Pengeluaran i-Sinar KWSP Simpanan Akaun 1 Sehingga RM10,000
Pada pembentangan Belanjawan 2021 pada Jumaat lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 bagi tempoh 12 bulan untuk meringankan beban kewangan ahli yang terjejas.
Sebelum ini, KWSP telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Lestari pada April yang membenarkan ahli membuat pengeluaran sebanyak RM500 sebulan selama tempoh 12 bulan dengan jumlah keseluruhan sehingga RM6,000.
Semakan Status Pembayaran i-Sinar 2021
Kemaskini 2 Mac 2021: Pembayaran I-Sinar bermula 2 Mac Bagi Permohonan Sebelum 25 Februari
Bagi yang telah memohon SEBELUM 25 Februari 2021 keputusan kelulusan adalah secara berperingkat dan bayaran akan dibuat bermula:
- Tarikh bayaran: 2 Mac 2021
Makluman: Semakan kelulusan permohonan adalah 5 hari bekerja dan pemohon boleh semak status permohonan dan tarikh pembayaran.
Bermula 8 Mac 2021 juga, ahli akan diberikan kelonggaran untuk membuat pindaan pada butiran permohonan seperti jumlah dipohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon serta mod bayaran di laman i-Sinar Online.
Kemaskini 18 Feb 2021:Status kelulusan dan bayaran i-Sinar Serta Permohonan Baru Tanpa Kriteria boleh dibuat mulai 8 Mac 2021
- Sudah membuat Permohonan : Status bayaran boleh disemak mulai 8 Mac
- Belum Memohon: Permohonan boleh dilakukan mulai 8 Mac & akan diberi kelulusan
- Tidak layak mohon i-sinar:
- Bukan Ahli Pencarum KWSP
- Baki akaun 1 kurang RM15
- Ahliu yang berumur 55 tahun dan ke atas (kerana layak buat pengeluaran umur 55 tahun)
Kemaskini 2 Feb 2021: Tiada lagi syarat buat pengeluaran i-Sinar, Permohonan berdasarkan kriteria semasa akan diluluskan secara automatik
- Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
- Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.
Bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi. #AWANInews #AWANI745
Posted by Astro AWANI on Thursday, February 11, 2021
Pencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP / EPF) boleh membuat permohonan i-Sinar iaitu pengeluaran simpanan KWSP akaun 1.
Cara membuat semakan anda boleh rujuk di sini:
Panduan membuat Semakan i-Sinar KWSP Akaun 1
Kemaskini terbaru: Tarikh Pembayaran i-Sinar
Tarikh dan Jadual Pembayaran iSinar KWSP
Kategori 1: 11 Januari 2021
Kategori 2: Pertengahan Februari 2021
Semakan status pengeluaran i-Sinar boleh dibuat di portal rasmi isinar.kwsp.gov.my bermula 4 Januari 2021.
Pengumuman terkini daripada KWSP pada 2 Disember 2020,Permohonan pengeluaran i-SINAR dan pendaftaran i SINAR kini telah diumumkan secara rasmi oleh KWSP
Kelayakan Pengeluaran i-Sinar
Terdapat dua Kategori yang telah dimaklumkan oleh KWSP:
Kategori 1
Mereka yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau diberi cuti tanpa gaji.
Syarat kelayakan untuk kategori 1
Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
2. Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020.
Bagi kategori ini:
- Tiada dokumen sokongan diperlukan;
- Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP;
- Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.
Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.
Kategori 2
Mereka yang masih bekerja tetapi mengalami masalah pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas Mac 2020.
Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan
- Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.
Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.
Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.
Tarikh dan cara membuat Permohonan
Untuk kategori 1
- Permohonan perlu dibuat secara atas talian melalui https://isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.
- Tiada dokumen sokongan diperlukan.
- Kelulusan diberikan secara automatik melalui data dalam KWSP.
- Pembayaran akan dilakukan bermula pertengahan Januari 2021.
Baca Juga:
- Panduan Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan Sebelum Usia 55 Tahun
- Maksud Di Sebalik Fungsi Akaun KWSP 1 Dan 2 Yang Sebenar
Untuk kategori 2
- permohonan perlu dibuat secara atas talian melalui https://isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.
- Status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa 2 ke 3 minggu selepas pembayaran dibuat.
- Pembayaran akan dijalankan sebelum akhir bulan berikutnya selepas mendapat kelulusan.
Cara membuat semakan anda boleh rujuk di sini:
Panduan membuat Semakan i-Sinar KWSP Akaun 1
Pemohonanan akan di buka selama 6 bulan bermula 21 Disember 2020.
