Positif Isu Boikot Produk Israel – Afdlin Shauki

0

aflin-shauki
Asalaimualaikum buat semua pembaca portal Hiburan.my. Terlebih dahulu tahniah kami ucapkan kepada anda yang telah berjaya memboikot produk dari Israel. Terbaru Pelakon juga Pengarah Filem Aflin Shauki turut sama memboikot barangan dari Israel susulan kekejaman melampau tentera zionis terhadap penduduk di Gaza terutamanya kanak-kanak yang tidak berdosa jadi korban.
Positif Isu Boikot Produk Israel – Afdlin Shauki – baca selanjutnya dibawah

Menerusi laman Instagram Afdlni memberi pendapat berkenaan isu boikot mengikut kemampuan bukan mengikut emosi.
Sebagai contoh sekiranya di rumah mempunyai 10 tin Milo jangan  buang terus tetapi habiskan dahulu barulah tidak membeli produk tersebut.

afli-shauki-boikot-hiburan

Ini adalah kerana barangan yang dibeli itu tidak jatuh hukum haram, dalam pada itu, beliau juga berkongsi pengalamannya ketika membuat lawatan misi kemanusiaan ke Gaza dan telah dihidangkan dengan air minuman Coke.

Afdlin menyatakan tidak salah untuk minum kerana untuk menjaga hati tuan rumah, kerana itu antara salah satu air minuman yang boleh dibeli terus dari Israel, itu dipanggil darurat akibat sekatan ekonomi yang dibuat oleh Israel yang menyebabkan rakyat di sana tiada pilihan.

Berbeza di Malaysia, rakyat di sini mempunyai pelbagai pilihan sama ada mahu terus tidak membelinya atau sebaliknya, sekali lagi Afdlin menegaskan boikot mengikut kemampuan, jika ia telah menjadi satu keperluan perlu cari alternatif lain.

Boikot boleh jadi ibadah bukannya tempat untuk luahan marah secara membuta tuli.

Via:

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More