Pelatih Juruterbang Akademi Penerbangan Malaysia Terbabas

0

.

Pelatih Juruterbang Akademi Penerbangan Malaysia Terbabas :

MELAKA: Seorang pelatih juruterbang Akademi Penerbangan Malaysia (MFA) nyaris maut apabila pesawat ringan dipandunya terbabas lalu terhempas di tebing berdekatan kondominium Cheng Height, di sini, kira-kira jam 11.57 tengah hari tadi.

Mangsa, P Devenis Roa, 20, cedera di kepala dan tengkuk bagaimanapun berjaya keluar dari pesawat jenis Piper 28 itu.

Mangsa dikatakan sempat menghubungi menara kawalan berdekatan sebelum merempuh beberapa pokok dan terhempas di tebing berdekatan lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) menghala ke Melaka.

Tiada kebakaran berlaku dan keadaan berjaya dikawal bomba yang menggunakan buih untuk memadam kebocoran pesawat itu.

Pelatih Juruterbang Akademi Penerbangan Malaysia Terbabas

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More