Permohonan GKP 3.0 Bantuan RM1000 untuk Perusahaan mikro dan PKS
Kemaskini Terkini: JULAI 2021
Jumlah RM1000 telah diterima mulai 8 Jun yang lalu, dan baki RM500 lagi akan dibayar pada bulan Julai ini.
Tarikh sebenar akan diberitahu kemudian selepas mendapat info terbaru.
Sila kemaskini maklumat akaun bank anda jika anda berstatus Gagal Kredit mulai 15 -30 Julai 2021 jika tidak anda tidak akan menerima GKP 3.0 Pemerkasa Tambahan.
Permohonan GKP 3.0.Inisiatif PEMERKASA yang disebutkan dalam membantu perniagaan terjejas adalah pelaksanaan Geran Khas Prihatin 3.0.Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi PEMERKASA, usahawan yang layak akan menerima bantuan tunai one-off sebanyak RM1000 menerusi GKP 3.0.
Geran ini adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM1,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan yang terjejas akibat wabak COVID-19.
Kadar bayaran dan Tarikh Permohonan GKP 3.0
Permohonan adalah terbuka buat semua PKS berdaftar yang layak dan cukup syarat permohonan yang ditetapkan dengan bantuan tunai one-off sebanyak RM1,000.Permohonan baru boleh di buat oleh Perusahaan mikro dan PKS yang layak akan dibuka pada mulai 1 April 2021 hingga 15 April 2021 (15 hari)
Untuk info Mengenai GKP 1 & 2 yang lepas,Anda juga boleh baca: Permohonan Baru Geran Khas PRIHATIN Bantuan RM3000 Untuk PKS
Syarat kelayakan Permohonan
Bantuan GKP 3.0 yang akan dibuka ini hanya dibuka kepada PKS yang memenuhi syarat berikut:
- PKS yang TIDAK PERNAH menerima GKP sebelum ini
- PKS Mikro yang TIDAK LULUS dan BELUM menerima GKP sebelum ini
- Menepati kriteria PKS mikro
- Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pihak Berkuasa Tempatan atau LHDN setakat 28 Februari 2021
Cara membuat Permohonan
Permohonan GKP 3.0 ini adalah untuk Perusahaan mikro dan PKS yang belum lagi mendapat bantuan dari GKP 1 & 2 yang terdahulu.Permohonan ini akan dilakukan secara online apabila pautan permohonan dibuka.
Untuk membuat permohonan GKP 3.0, pemohon mestilah kemukakan permohonan secara online melalui Portal GKP di pautan berikut: https://gkp.hasil.gov.my/
Pautan tersebut akan dibuka dan di kemaskini bermula 1 April 2021.
Sebarang Pertanyaaan dan Maklumat Lanjut
Segala makluman terkini akan diperincikan di laman rasmi GKP di https://gkp.hasil.gov.my/ atau anda boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/603-8911 1100 (Luar Negara).Setakat ini,tiada makluman baru dan terperinci berkenaan permohonan GKP 3.0.
Anda boleh baca :Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)Cara Daftar SSM Percuma Secara Online
Kepada PKS yang belum mendaftar,anda boleh mendaftar untuk SSM dulu sebelum membuat permohonan.Semoga berjaya.