Permohonan Baru STR 2024: Tarikh,Cara Mohon dan Dokumen Penting
Permohonan Baru STR 2024 sudah dibuka bermula 1 November 2023 dan di buka sepanjang tahun.Untuk tahun 2024,program bantuan ini diteruskan lagi dengan pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 yang lepas
kerajaan bersetuju meningkatkan peruntukan sebanyak 2 bilion ringgit atau 25 peratus iaitu daripada 8 bilion ringgit kepada 10 bilion ringgit.Beliau berkata pemberian STR akan memanfaat 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.
Permohonan baru di buka untuk memastikan mereka yang layak tidak tercicir untuk menerima bantuan ini dan terdapat data dalam pengkalan data kerajaan untuk memohon.
Apakah Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024)?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 merupakan bantuan tunai yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat dalam pembentangan bajet tahunan.
Bantuan ini diberikan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.
Maklumat Lanjut mengenai Jumlah pembayaran dan Tarikh Pembayaran boleh rujuk SINI
Tarikh Permohonan Baru
Pendaftaran permohonan baru dibuka bermula:
- 01 November 2023 sepanjang tahun
Permohonan sepanjang tahun bermaksud Pemohon boleh mengemukakan permohonan STR pada bila-bila masa sepanjang tahun.
Siapa Yang Perlu Mohon Baru STR 2024?
Permohon yang perlu membuat permohonan baru adalah mereka yang:
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:
- perlu mengemas kini permohonan sekiranya mempunyai perubahan maklumat;
- perlu mengemas kini permohonan sekiranya tidak pernah dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021, BKM 2022 dan STR 2023 untuk elakkan permohonan tidak dipertimbangkan;
- tidak perlu kemas kini permohonan sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat;
- tidak perlu kemas kini permohonan bagi pemohon kategori Warga Emas dan Pedalaman sekiranya tiada perubahan maklumat.
Walau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan anda tidak wujud di Portal STR, anda perlu membuat permohonan baharu.
Sekiranya anda tidak membuat kemas kini, permohonan STR anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023.
Cara membuat Permohonan Baru STR 2024
Permohonan baru boleh di buat melalui 2 kaedah iaitu:
- Permohonan Secara Dalam Talian
- Portal Rasmi STR , https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
- Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit
- * Aplikasi ini tidak tersedia pada platform IOS
- Permohonan Melalui Borang
Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
- Portal Rasmi STR ; atau
- Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL
Boleh download borang melalui pautan berikut: Muat Turun Borang STR 2023
Anda boleh menghantar Borang STR di Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL; atau
Penghantaran secara Pos.
Peti Surat STR GPO Shah Alam 40800 Shah Alam SELANGOR |
Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.
Dokumen untuk Permohonan Baru STR 2024
Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
a) Pemohon:
- Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
- Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
- Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
- Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
- Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pemohon berumur 19 – 20 tahun pada tahun 2024
b) Pasangan:
- Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
- Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
c) Anak
- Anak Kandung
- Salinan Sijil Lahir; dan
- Salinan MyKad / MyKid
- Anak Angkat
- Salinan MyKad / MyKid; dan
- Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
Borang Serahan Dokumen Sokongan STR (BK-04) perlu dilengkapkan dan diserahkan semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke Pejabat LHDNM ATAU boleh memuat naik ke sistem STR semasa permohonan secara dalam talian.
Jadual perkhidmatan kaunter STR di LHDN adalah seperti berikut:
- Pejabat HASiL : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
- Kaunter Setempat HASiL UTC : Berdasarkan waktu kaunter setempat UTC HASiL
*NOTA: Kaunter STR tidak dibuka pada cuti hujung minggu, cuti umum dan cuti negeri (bagi negeri yang terlibat)
Permohonan tanpa Akaun Bank
Makluman bagi permohonan tanpa akaun bank,anda boleh menghantar permohonan STR secara dalam talian dengan memilih Tiada Maklumat Akaun Bank. Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk mengisi maklumat akaun bank anda bagi membolehkan pembayaran STR dibuat dengan mudah dan cepat tanpa perlu hadir ke kaunter BSN.
Kepentingan Email untuk permohonan STR
Kegunaan email adalah untuk :
i. Set semula akaun STR disebabkan terlupa soalan keselamatan semasa log masuk
ii. Penyampaian makluman STR
Pastikan anda mendaftar email yang sah dan boleh log in serta ingat password/kata laluan anda.
Bagaimana Jika Sijil Kahwin hilang?
Sekiranya sijil perkahwinan anda hilang, anda masih boleh menggunakan dokumen sokongan berikut sebagai pembuktian status perkahwinan:
- Kad nikah; atau
- Sijil Lahir Anak
Semakan Status Permohonan anda
Semakan status boleh di buat di :
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR>Semakan Status; atau
- Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store pada telefon bimbit; atau
- Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau d. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau e. Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran
Maklumat Terkini dan status permohonan boleh di rujuk soalan lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR 2024
Untuk semakan,ikuti langkah di bawah:
- Klik Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Maklumat yang akan dipaparkan
- Nama Pemohon
- No Mykad Pemohon
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
- Talian Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747 (Isnin – Jumaat, 9am – 5pm)
- Portal Rasmi STR 2024 di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Laman web Kementerian Kewangan di pautan https://mof.gov.my/ms/ atau https://budget.mof.gov.my/ms/
- Laman Sosial Facebook Kementerian Kewangan Malaysia