Permohonan GKP 4.0 : Permohonan baru dan Jadual Pembayaran 2021

0 2,042

Di dalam Pengumuman Pakej  PEMULIH Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Geran Khas Prihatin atau GKP 4.0 kepada PKS mikro yang layak.Pelaksanaan Geran Khas Prihatin atau GKP terbukti telah berjaya menyokong kelangsungan perniagaan atau business survival dalam kalangan peniaga kecil, terutamanya mereka yang masih tidak dibenarkan beroperasi.

Sebelum ini di bawah GKP Tambahan,peniaga telah menerima RM1,000 pada dua minggu lepas dan akan terima RM500 pada bulan Julai nanti.Menerusi GKP 4.0 kerajaan akan menyediakan bayaran tambahan iaitu bantuan kewangan one-off sebanyak RM1,000.

Tarikh Permohonan GKP 4.0

Mengikut Menteri Kewangan,Permohonan GKP 4.0 baru bagi peniaga yang belum pernah menerima gkp ini akan dibuka pada dari 15-31 Julai 2021.

Maklumat lanjut: https://www.facebook.com/tzafrulaziz/posts/351454399837646

Jumlah bayaran

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah sebanyak RM1,000 kepada peniaga dan usahawan mikro yang layak.Peniaga yang layak dan pernah menerima bantuan GKP sebelum ini akan menerima lagi tambahan bayaran ini

Boleh juga baca: Bantuan Khas Covid-19 (BKC): Jumlah Bantuan Dan Jadual Bayaran

Tarikh Bayaran GKP 4.0

Pembayaran akan dibuat sebanyak dua kali pembayaran iaitu:

Fasa Pertama : RM500
Pembayaran di jangka bermula Sepetember 2021

Fasa Kedua: Rm500
Pembayaran di jangka bermula November 2021

Boleh baca juga: I-Citra KWSP:Cara Permohonan Dan Pengeluaran Sehingga RM5,000

Syarat Kelayakan GKP

Setakat ini,syarat-syarat kelayakan adalah seperti sebelum ini:

  1. Pemohon bukan penerima GKP sebelum ini.
  2. Pemohon iaitu pemilik PKS mikro terbabit mestilah warganegara Malaysia.
  3. Pemohon masih lagi aktif menjalankan perniagaan dan perniagaan belum ditutup.
  4. Jumlah jualan atau perolehan tahunan perniagaan pemohon adalah kurang daripada RM300,000.
  5. Jumlah pekerja sepenuh masa yang ada di dalam perniagaan adalah tidak melebihi 5 orang dan tidak termasuk pemilik perniagaan.

Syarat lain yang ditetapkan adalah berdaftar dengan beberapa agensi yang berkaitan seperti:

  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.

NOTA: Sebarang perubahan syarat kelayakan GKP 4.0 akan dikemaskini dari masa ke semasa

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang masalah dan pertanyaan lebih lanjut,boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/603-8911 1100 (Luar Negara).

Sila Join Channel Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More