengenalan Sementara OKU;
  2. Salinan muka depan buku akaun bank yang aktif / slip berkaitan no akaun bank / sebarang dokumen sokongan yang berkaitan.

Semakan permohonan bantuan Khas OKU PEMULIH RM500

Permohonan yang lengkap dan yang telah diluluskan akan diproses dalam masa 14 hari.

Sila rujuk e-mel untuk maklumbalas atau maklumat terkini di laman web JKM : https://www.jkm.gov.my/

Bagi permohonan yang lengkap dan telah diluluskan, pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) akan melaksanakan bayaran ke akaun pemohon yang dinyatakan dalam borang permohonan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran-saluran berikut:

Jangan lupa join telegram kami.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More