Rangkuman intipati Inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara(PENJANA)

0 362

Hari ini Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yassin  telah mengumumkan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang dikenali sebagai Pelan Jana Semua Ekonomi Negara (PENJANA)

Pelan Jana Semula Ekonomi Negara

Pelan Jana Semua Ekonomi Negara (PENJANA)  telah diperkenalkan dengan tema Bersama Menjana Ekonomi. Ianya merangkumi 40 inisiatif termasuk yang baru serta penambahbaikan bernilai RM35 bilion

Antara yang menarik dalam Pelan ini termasuklah inisiatif bagi penganggur, bantuan kepada ibu tunggal, pas perjalanan RM30 sebulan bagi pengangkutan awam dan banyak lagi. Segala intipati penting akan disenaraikan di bawah dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Rangkuman intipati inisiatif dari Pelan Jana Semula Ekonomi Negara

RM9 bilion untuk tenaga kerja melalui beberapa inisiatif:

  1. Perluasan program subsidi upah RM5 bilion
  2. Melanjutkan subsidi upah selama tiga bulan lagi
  3. Program insentif pengambilan pekerja RM1.5 bilion di mana syarikat akan diberikan insentif kewangan apabila menggaji penganggur (jumlah bergantung kepada umur) diberikan selama 6 bulan
  4. Elaun latihan RM4,000 boleh dituntut daripada PERKESO kepada mereka yang hilang pekerjaan walaupun tidak mencarum PERKESO
  5. RM2 bilion bagi program peningkatan kemahiran untuk mereka yang sedang menganggur yang memanfaatkan lebih 200,000 orang
  6. Geran untuk ekonomi gig
  7. RM25 juta kepada MDEC bagi progra Global Online Workforce (GLOW)
  8. Dana Peka B40 ditambah RM50 juta
  9. Internet percuma 1GB dari 8 pagi sehingga 6 petang

Teras kedua melonjakkan perniagaan

Menggalakkan penyertaan perusahaan mikro dan PKS dalam aktiviti e-dagang
Shop Malaysia Online
RM700 juta bagi menggalakkan pendigitalan operasi
Pembiayaan PKS PENJANA – RM500,000 setiap syarikat
RM1 bilion pembiayaan pelancongan PENJANA
Rebat cukai pendapatan RM20,000 (3 tahun)
Dana PENJANA Nasional RM600 juta bagi memacu proses pendigitalan perniagaan
RM100 juta untuk Nasional Technology & Innovation Sandbox

Teras ketiga merangsang ekonomi

Kempen pemilikan rumah akan diperkenalkan semula — pengecualian duti setem bagi rumah bernilai RM300,000 – RM2.5juta
Had pembiayaan rumah ke-3 tidak lagi tertakluk 70% daripada nilai rumah
Pengecualian cukai jualan sebanyak 100% (CKD) dan 50% (CBU)
Pengecualian cukai pelancongan

A) Program Insentif Pengambilan Pekerja

Program Insentif Pengambilan Pekerja di mana syarikat akan diberikan insentif kewangan untuk memberi pekerjaan kepada golongan penganggur dan belia. Dianggarkan 300 ribu pencari kerja akan mendapat manfaat melalui dua insentif iaitu:

  1. Insentif bagi menggaji penggangur berumur di bawah 40 tahun sebanyak RM800 sebulan bagi setiap pekerja;
  2. Insentif bagi menggaji penganggur berumur 40 tahun dan ke atas dan golongan OKU sebanyak RM1,000 sebulan.

Insentif-insentif ini akan diberikan selama 6 bulan.

B) OKU dan Ibu Tunggal

Bantuan bagi golongan OKU dan ibu tunggal adalah seperti berikut:

  • Lebih 300,000 OKU dan ibu tunggal yang tersenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat layak menerima bantuan one-off sebanyak RM300
  • Bayaran ini InshaAllah akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha

Insentif lain akan kami kemaskini dengan penjelasan yang lebih lanjut

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More