Permohonan baru I-Lestari KWSP.Semua sedia maklum,Pengeluaran i-Lestari adalah bermula tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.Untuk ahli yang belum membuat pengeluaran dan berhasrat untuk buat pengeluaran i-Lestari,sekarang segalanya sudah mudah kerana anda boleh melakukannya secara online.
Anda juga boleh membuat pemberhentian pengeluaran bulanan i-Lestari pun boleh dan boleh dilakukan online.Ikuti panduan di bawah untuk membuat permohonan dan pemberhentian pengeluaran.
Pengeluaran i-Lestari KWSP sehingga RM500
Maklumat mengenai i-Lestari KWSP adalah seperti :
- Tarikh Permohonan: Sehingga 31 Mac 2021
- Jumlah Pengeluaran: RM50 sehingga RM500
Cara membuat permohonan Baru i-Lestari KWSP
Pemohon yang pernah membatalkan pengeluaran i-Lestari dan ingin membuat permohonan semula ataupun Ahli yang tidak pernah membuat pengeluaran i-Lestari,boleh membuat permohonan baru melalui langkah-langkah berikut:
- Layari laman web ilestari.kwsp
- Klik PERMOHONAN BAHARU
- Isikan Maklumat Permohonan dengan lengkap
4.Klik HANTAR
Artikel berkaitan
Sila pastikan maklumat yang anda isi adalah tepat & muktamad untuk diproses oleh KWSP. Maklumat tidak dapat ditukar selepas permohonan dihantar. Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan dibuat.
Cara membuat semakan status
- Layari laman Semakan Status i-Lestari
- Masukkan Nombor MyKad dan Nombor Telefon
- Klik SEMAK
Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) akan dihantar ke Nombor Telefon Bimbit yang didaftarkan dalam permohonan sebagai pengesahan pengkreditan pengeluaran telah dibuat.
Anda boleh juga baca:
Panduan tukar nama KWSP jika tiada penama
Panduan Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan Sebelum Usia 55 Tahun
Panduan Pengeluaran KWSP Buat Rawatan Kesihatan Sendiri Dan Keluarga
Cara membuat pembatalan i-Lestari KWSP
Bagi ahli yang ingin membuat pembatalan,boleh ikut langkah-langkah seperti di bawah:
- Pergi ke laman Pembatalan Pengeluaran i-Lestari
- Isikan maklumat yang diminta berserta Amaun Dimohon Sebulan
- Klik butang SEMAK

Rancanglah perbelanjaan anda,keluarkan bila perlu sahaja.Tujuan pengeluaran i-Lestari adalah membantu ahli meneruskan kehidupan di zaman Pandemik Covid-19 ini.
Maklumat Lanjut
Boleh bertanyakan secara online melalui PERTANYAAN KWSP atau terus ke kaunter KWSP cawangan berdekatan anda