Kadar pengeluaran i-Sinar terbaru
Pengeluaran yang dibenarkan bagi kemudahan i-Sinar ini ialah 10% daripada Akaun 1 mereka dan tertakluk kepada baki minimum RM100.
Duua kriteria penting yang diambil kira ialah iaitu
- Ahli yang mempunyai baki Akaun 1 RM90,000 dan ke bawah dibenarkan untuk mengeluarkan wang sehingga RM10,000.
- Ahli yang mempunyai baki Akaun 1 RM100,000 ke atas dibenarkan untuk mengeluarkan 10% simpanan mereka dan maksimum pengeluaran adalah sebanyak RM60,000.
Bagi kriteria pertama, pihak KWSP akan mengkreditkan wang tersebut selama 6 bulan dengan pendahuluan bagi bulan pertama adalah sehingga RM5,000.
Untuk kriteria kedua, pendahuluan maksimum yang akan dikreditkan bagi bulan pertama adalah sehingga RM10,000 dan bakinya akan diberikan pada bulan-bulan seterusnya sehingga 6 bulan.Sila rujuk jadual dibawah untuk anda mendapat gambaran jelas tentang kadar pengeluaran yang dibenarkan.
- Kriteria: Baki Akaun 1 berjumlah RM90,000 dan ke bawah
Baki Akaun 1 | Pendahuluan Bulan Pertama | Maksimum Jumlah Pengeluaran Dibenarkan |
RM4,500 | Sehingga RM4,400 | RM4,400 |
RM10,000 | Sehingga RM5,000 | RM10,000 |
RM70,000 | Sehingga RM5,000 | RM10,000 |
2. Kriteria: Baki Akaun 1 berjumlah RM100,000 ke atas
Baki Akaun 1 | Pendahuluan Bulan Pertama | Maksimum Jumlah Pengeluaran Dibenarkan |
RM100,000 | Sehingga RM10,000 | RM10,000 |
RM500,000 | Sehingga RM10,000 | RM50,000 |
RM800,000 | Sehingga RM10,000 | RM60,000 |
Sekarang anda tidak perlu beratur panjang di kaunter KWSP pun untuk semak baki.Cara semak baki akaun 1 KWSP secara online boleh baca dibawah:
Cara Daftar I-Akaun Dan Semak Penyata KWSP Online
TERBARU:
Menurut Persidangan Dewan Rakyat pada 26 November 2020
Pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun KWSP Akaun 1 ditambah baik dengan diperluaskan kepada semua melalui penambah baikan melibatkan:
- Dibuka dan diperluas kepada semua ahli yang terjejas pendapatan tidak kira hilang pekerjaan atau terkurang pendapatan
- Tanpa mengira pekerja sektor formal atau bekerja sendiri, tanpa mengira ahli aktif mencarum atau tidak, selagi mereka terjejas pendapatan dengan ketara
- Daripada 2 juta kini kepada 8 juta ahli
- Daripada pengeluaran sebanyak RM9,000 kini sehingga RM10,000
- Perlu memohon di dalam talian atau hadir mana-mana pejabat KWSP, tunjukkan bukti kehilangan pekerjaan, notis cuti tanpa gaji, potongan gaji elauan atau OT mahupun pengurangan pendapatan (sekiranya bekerja sendiri).
Kelayakan Pengeluaran TERKINI
Pengeluaran i-Sinar sehingga RM10,000 akan diperluas kepada kira-kira lapan juta ahli KWSP. Menurut Menteri Kewangan, pengeluaran terbuka kepada:
- SEMUA Ahli KWSP tanpa mengira sama ada mereka yang hilang atau terjejas pendapatan
- Ahli yang bekerja dalam sektor formal atau tidak juga boleh memohon
Setiap ahli dibenarkan mengeluarkan simpanan daripada Akaun 1 sehingga RM10,000.
Namun, tarikh permohonan pengeluaran Akaun 1 KWSP i-Sinar masih belum diumumkan.
Sebagai persediaan , anda boleh semak penyata baki Akaun KWSP anda sekarang. Selepas ini senang untuk anda buat perancangan kewangan bagi pengeluaran Akaun 1 jika perlu.
