Terkini Permohonan rayuan BKM adalah bermula 20 September 2022.Untuk makluman,Permohonan rayuan hanya dibuka selama sebulan bermula dari tarikh yang ditetapkan.
Berikut adalah cara untuk membuat permohonan rayuan BKM terkini:
- Layari laman BKM https://bkm.hasil.gov.my/
- Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan sebelum ini
- Klik Semakan Status untuk semak status kelayakan pemohon
- Bagi yang berstatus TIDAK LULUS, klik pada butang rayuan yang disediakan di laman semakan
Permohonan Rayuan BKM 2022 akan mula di buka bermula 2 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022.Bagi pemohon yang tidak lulus,boleh cuba permohonan rayuan pada tarikh yang telah di tetapkan.
Rayuan ini sebagai peluang kedua bagi mereka yang tidak lulus untuk memohon semula dengan memberikan dokumen yang berkaitan untuk memenuhi syarat permohonan dan kelayakan BKM 2022
Siapa yang boleh membuat Permohonan Rayuan BKM 2022?
Untuk permohonan rayuan ini,pemohon yang tergolong dalam kategori berikut boleh membuat permohonan:
- Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BKM 2022; atau
- Pemohon yang berstatus Lulus BKM 2022 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.
Maklumat Lanjut Permohonan BKM 2022,boleh baca DISINI
Tempoh Masa rayuan
Untuk permohonan rayuan ini,tempoh masa yang di berikan selama sebulan bermula:
- Online– mulai 02 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022*.
- Manual/Borang – mulai 09 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022*.
* tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.
Cara Mohon dan dokumen sokongan
Permohonan Rayuan boleh di buat dengan:
1.Secara Atas talian dengan melayari laman BKM https://bkm.hasil.gov.my/ atau
2.Penghantaran Borang Rayuan BKM 2022 di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran (Borang Rayuan akan dikeluarkan sebelum tempoh rayuan)
Untuk Permohonan rayuan secara online,anda boleh ikuti langkah berikut:
- Layari laman BKM https://bkm.hasil.gov.my/
- Log Masuk ID dan kata laluan yang telah didaftarkan sebelum ini
- Klik Semakan Status untuk semak status kelayakan pemohon
- Untuk mereka yang berstatus TIDAK LULUS, klik pada butang rayuan yang disediakan di laman semakan apabila tarikh rayuan sudah di buka.
#Orang ramai di galakkan untuk membuat permohonan rayuan di atas talian kerana lebih mudah,cepat dan selamat apabila rayuan di buka.
Untuk dokumen sokongan,anda hendaklah menyediakan beberapa dokumen sokongan bergantung kepada kod tidak lulus Permohonan BKM 2022.
Antara dokumen yang diperlukan seperti MyKad pemohon atau pasangan, MyKad atau MyKid anak, sijil lahir anak (bagi pengesahan status kewarganegaraan), dokumen pengenalan pasangan, dan lain-lain lagi.
Pun begitu, menurut LHDNM, dokumen sokongan yang diperlukan semasa tempoh rayuan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Senarai Kod tidak lulus Permohonan BKM 2022
Berikut adalah kod tidak lulus permohonan BKM 2022:
KOD TIDAK LULUS | ALASAN TIDAK LULUS |
01 | Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan / Status Kewarganegaraan |
02 | Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / NomborPengenalan |
03 | Maklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan |
04 | Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data agensi |
05 | Maklumat Pengenalan Pasangan perlu pengesahan |
06 | Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang |
07 | Semakan agensi mendapati Anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 19 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa |
08 | Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon /Pasangan melebihi RM5,000 |
09 | Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,500 |
10 | Anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi |
11 | Pemohon / Pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian |
12 | Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / PengarahSyarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad |
13 | Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham / PengarahSyarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad |
14 | Pemohon memiliki 2 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal/ Perkongsian |
15 | Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan Pemohon / Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40). |
16 | Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan Anak melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40) |
17 | Pemohon / Pasangan mempunyai Transaksi Pemilikan Hartanah / Pembelian Saham Hartanah yang melebihi RM500,000 |
18 | Pemohon tidak menetap di Malaysia / bekerja / belajar diLuar Negara berdasarkan rekod agensi |
19 | Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian |
20 | Semakan mendapati Anak Pemohon / Pasangan mempunyai pendapatan yang tinggi |
21 | Pemohon wujud sebagai Pasangan di permohonan lain |
22 | Pemohon wujud sebagai Anak di permohonan lain |
23 | Pasangan wujud sebagai Pemohon di permohonan lain |
24 | Pasangan wujud sebagai Pasangan di permohonan lain |
25 | Pasangan wujud sebagai Anak di permohonan lain |
26 | Anak telah membuat permohonan lain |
27 | Anak wujud sebagai Pasangan di permohonan lain |
29 | Pemohon berstatus Kahwin tetapi tiada maklumat Pasangan |
30 | Pemohon berstatus Kahwin tetapi maklumat Pasangan tidak lengkap |
31 | Status Perkahwinan perlu pengesahan |
32 | Tarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan |
33 | Tarikh Kematian Pasangan memerlukan Salinan Sijil Kematian Pasangan |
34 | Pasangan meninggal dunia |
35 | Anak meninggal dunia |
36 | Pendapatan perlu pengesahan |
38 | Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan |
41 | Semakan rekod agensi mendapati had kemampuan pemohon / pasangan memiliki kediaman melebihi syarat kelayakan |
Bagi Bujang Tidak Lulus BKM Kod 06,permohonan Bujang tidak lulus kerana pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang adalah kerana;
- Berstatus pelajar pada tahun 2021/2022; atau
- Berumur 19 tahun – 20 tahun dan bukan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU)
Untuk pelajar sepenuh masa, anda Tidak Layak untuk membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 (Status Tidak Lulus bagi Kategori Bujang Kod 06) .
Walau bagaimanapun maklumat anda boleh didaftarkan sebagai anak di permohonan ibu bapa.
Permohonan Rayuan BKM hanya dibenarkan sekiranya tamat pengajian sesi 2021/2022 atau sekiranya anda merupakan pelajar separuh masa.
Untuk status Penerima GKP Yang Tidak Lulus BKM,boleh rujuk FAQ di bawah:
Semakan kelayakan BKM 2022 adalah berdasarkan syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Setiap bantuan adalah berbeza dari segi kriteria kelayakan penerima. Rayuan boleh dibuat sekiranya menepati syarat kelayakan BKM 2022.
Tarikh Pembayaran
Pembayaran rayuan yang diluluskan akan disalurkan pada fasa 3 & 4 (September & Disember 2022).
Sekiranya diluluskan, bayaran yang akan diterima adalah berbeza mengikut kategori isi rumah, Ibu Bapa Tunggal (IBT) dan golongan Bujang.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
- Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my; atau
- Aplikasi Mobile BKM; atau
- Hubungi Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
- Hotline MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
- Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PS LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.