Penangan ‘Legolas’, Orlando Bloom terus diminati

0

orlando bloom legolas

SIAPA yang mengikuti filem bersiri Lord Of The Rings dari episod pertama hingga keempat, pasti mengenali watak Legolas yang dipegang pelakon kacak, Orlando Bloom.

Satu fakta menarik mengenai aktor kelahiran England itu, dia sebenarnya mengidap penyakit dilexia,  iaitu kesukaran untuk membaca dengan baik.

Atas dorongan ibunya, Sonia Constance Josephine, supaya Bloom hidup secara normal seperti orang lain, dia mendaftarkan anaknya dalam kelas seni dan drama.

Demi mengejar cita-citanya sebagai pelakon, Bloom sanggup berpindah ke London untuk menyambung pelajaran dalam kursus Drama, Fotografi dan Ukiran di Fine Arts College, Hampstead.

Bloom mula aktif berlakon secara profesional dengan drama TV popular seperti Casualty dan Midsomer Murders.

Namun, namanya kurang dikenali walaupun mula berlakon filem pertamanya Wilde (1997) membawa watak kecil sebagai Rent Boy.

Empat tahun kemudian, Bloom mencuba nasib untuk uji bakat bagi watak kecil, Faramir, menerusi filem The Lord Of The Rings (2001-2003).

Namun pengarah filem tersebut, Peter Jackson, sebaliknya menawarkan Bloom untuk mencuba watak Legolas setelah melihat dia  lebih sesuai membawa watak itu.

Ternyata lakonan Bloom berjaya membuka mata dunia apabila filem The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring (2001) berjaya merangkul beberapa anugerah berprestij.

Malah dia sendiri menjulang anugerah Pelakon Terbaik (Phoenix Film Critics Society Award), Debut Terbaik (Empire Award) dan Persembahan Terbaik (MTV Movie Award).

Akui Bloom, dia sangat bertuah kerana dapat menggalas watak Legolas yang menjadi pencetus kejayaan lakonannya. Kerana watak itu jugalah namanya dikenali di seluruh dunia.

“Legolas membuatkan saya berasa lebih dekat dengan peminat. Malah saya sangat merindui watak ini dan berharap akan dapat kembali dengan sekuel terbaru nanti,” katanya.

Tampil sisi berbeza

Selepas kejayaan filem trilogi The Lord Of The Rings (LOTR), Bloom menjadi tumpuan pengarah dan penerbit Barat untuk membintangi filem mereka.

Meskipun tulang pinggulnya pernah patah ketika menjalani penggambaran filem tersebut, namun ia sedikit pun tidak mematahkan semangat Bloom untuk terus berakhir dalam filem seterusnya, Black Hawk Down (2001) sebagai PFC. Todd Blackburn.

Setahun kemudian, dia tersenarai dalam Teen People ’25 Hottest Stars Under 25′ dan terpilih sebagai pelakon bujang paling kacak menerusi majalah People (2004).

Kariernya semakin menyerlah setelah dia bergandingan bersama Keira Knightley dan Johnny Depp dalam filem Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl (2003) sebagai Will Turner.

Membawa watak sebagai lanun, filem itu sekali gus berjaya membuang imej lelaki jambu pada dirinya. Malah penonton juga tidak menyangka watak Will membawa sisi berbeza Bloom.

Tidak terhenti di situ, Bloom terus menyerlah dengan membintangi filem Troy (2004) di samping pelakon hebat seperti Brad Pitt, Eric Bana dan Peter O’Toole.

Walaupun sekadar pelakon pembantu, dia berjaya menyerlahkan bakatnya setanding dengan pelakon handalan lain.

Pada 2005, percubaan Bloom sebagai peneraju utama dalam Kingdom of Heaven dan Elizabethtown membuahkan hasil apabila dia berjaya anugerah Pelakon Eropah Terbaik, Jameson People’s Choice Award.

Selain bergelar pelakon, Bloom juga bertindak sebagai produser dalam filem sekuel Pirates of the Caribbean: Dead Man’s Chest.

Menjadikan Johnny Depp sebagai idola, Bloom juga berharap dia mampu menandingi Deeps sebagai pelakon yang versatil.

Buat masa kini, pelakon kacak itu menumpukan sepenuh perhatian terhadap filem The Hobbit: The Desolation of Smaug (2013) dan The Hobbit: There and Back Again yang akan dilancarkan pada tahun depan.

Cinta baharu Bloom

Walaupun kerjaya seninya berlaku dengan lancar namun, kehidupan peribadi Bloom tidak seindah yang diimpikan.

Memulakan hubungan mesra bersama aktres cantik, Kate Bosworth pada 2001 namun tidak bertahan lama kerana tiada persefahaman.

Enam tahun kemudian, Bloom bercinta dengan model Australia, Miranda Kerr dan bertunang pada Jun 2010.

Pasangan ini berkahwin bulan berikutnya dan Kerr melahirkan bayi lelaki, Flynn Christopher Blanchard Copeland Bloom yang kini berusia dua tahun di Los Angeles.

Hubungan mereka bagaimanapun tidak mampu bertahan lama dan Oktober lalu mereka mengambil keputusan untuk berpisah.

Belum sampai tiga bulan bercerai, Bloom dikatakan sudah bersedia untuk bercinta dan memilih pelakon cantik, Liv Tyler, 36.

Kemesraan mereka bermula selepas majlis makan malam Broadway, Waiting for Godot, bulan lalu.

“Mereka kelihatan seperti pasangan muda yang baru bercinta kerana asyik berpegang tangan dan memandang antara satu sama,” kata sumber.

Sumber di petik dari sinarharian.com.my

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More