Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Pinjaman LPPSA:Cara Mohon,kelayakan dan Jenis Pembiayaan

0 1,079

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) adalah badan yang telah dibuat untuk menyediakan pinjaman perumahan kerajaan untuk penjawat awam. Jika anda ialah kakitangan kerajaan, anda haruslah mengambil kesempatan ke atas peluang yang ada ini!

LPPSA atau Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam menyediakan bantuan khas buat penjawat awam yang ingin membeli rumah bernilai sehingga RM700,000.

Sebenarnya masih ramai rakyat Malaysia yang bergelut untuk memiliki rumah sendiri, baik pekerja dari sektor kerajaan ataupun swasta.

Memang ada pelbagai jenis pinjaman perumahan dan initiatif kerajaan yang ada di luar sana untuk membantu semua pembeli rumah contoh seperti pekerja swasta kita ada:

  1. Rumah Mesra Rakyat (RMR)SPNB
  2. Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

Berikut antara inisiatif baru yang diperkenalkan LPPSA:

Inisiatif 1: Memasukkan yuran guaman berkaitan penyediaan perjanjian pembiayaan perumahan sebagai sebahagian daripada skop pembiayaan LPPSA.

  1. Kos yuran guaman tidak termasuk dalam jumlah kelayakan pembiayaan LPPSA dan adalah satu pilihan (option) kepada pemohon.
  2. Kos yuran guaman ini adalah terpakai untuk yuran guaman dan bayaran berkaitan dokumentasi pembiayaan/ pinjaman, tidak termasuk yuran urusan perjanjian jual beli (SPA) dan kos pindah milik.
  3. Jumlah insurans/ takaful gadai janji yang dilindungi adalah merangkumi jumlah kelulusan pembiayaan termasuk kos yuran guaman.
  4.  

Inisiatif 2: Membenarkan pembiayaan perumahan bersama atau joint-loan daripada LPPSA, antara suami isteri atau anak-anak, dengan syarat semua pemohon adalah anggota perkhidmatan awam.

Kelayakan Permohonan

Semua Penjawat Awam yang sudah berjawatan tetap dan disahkan perkhidmatan adalah layak untuk membuat pinjaman perumahan ini.

Salinan Surat Pengesahan jawatan adalah dokumen wajib yang perlu disertakan bersama permohonan pembiayaan.

I. Pembiayaan Pertama

Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap, dan jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih.

Gaji bersih untuk semua peminjam sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

II. Pembiayaan kedua

Ansuran bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji pokok dan elaun tetap, dan jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih.

Gaji bersih untuk semua peminjam sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

kelayakan LPPSA

Pemohon hendaklah mematuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga seperti berikut:

Kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam di bawah Lembaga diberikan kepada orang yang layak berdasarkan syarat-syarat kelayakan berikut:

  1. Anggota Perkhidmatan Awam/ Pasukan Polis/ Angkatan Tentera;
  2. Anggota Pentadbiran Persekutuan iaitu Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik;
  3. Anggota Pentadbiran Negeri iaitu Menteri Besar, Ketua Menteri, Timbalan Menteri Besar, Timbalan Ketua Menteri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri;
  4. Hakim Mahkamah Persekutuan/ Rayuan/ Tinggi tertakluk kepada Akta Saraan Hakim 1971 (Akta 45);
  5. Anggota Dewan Negara dan Dewan Rakyat;
  6. Yang Dipertua Dewan Rakyat;
  7. Anggota Dewan Undangan Negeri; dan
  8. Pekerja badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan.

Orang yang layak, yang berhak memohon kemudahan pembiayaan perumahan daripada Kerajaan Negeri, badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan yang mempunyai skim pembiayaan perumahannya sendiri tidak layak mendapat kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam.

Pemohon layak untuk menikmati dua kali pembiayaan sama ada memilih SPPSA atau SPPSAi bagi pembiayaan pertama dan pembiayaan kedua tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Permohonan pembiayaan kedua dibenarkan dengan syarat pembiayaan pertama diselesaikan terlebih dahulu.

Pemohon yang telah mendapat kemudahan pembiayaan perumahan daripada Kerajaan Negeri, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hanya layak mendapat kemudahan pembiayaan kedua di bawah skim ini tertakluk kepada syarat-syarat pembiayaan kedua.

Lembaga membenarkan permohonan pembiayaan bersama untuk membeli satu hartanah yang sama tertakluk kepada syarat-syarat pembiayaan semasa di antara:
i. suami dan isteri; atau
ii. bapa/ ibu dan anak/ anak-anak.

Had Pembiayaan yang di benarkan

Berikut adalah kaedah pengiraan had kelayakan:

  1. Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap, dan jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih; dan
  2. Gaji bersih untuk semua peminjam sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

*Contoh pengiraan kelayakan adalah seperti di bawah:

Nota:

  • Pendapatan bersih dibawah tafsiran LPPSA merujuk kepada: Gaji Pokok + Elaun Tetap yang diambilkira – Potongan 
  • Anggaran jumlah maksimum pembiayaan boleh dikira menggunakan Kalkulator Pengiraan Kelayakan di laman sesawang LPPSA dengan memasukkan amaun hartanah dan amaun yang dimohon.

