Panduan Mohon bantuan Pembiayaan Aspirasi Assist hingga RM20,000
Pembiayaan Aspirasi Assist,anda sudah Mohon?Berita baik untuk usahawan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS), Axiata Group Berhad bersama anak-anak syarikatnya iaitu Axiata Digital, Celcom Axiata dan edotco Group telah menawarkan pembiayaan perniagaan sehingga RM20,000 yang dinamakan Aspirasi Assist.
Program pembiayaan ini adalah sebahagian daripada bantuan COVID-19 berjumlah RM150 juta yang dilaksanakan oleh Axiata Group.Menariknya pinjaman ini menawarkan beberapa terma istimewa termasuk tanpa pembayaran balik untuk 6 bulan pertama.

Pembiayaan Aspirasi Assist turut meliputi perlindungan insurans khas iaitu Aspirasi SME OwnerProtect-X yang memberi perlindungan sehingga RM10,000 jika berlaku kematian atau hilang upaya akibat berlakunya kemalangan.
Aspirasi SME OwnerProtect-X ditaja dan dijamin oleh Great Eastern General Insurance (Malaysia) Berhad.Selain itu, jika individu atau keluarga disahkan positif COVID-19, bantuan sebanyak RM200 sehari akan diberikan melalui pembiayaan di bawah COVID-19 Assist.
Kelebihan Pembiayaan
- Pembiyaan yang ditawarkan adalah daripada RM1,000 hingga RM20,000.
- Tempoh pembiayaan adalah selama 18 bulan dengan tiada pembayaran balik untuk 6 bulan pertama, diikuti dengan pembayaran balik untuk 12 bulan.
- Kadar keuntungan adalah 0.5% sebulan (0.75% sebulan untuk pembiayaan melebihi RM10,000).
- Pembiayaan adalah berkonsepkan Syariah dan berasaskan konsep komoditi Murabahah.
- Jumlah perlindungan bagi manfaat kematian adalah bernilai RM10,000.
- Jumlah perlindungan bagi manfaat hilang upaya akibat kemalangan adalah bernilai RM10,000.
- Tuntutan sebanyak RM1,000 layak diberikan sekiranya berlaku kematian, hilang upaya kekal dan kemasukan ke hospital lebih daripada 4 hari akibat kemalangan.
Syarat Kelayakan untuk Pembiayaan Aspirasi Assist
- Pemohon warganegara Malaysia.
- Pemohon berusia 18 tahun hingga 65 tahun sahaja.
- Perniagaan pemohon mestilah mematuhi konsep syariah.
- Permohonan hanya dibenarkan untuk 1 kontrak perniagaan pada satu-satu masa.
Panduan Memohon secara online
Artikel berkaitan
Langkah-langkah untuk membuat permohonan:
- Layari laman web https://aspirasi.co/pasar/capital.
- Klik butang ‘Mohon Sekarang.’
- Klik butang ‘I’m Ready.’
- Isikan maklumat berikut dengan lengkap:
i) Nama seperti dalam kad pengenalan
ii) Email
iii) No. Telefon
- Tandakan pada kotak kecil bagi bersetuju dengan syarat dan terma.
- Masukkan nombor OTP yang dihantar kepada telefon.
- Klik butang ‘Verify.’
- Masukkan semua maklumat yang diperlukan.
- Klik butang ‘Continue.’
- Permohonan akan diproses dan dimaklumkan status kelulusan melalui email.
- Wang pembiayaan dijangka dimasukkan dalam tempoh 48 jam selepas permohonan pembiayaan diluluskan.
Sebarang Pertanyaan dan persoalan :
Sebarang Kemusyikilan mengenai pembiayaan ini, pertanyaan boleh dilakukan melalui email iaitu [email protected]
Layaru laman web rasmi iaitu https://aspirasi.co/ untuk sebarang hebahan dan info terbaru.
