Perhimpunan #TangkapNajib jadi riuh

0 92

Perhimpunan #TangkapNajib jadi riuh

 

Perhimpunan yang dianjurkan gabungan anak muda ‘Demi Malaysia’ jam 2 petang ini bertukar kecoh apabila dicemari dengan insiden balingan mercun. Pihak polis yang bertugas menahan individu yang mencetuskan provokasi dalam perhimpunan ini.

Seawal jam 1.40 petang lagi, anggota polis sudah berkawal di pekarangan kompleks membeli-belah Sogo yang kini ditutup sekitar jam 2.30 tadi ekoran perhimpunan itu. Beberapa pengusaha di sekitar kompleks di sini juga turut menutup premis mereka kerana bimbang dengan insiden yang dicetuskan peserta himpunan.

Terdahulu, polis memberi amaran tegas kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan #TangkapNajib bagi menggesa penangkapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana dakwaan rasuah dan salah guna kuasa. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap penganjur dan orang awam yang mengambil bahagian dalam perhimpunan itu, lapor Sinar Harian.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

logo hiburan.my

Subscribe Post Terbaru dari kami kepada anda!

Dapatkan PERCUMA Info Bantuan Kerajaan ke Telefon Anda Setiap Hari.
Jangan lupa CONFIRMKAN SUBSCRIPTION di email anda!

Sila confirmkan Subscription INFO PERCUMA kami di EMAIL ANDA SEKARANG!