Jenis Pembiayaan LPPSA

Berikut pembiayaan yang di tawarkan:

  1. Membeli rumah atau petak kediaman rumah yang telah siap
  2. Membina rumah di atas tanah sendiri
  3. Membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaan
  4. Membeli tanah dengan tujuan membina rumah
  5. Menyelesaikan hutang pinjaman perumahan daripada bank / institusi kewangan
  6. Membina rumah di atas tanah yang dibeli melalui pinjaman BPP / LPPSA
  7. Membuat kerja ubah suai rumah atau petak rumah kediaman

Cara Mohon Pinjaman Perumahan LPPSA

Boleh ikuti langkah-langkah di bawah untuk buat Permohonan Online:

  1. Layari laman utama Portal Permohonan Pembiayaan LPPSA di lppsa.gov.my
  2. Pengguna kali pertama Portal Permohonan Pembiayaan LPPSA dikehendaki mendaftarkan ID Pengguna.
  3. Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftar dan disahkan melalui e-mel
  4. Bagi akaun yang baru didaftarkan, pengguna akan dibawa ke laman Kemaskini Butiran.
  5. Maklumat Kemaskini Butiran yang perlu dilengkapkan adalah seperti berikut :
    i. Maklumat Peribadi
    ii. Alamat Kediaman
    iii. Maklumat Keluarga
    iv. Maklumat Pekerjaan
  6. Halaman laman utama akan memaparkan pemilihan jenis pembiayaan yang boleh dipillih oleh pengguna :
    i. Permohonan Individu
    ii. Permohonan Bersama
  7. Bagi permohonan baru, pengguna akan diminta untuk memasukkan butir-butir berikut semasa permohonan pembiayaannya :
    i. Maklumat Awal Pembiayaan
    ii. Maklumat Perkhidmatan
    iii. Pendapatan dan Komitmen
    iv. Maklumat Pembiayaan
    v. Pemilihan Insurans/Takaful
    vi. Pengesahan
  8. Klik pada butang Simpan dan Hantar.

Dokumen Penting

Dokumen penting yang perlu di bawa bersama borang permohonan ialah :

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) yang telah disahkan
  2. Slip Gaji Asal / e-Penyata Gaji atau Salinan Surat Pengesahan Jawatan Berpencen yang telah disahkan
  3. Surat Iringan Ketua Jabatan
  4. Borang Permohonan Pinjaman / Pembiayaan SPPB yang disahkan termasuk
    i. Borang Akuan Pemilihan Insurans / Takaful
    ii. Borang 2 – Surat Persetujuan Menyelesaikan Baki Hutang Pinjaman Perumahan Serta Faedah
  5. Salinan Sijil Nikah / Pendaftaran Perkahwinan Di Malaysia
  6. Salinan Sijil Kelahiran Anak

Kelulusan Permohonan

kelulusan adalah bergantung kepada amaun terendah di antara berikut:

  • harga hartanah;
  • penilaian JPPH;
  • amaun yang dimohon; atau
  • kelayakan maksimum pemohon.

Status kelulusan permohonan boleh di semak di laman web secara online

Boleh juga baca: Cara Semak Baki Loan LPPSA Online

Manfaat Pinjaman Perumahan Kerajaan

Pelbagai kelebihan pinjaman perumahan kerajaan boleh dinikmati oleh penjawat awam antaranya adalah:

  • Mendapat pinjaman sehingga 100% dengan kadar faedah yang lebih rendah pada 4.0%.
  • Layak memohon pembiayaan kedua, dengan syarat baki hutang pembiayaan pertama selesai sepenuhnya, dan kelayakan tertakluk kepada ansuran bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji pokok semasa.
  • Tempoh pinjaman untuk pinjaman pertama adalah selama 30 tahun, manakala untuk pinjaman kedua adalah selama 25 tahun. Tempoh ini juga bergantung kepada usia peminjam.
  • Pakej perumahan sehingga usia 90 tahun (berbeza dengan pinjaman bank yang menghadkan sehingga usia 75 tahun).
  • Faedah atas baki pinjaman mengikut kaedah baki berkurangan bagi setiap bulan jadi faedah bagi bulan seterusnya akan berkurangan.

Selain itu, terdapat satu lagi manfaat (diambil daripada Garis Panduan LPPSA, sila rujuk muka surat 38), iaitu:

“Bagi rumah bertanah, pengiraan akan bermula pada bulan berikutnya selepas bayaran kemajuan 100 peratus dikeluarkan atau pada bulan ke dua puluh lima (25) daripada tarikh kelulusan, yang mana terdahulu.”

Maknanya, dengan pinjaman perumahan LPPSA, kakitangan kerajaan tidak perlu membayar kadar faedah setiap bulan mengikut peratus (%) projek siap dibina, seperti pinjaman perumahan biasa.

Untuk rumah atas tanah yang baru, peminjam tak perlu membuat bayaran balik sehingga rumah siap 100% jika memenuhi salah satu syarat di bawah:

  • Rumah siap dalam tempoh 24 bulan (2 tahun) daripada tarikh kelulusan pinjaman; atau
  • Bayaran penuh dibuat kepada pemaju selepas rumah siap dibina

Maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi :

Laman Rasmi : LPPSA

Aplikasi Mudah Alih LPPSA ‘MyFinancing’

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via