Pengambilan dan permohonan Pegawai Kadet Graduan 2017 ATM
Pengambilan dan permohonan Pegawai Kadet Graduan 2017 ATM
PengambilanTentera, anda berminat menjadi Pegawai Kadet ATM? Berita baik buat mereka yang layak dan berminat membuat permohonan seperti dikongsikan dari Portal Rasmi Markas Angkatan Tentera Malaysia (MAFHQ). Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa Lelaki dan Wanita warganegara Malaysia dan berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Pengambilan dan permohonan Pegawai Kadet Graduan 2017 ATM
Permohonan hendaklah dibuat secara online di link applikasi permohonan yang dikongsikan di bawah ini. Untuk makluman, calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Graduan untuk menjalani latihan Pegawai Kadet Graduan di Kolej Tentera Darat (KTD), Kapal DiRaja Sultan Idris I (KDSI I) dan Kolej Tentera Udara (KTU).
Appliaksi Permohonan Online
Permohonan hendaklah dibuat melalui pautan Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2017 di laman sesawang Portal MK ATM di Pengumuman atau JOM MASUK TENTERA
Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Disember 2016
Syarat Perlantikan
Berikut adalah syarat-syarat perlantikan Pegawai Kadet Graduan :-
Artikel berkaitan
- Jantina : Lelaki dan Wanita
- Umur : Tidak melebihi 25 tahun pada 31 Disember 2017
Fizikal
Tinggi Minimum : TDM : 1.70m (Lelaki) & 1.62m (Wanita),
TLDM : 1.62m (Lelaki) & 1.60m (Wanita) dan TUDM : 1.62m (Lelaki) & 1.60m (Wanita)
Berat Minimum : 47.5 kg (Lelaki) & 45kg (Wanita)
Ukuran Dada Minimum (Lelaki sahaja) : 76 sm
Body Mass Index (BMI) : 18.0 hingga 23.0
Taraf Kesihatan : Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatab ATM dengan tahap Penglihatan yang baik tanpa kaca mata dan kanta lengkap.
Iklan Permohonan Pegawai Kadet Graduan 2017 ATM
Berikut adalah iklan lengkap permohonan yang mengandungi maklumat seperti syarat perlantikan, kelayakan akademik, gaji/ elaun, tarikh tutup dan sebagainya.
Cara Hubungi
Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 03-2071 2387/ 4524/ 4526/ 2391
Kepada semua graduan yang layak dan berminat menjadi Pegawai Kadet Graduan ATM 2017 ,semoga berjaya.
Sumber MAFHQ