Cara memohon Pengeluaran i-Sinar KWSP Duit KWSP (Akaun 1)
Permohonan Pengeluaran i-Sinar KWSP boleh dilakukan melalui dua cara:
- Melalui online (Akan dikemaskini kemudian)
- Hadir ke Pejabat KWSP terdekat
Tarikh permohonan i-Sinar KWSP: 21 Disember 2020
Senarai dokumen yang diperlukan ketika membuat permohonan:
- Bukti kehilangan pekerjaan
- Notis cuti tanpa gaji
- Potongan gaji/ elaun/ OT
- Bukti pengurangan pendapatan jika bekerja sendiri
Contoh-contoh dokumen adalah:
- Notis diberhentikan kerja daripada majikan
- Notis diberi cuti tanpa gaji daripada majikan
- Notis potongan gaji daripada majikan
- Notis potongan elaun daripada majikan
- Notis potongan OT (Elaun kerja lebih masa) daripada majikan
- Penyata akaun perniagaan/ laporan pendapatan bulanan (Bagi yang bekerja sendiri)
- Surat akuan pengesahan pendapatan (Bekerja sendiri / tidak mempunyai slip gaji)
Dokumen-dokumen ini boleh di perolehi dari majikan di tempat kerja untuk dijadikan bukti pendapatan terjejas.Walau bagaimanapun kita tunggu perincian tentang i-sinar KWSP pada 2 Disember ini.
Tarikh jadual Pembayaran
Tarikh dan Jadual Pembayaran iSinar KWSP
Kategori 1: 11 Januari 2021
Kategori 2: Pertengahan Februari 2021
Lanjutan daripada pengeluaran i-Lestari, i-Sinar akan diperincikan pada 18 November 2020. Inisiatif ini menghadkan amaun pengeluaran sebanyak RM500 maksimum demi keperluan ahli dalam jangka masa pendek serta kesejahteraan masa depan persaraan mereka .
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengambil langkah memperluaskan skop i-Sinar yang merangkumi ahli kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan.
KWSP dalam kenyataannya menjelaskan, i-Sinar akan memberi manfaat kepada dua juta ahli yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 bilion akan tersedia untuk ahli terbabit.
Jelasnya, ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember ini.
“Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat. Pengkreditan pertama akan bermula Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan.
“Secara umum, ahli yang layak boleh mengakses 10 peratus daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.
kelayakan yang dibenarkan i-Sinar KWSP
Boleh rujuk kenyataan media dibawah.Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang dibenarkan:
- ahli yang kehilangan pekerjaan
- pekerja sektor formal yang tidak mampu mencarum selama 2 bulan berturut-turut
- pekerja yang diberi cuti tanpa gaji
- ahli yang tiada sumber pendapatan
Pengeluaran Akaun 1 KWSP Yang Dibenarkan
Ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, namun tertakluk kepada baki minimum RM100.
- Ahli mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah di dalam Akaun 1, akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000.
- Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.
- Pengeluaran bulanan seterusnya adalah pada tahap maksimum RM1,000 sebulan.
- Ahli mempunyai baki lebih daripada RM90,000 dalam Akaun 1, akan mempunyai akses 10%, namun jumlah maksimum boleh didahulukan adalah RM60,000.
- Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.
- Pengeluaran seterusnya adalah pada tahap maksimum RM10,000 sebulan.
Boleh rujuk gambar di atas.
Ramai yang keliru dengan ayat “ganti semula” pengeluaran akaun
Untuk makluman anda, menurut KWSP, amaun yang didahulukan daripada Akaun 1 itu akan diganti semula dengan caruman ahli pada masa depan.
Maksudnya begini:
Katakan anda keluarkan RM9,000 dari akaun 1 melalui i-Sinar.
Maka disyaratkan kelak apabila ahli telah berkerja semula dan mencarum KWSP seperti biasa (bersama caruman majikan), caruman baharu itu akan dikreditkan ke akaun 1 sepenuhnya sehinggalah pendahuluan RM9,000 tadi diganti.
Setelah itu barulah caruman dipecahan semula mengikut kebiasaan 70:30 Akaun 1 dan Akaun 2.
Anda mungkin tidak akan rasa perbezaan. Cuma akaun 2 ahli berkuranglah sedikit. Jumlah caruman tiada beza secara keseluruhannya.
Bagaimana pula kalau tidak berkerja? Tak berkerja maka tak perlu mencarum dan tak perlu ganti duit yang telah dikeluarkan itu.
Soalan Lazim
Baki simpanan Akaun 1 boleh disemak secara online menerusi portal atau aplikasi i-Akaun ataupun hadir ke cawangan atau kios KWSP yang berdekatan
Anda tidak perlu membayar semula
Boleh, anda yang sedang menerima bayaran bulanan Pengeluaran i-Lestari juga boleh memohon i-Sinar
Pertanyaan Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan mengenari pengeluaran Akaun 1 KWSP,boleh hubungi:
- Telefon: 03-8922 6000
- Facebook: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
- Laman Sesawang: Portal Rasmi KWSP