Pengakuan Nelydia Senrose, Qi Razali Cinta Pertama Saya

0

qi razali neldia

 

Pengakuan Nelydia Senrose, Qi Razali Cinta Pertama Saya |  Dalam temubual terbaru bersama majalah Media Hiburan, Nelydia Senrose tampil lebih terbuka dengan kisah cintanya bersama Qi Razali dan mengakui yang jejaka itu merupakan cinta pertama beliau selain mereka kini memang serius dalam hubungan.

“Bila bercinta, ia bukannya satu masalah buat saya kerana ia adalah perkara normal bagi setiap manusia. Saya baru terlepas habis dari zaman persekolahan, jadi boleh dikatakan Qi adalah kekasih pertama saya selepas itu,” ujar Nelydia Senrose.

“Walaupun saya masih muda, tapi dalam bab kehidupan saya cukup matang dan bila bercakap soal hubungan kami. saya perlu serius. Selagi boleh buat yang terbaik, itu yang saya lakukan. Saya bercinta bukan sekadar mahu mencuba nasib, tapi mengharapkan yang terbaik daripadanya”

Nelydia Senrose turut mengakui yang Qi Razali sudah berjumpa dan saling berkenalan dengan ibu bapanya namun masih belum ada sebarang perbincangan serius atau meletakkan sasaran untuk bertunang mahu pun perkahwinan.

Semoga percintaan mereka berdua akan kekal selama – lamanya

Sumber : aiskosong.com

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More