Permohonan BPR 2021:Cara semak secara online
Permohonan BPR 2021 sudah dibuka pada 15 Januari higga 15 Februari 2021 tertakluk kepada perubahan.Jika anda sudah membuat permohonan,anda boleh buat semakan permohonan anda sama ada diterima atau tidak.

Semakan permohonan boleh dilakukan secara online melalui Portal Rasmi BPR dengan log masuk ke akaun anda.Sebelum tu jom kita semak dulu kategori permohonan baru dan siapa yang perlu membuat kemaskini.
Apakah maksud PERMOHONAN BARU dan siapa yang perlu membuat kemaskini:
- Siapa yang perlu membuat PERMOHONAN BARU?
Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu adalah : Pemohon yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah - Siapa yang perlu membuat KEMASKINI maklumat?
Pemohon perlu membuat Kemas Kini adalah : Pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang lulus
Cara membuat semakan Permohonan BPR 2021
Kepada pemohon yang telah membuat permohonan baru dan kemaskini anda boleh semak permohonan anda melalui langkah-langkah berikut:
1.Pergi ke Portal Rasmi BPR dan Klik LOG MASUK di bahagian atas halaman

2.Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik SEMAK

3.Sahkan kata kunci dan masukkan kata laluan. Klik LOG MASUK

4.Klik SEMAKAN STATUS

5.Status Permohonan anda akan dipaparkan

Tahniah permohonan anda diterima!
6.Anda boleh lihat Maklumat Bayaran setelah anda lulus pembayaran BPR fasa 1

7. Maklumat pengkreditan akan dinyatakan apabila anda klik Maklumat Bayaran

Artikel berkaitan
Boleh juga baca:
Cara Membuat Tetapan Balik Kata Laluan Dan ID BPR 2021
Cara Mohon Bantuan Prihatin Rakyat 2021 Dan Syarat Kelayakan Permohonan
Cara membuat kemaskini BPR 2021
1.Pergi ke Portal Rasmi BPR di https://bpr.hasil.gov.my.
2. Klik pada ‘Log Masuk’ di sebelah kanan.

3. Masukkan nombor Kad Pengenalan.
4. Kemudian anda diminta untuk sahkan akaun anda dengan menjawab soalan-soalan yang dipaparkan.
5. Kemaskini maklumat yang diperlukan. Muatnaik dokumen diperlukan (sekiranya perlu).
5. Klik ‘Teruskan‘.
6. Sahkan maklumat anda dan klik ‘Hantar‘.
7. Permohonan kemaskini anda berjaya dihantar.
Permohonan kemaskini hendaklah dibuat sebelum atau pada 15 Februari 2021 (tarikh tutup tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa).
Maksud Status Permohonan BPR 2021
Status Permohonan adalah berbeza mengikut status permohonan.Berikut adalah Maksud status permohonan yang diterima:
- Permohonan Diterima
– Permohonan anda telah berjaya dihantar - Permohonan Sedang Diproses
– Permohonan anda masih dalam proses untuk penentuan kelulusan permohonan - LULUS
– Permohonan anda telah diluluskan.
– Anda hanya perlu tunggu bayaran mengikut fasa yapembayaran - GAGAL
– Permohonan anda gagal atas sebab-sebab tertentu.
– Anda boleh buat permohonan rayuan apabila dibuka nanti
Permohonan dibuka sehingga 15 Februari dan semua permohonan akan keluar status Permohonan Diterima bagi permohonan yang dihantar.Permohonan akan bertukar kepada Permohonan Sedang Diproses selepas ini.
Keputusan Kelulusan semakan akan di umumkan pada tarikh yang akan diumumkan kelak.
Maklumat Lanjut
Sebarang kemusykilan dan pertanyaan berkenaan BPR 2021,anda boleh rujuk soalan lazim di Portal BPR atau
- Hotline BPR LHDNM: 1 800 88 2747
- Hotline BPR MoF: 03 8882 4565 / 03 8882 4566