Pakej Remaja Dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia merupakan satu inisiatif baru dari kerajaan.Kita sedia maklum Akses internet di zaman sekarang adalah satu keperluan di mana semua benda di lakukan di atas talian.Kepada golongan yang tidak berkemampuan,perkara seperti ini menjadi seperti beban
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini melancarkan dua pakej kemudahan akses Internet iaitu Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia.
Kedua-dua pakej ini bertujuan membantu pelajar dan remaja memperoleh akses internet bagi semua, terutamanya golongan kurang berkemampuan.Mari kita bersama-sama melihat apakah maksud-maksud pakej-pakej yang disediakan.
Boleh juga baca: Skim Pembiayaan Informal (SPIN) TEKUN Sehingga RM 5000 Untuk Peniaga Tanpa SSM
Pakej Remaja Dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia 2021
Pakej ini adalah untuk remaja dan keluarga dalam bentuk bantuan untuk mengurangkan bebanan internet yang mereka hadapi.Dua pakej yang disediakan adalah seperti berikut:
- Pakej Remaja Keluarga Malaysia
- bertujuan membantu para pelajar mendapat akses internet dengan harga yang mampu milik.
- Pakej prabayar khusus untuk remaja dan pelajar termasuk pelajar pascasiswazah.
- Harga pakej boleh didapati dengan hanya RM10/sebulan (Dibayar untuk 3 bulan/RM30)
- Data 20GB untuk 3 bulan dengan 1GB percuma untuk aktiviti produktiviti setiap hari serta akses internet tanpa had (jumlah 90GB).
- Bagi data 20GB ini boleh digunakan untuk memuat turun video atau permainan dalam talian serta aktiviti berbentuk hiburan.
- Pendaftaran bagi pelajar 21 tahun ke bawah menggunakan MyKad
- 2.Pakej Peranti Keluarga Malaysia
- Pakej yang membantu keluarga mendapatkan peranti dengan harga yang mampu milik.
- Peranti tersebut dapat dimiliki dengan langganan serendah RM40 sebulan melalui kontrak selama 12 hingga 24 bulan tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggan.
- Pakej ini termasuk 1GB data percuma untuk aktiviti produktiviti.
- Setiap pengguna yang layak boleh melanggan sehingga dua (2) pakej dengan mendaftar kad pengenalan yang sama.
Tarikh pendaftaran
Pendaftaran di buka untuk kedua-dua pakej tersebut adalah bermula dari 15 Oktober 2021- 15 April 2022 selama enam (6) bulan
Sila Join Channel Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.
Maklumat lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh layari maklumat terkini di laman web SKMM serta media sosial rasmi SKMM.
Facebook Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM)