Permohonan BSH 2019 Bantuan Sara Hidup Rakyat Pendaftaran Baru Online

0

Pasca Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, kerajaan Pakatan Harapan telah mengumumkan bahawa skim bantuan kewangan kepada rakyat yang dahulunya dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan tetap diteruskan dan digantikan dengan nama Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH).
Pertukaran nama ini bagaimana pun tidak akan memberi impak yang negatif buat rakyat Malaysia kerana jumlah bantuan yang diberikan masih lagi kekal dan tidak akan dikurangkan. Namun begitu semakan semula terhadap kelayakan setiap individu yang membuat permohonan akan dilakukan dengan lebih teliti agar bantuan diberikan hanya kepada individu yang sememangnya layak dan memerlukan.

Permohonan BSH 2019 Bantuan Sara Hidup Rakyat Pendaftaran Baru Online

Mekanisme pembayaran BSH pada tahun 2018 telah dilaksanakan melalui 3 fasa iaitu fasa pertama pada Februari 2018, fasa kedua pada Jun 2018, dan fasa ketiga pada Ogos 2018. Permohonan BSH dibahagikan mengikut beberapa kategori tertentu selaras dengan pendapatan seisi rumah pemohon. Kategori penerima dan juga jumlah bantuan masih dikekalkan mengikut tahun sebelum ini dan akan dijelaskan dengan lebih lanjut di bawah.

Kebiasaannya, permohonan baru dan kemaskini BSH 2019 akan bermula pada akhir tahun sehingga awal tahun hadapan. Subsidi bersasar ini dikhususkan buat golongan berpendapatan rendah, B40 di mana pendapatan seisi rumah kurang daripada RM3,860 serta golongan miskin yang berpendapatan kurang daripada RM900 seisi rumah. Pastinya rakyat berharap agar bantuan ini diteruskan untuk membantu menampung kos sara kehidupan mereka

Pendaftaran pemohon baru melalui online dan Borang Permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH 2019) secara manual

Berikut adalah cara-cara untuk memohon sebagai pemohon baru dan syarat-syarat serta kelayakan pemohon:

Pemohon yang layak membuat permohonan baru BSH 2019

  1. Individu yang belum pernah memohon untuk BR1M / BSH sebelum ini
  2. Pasangan hidup kepada penerima BSH 2018 yang telah meninggal dunia atau bercerai
  3. Individu yang sudah memohon BR1M / BSH sebelum ini tetapi gagal atau tidak layak

Kelayakan secara umum permohonan BSH 2019

  1. Huruf Berkerwarganegaraan Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Ketua (lelaki atau perempuan) kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) yang hidup sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah

Kategori dan syarat kelayakan BSH 2019 serta jumlah yang diterima

RM1000Berpendapatan Kasar Bulanan : RM2,000 dan ke
bawah
Isi Rumah (1)Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
sahaja
RM750Berpendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah:
RM2,001 hingga RM3,000 (termasuk warga emas)
Isi Rumah (2) Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
sahaja
RM500 Berpendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah:
RM3,001 hingga RM4,000 (termasuk warga emas)

Isi Rumah (3)
Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
sahaja

RM500
Bagi setiap anak yang berumur 18 tahun
ke bawah
Kadar Tambahan
Tiada had umur untuk anak OKU
Terhad kepada 4 orang sahaja

Tarikh rasmi pendaftaran permohonan BSH 2019
Tarikh dibuka Tarikh ditutup
1 Februari 201915 Mac 2019

Panduan cara memohon Bantuan Sara Hidup 2019 (BSH 19) melalui Kaedah Online dan manual

Penerima sedia ada BSH tidak perlu untuk melakukan permohonan baru untuk BSH 2019 kerana maklumat permohonan lama anda telah direkodkan. Walaubagaimanapun, anda digalakkan untuk mengemaskini maklumat terkini anda seperti alamat, nombor akaun bank, waris dan lain-lain supaya permohonan BSH 2019 anda diproses dengan sempurna.

Boleh semak Tutorial Dan Cara Kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH)2019

Kaedah permohonan BSH 2019 atas talian online(online)
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah menyediakan sebuah portal khusus buat permohonan BSH secara atas talian
Pemohon boleh melayari portal tersebut seperti di pautan di bawah dan disarankan untuk mencetak salinan permohonan dan disimpan sebagai rujukan
Permohonan BSH 2019 secara atas talian di portal hanya akan dibuka pada tempoh yang ditentukan yang akan diumumkan kelak

Sila Semak Permohonan BSH 2019 secara Online di sini

Permohonan BSH 2019 secara kaedah manual
Permohonan BSH 2019 menggunakan borang manual boleh dilakukan dengan melengkapkan borang permohonan BSH yang boleh didapati secara percuma melalui Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan atau muat turun di Portal Rasmi BSH setelah pengumuman rasmi diumumkan kelak
Borang permohonan yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dihantar ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan sebelum tarikh tutup permohonan

Sila Semak Permohonan BSH 2019 secara manual di sini

Salinan Dokumen Yang Perlu Dikemukakan(yang berkenaan)

  • MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid / Sijil Lahir / Pasport dan Visa bagi suami / isteri / tanggungan
  • Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (sekiranya ada) jika pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
  • Pengesahan pembubaran / penamatan perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Agensi Yang Terlibat Dalam Verifikasi Kelayakan BSH 2019:

  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia
  • Jabatan Pendaftaran Negara
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
  • Jabatan Pengangkutan Jalan
  • Kumpulan Wang Persaraan
  • Jabatan Agama Islam Negeri
  • Kementerian Pendidikan Tinggi
  • Jabatan Akauntan Negara Malaysia Termasuk PDRM
  • Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Angkatan Tentera Malaysia
  • Kementerian Luar Negeri
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri
Untuk sebarang Pertanyaan dan maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019, sila lihat FAQ yang disediakan atau hubungi:
Klik Link FAQ Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019
TickSekretariat BSH, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.
TickHotline BSH LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang)
TickHotline MOF: 03- 8882 4565 | 03- 8882 4566
TickE-mel Rasmi: [email protected]
TickPortal Rasmi: https://bsh.hasil.gov.my




Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More