Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah di jenamakan semula dari Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang diumumkan sebelum ini pada tahun lepas.Permohonan baru di buka secara atas talian bermula 1 Mac 2023 manakala manual borang bermula pada 8 Mac 2023.
Permohonan baru di buka untuk memastikan mereka yang layak tidak tercicir untuk menerima bantuan ini dan terdapat data dalam pengkalan data kerajaan untuk memohon.
STR pada tahun 2023 akan memanfaatkan 8.7 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 bilion.
Apakah Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023)?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 merupakan bantuan tunai yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat dalam pembentangan bajet tahunan khususnya.Bantuan Tunai Rakyat (BTR) (*dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Antara bantuan sebelum ini ialah termasuklah BKM, BPR, BSH dan BR1M.
Maklumat Lanjut mengenai Jumlah pembayaran dan Tarikh Pembayaran boleh rujuk SINI
Tarikh Permohonan Baru
Pendaftaran permohonan baru dibuka bermula:
- 01 Mac 2023 – 31 Mac 2023 untuk Permohonan Online/Atas Talian
- 08 Mac 2023 – 31 Mac 2023 Untuk Permohonan Manual/Borang
Siapa Yang Perlu Mohon Baru STR 2023?
Permohon yang perlu membuat permohonan baru adalah mereka yang:
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:
- Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022
- Penerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini
Cara membuat Permohonan Baru STR 2023
Permohonan baru boleh di buat melalui 2 kaedah iaitu:
- Permohonan Secara Dalam Talian
- Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
- Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit
- Permohonan Melalui Borang
Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
- Portal Rasmi STR LHDNM; atau
- Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Boleh download borang melalui pautan berikut: Muat Turun Borang STR 2023
Anda boleh menghantar Borang STR di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM;
Atau
Penghantaran secara Pos. Namun, terhad kepada borang permohonan yang diterima sehingga tarikh akhir permohonan ke alamat seperti berikut:
Peti Surat STR GPO Shah Alam 40800 Shah Alam SELANGOR |
Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.
Dokumen untuk Permohonan Baru STR 2023
Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
a) Pemohon:
- Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
- Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
- Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
- Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
- Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
b) Pasangan:
- Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
- Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
c) Anak
- Anak Kandung
- Salinan Sijil Lahir; dan
- Salinan MyKad / MyKid
- Anak Angkat
- Salinan MyKad / MyKid; dan
- Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
Borang Serahan Dokumen Sokongan STR (BK-04) perlu dilengkapkan dan diserahkan semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke Pejabat LHDNM ATAU boleh memuat naik ke sistem STR semasa permohonan secara dalam talian.
Permohonan tanpa Akaun Bank
Makluman bagi permohonan tanpa akaun bank,anda boleh menghantar permohonan STR secara dalam talian dengan memilih Tiada Maklumat Akaun Bank. Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk mengisi maklumat akaun bank anda bagi membolehkan pembayaran STR dibuat dengan mudah dan cepat tanpa perlu hadir ke kaunter BSN.
Kepentingan Email untuk permohonan STR
Kegunaan email adalah untuk :
i. Set semula akaun STR disebabkan terlupa soalan keselamatan semasa log masuk
ii. Penyampaian makluman STR
Pastikan anda mendaftar email yang sah dan boleh log in serta ingat password/kata laluan anda.
Bagaimana Jika Sijil Kahwin hilang?
Sekiranya sijil perkahwinan anda hilang, anda masih boleh menggunakan dokumen sokongan berikut sebagai pembuktian status perkahwinan:
- Kad nikah; atau
- Sijil Lahir Anak
Semakan Status Permohonan anda
Maklumat Terkini dan status pembayaran boleh di rujuk soalan lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR 2023
Untuk semakan,ikuti langkah di bawah:
- Klik Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Maklumat yang akan dipaparkan
- Nama Pemohon
- No Mykad Pemohon
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
- Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
- Semakan secara Aplikasi Mobile Sumbangan Tunai Rahmah; atau Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOS
- Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747
- Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
- Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR)
- Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC.