Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Senarai Pinjaman Perniagaan BSN yang boleh di Mohon 2022

0 644

Pinjaman Perniagaan BSN merupakan salah bantuan pinjaman perniagaan yang di sediakan oleh Bank Simpanan Nasional.Bagi mengembangkan perniagaan anda,mestilah anda perlukan suntikan modal bagi meluaskan lagi perniagaan yang sedia ada.

Tahukah anda anda juga boleh memohon pinjaman ini jika anda ingin memulakan perniagaaan anda?Ya,pinjaman BSN mempunyai pelbagai jenis dan kriteria yang boleh anda mohon.

Apa itu Bank Simpanan Nasional?

Bank Simpanan Nasional (BSN) telah ditubuhkan pada 1 Disember 1974 di bawah Kementerian Kewangan. Dengan penubuhannya, semua tugas dan tanggungjawab Bank Simpanan Pejabat Pos diambil alih oleh BSN. Misi BSN adalah untuk menggalakkan simpanan, pelaburan dan pengurusan kewangan yang berhemat di kalangan rakyat Malaysia demi meningkatkan kualiti kehidupan rakyat.

Di samping meningkatkan mutu perkhidmatan, BSN juga memperluaskan produk-produknya untuk faedah semua pelanggan institusi ini. Produk utama BSN termasuk Pinjaman Peribadi, Pinjaman Perumahan, Sijil Simpanan Premium (SSP), Skim Perbankan Islam, Akaun Simpanan Giro, Kad Debit BSN Matrix dan Matrix-i di samping Kad Kredit Visa dan Mastercard.

Senarai Pinjaman Perniagaan BSN

Berikut adalah senarai pinjaman Perniagaan yang disediakan:

1.Pinjaman BSN Perniagaan(Conventional loan)

Untuk Conventional loan,BSN menyediakan Pinjaman Perniagaan Seperti berikut:

  • Pinjaman TemaNiaga: Pinjaman perniagaan dari RM 5000- RM 50000, fokus pada bidang pembuatan, perkhidmatan dan peruncitan.
  • Pinjaman TemanMesra: Pinjaman BSN untuk perniagaan ini dari RM 5000- RM 50000, juga fokus pada bidang pembuatan, perkhidmatan dan peruncitan.
  • PKBC: Pinjaman ini adalah untuk penduduk tetap di Kampung Baru Cina, Seri Kembangan. Ia juga fokus pada pembuatan, perkhidmatan dan peruncitan. Juga berjumlah RM 5000 – RM 50000, pemohon juga mesti mempunyai rekod yang baik dalam CCRIS.
  • Automation and Digitalization Facility (ADF): Pinjaman ini adalah untuk sektor SME khusus untuk menaik taraf mesin penghasilan dan penggunaan komputer dan perisian dalam menghasil dan merekod perniagaan. Pinjaman ini adalah untuk peniaga kecil menjadikan sistem komputer sebagai sokongan perniagaan. Jumlah pinjaman maksimum dalam pakej ini adalah RM 250,000.
  • Agrofood Facility: Pinjaman ini adalah untuk perniagaan SME khas untuk penghasilan makanan dan pertanian. Pinjaman yang disediakan adalah untuk pembiayaan gaji pekerja, kelengkapan dan projek pertanian. Jumlah maksimum pinjaman ialah RM 250,000.

Boleh juga baca: Bantuan Geran Pelancaran JKM :Cara Mohon dan syarat Kelayakan Permohonan

2.Pinjaman perniagaan BSN Islamik

Untuk Islamik pinjaman,BSN menyediakan jenis pinjaman seperti:

  • Pinjaman i- Tawarruq: Pinjaman ini adalah bentuk pinjaman Islamik di mana peniaga dibenarkan untuk memiliki aset milik BSN seperti lot kedai atau hartanah lainnya, dan sehingga satu tempoh tertentu boleh menjual kepada orang lain untuk memperoleh keuntungan.
  • PKBC i- Murabahah: Pinjaman ini adalah untuk komuniti Kampung Baru Cina di mana ia menggunakan sistem murabahah. Ia adalah sama dengan kaedah tawarruq di mana peniaga di beri pinjaman untuk memiliki aset milik BSN.
  • i- ADF: Pakej pinjaman ini sama untuk Automation and Digitilization Facility, tetapi ia juga dijalankan secara murabahah.
  • i- Agrofood Facility: Pinjaman ini adalah fokus pada kelengkapan dan kemudahan untuk asas tani tetapi dijalankan secara murabahah juga.

Kelayakan Permohonan

Berikut adalah syarat yang telah di tetapkan untuk membuat permohonan:

  • Warganegara Malaysia berumur 21-60 tahun.
  • Berniaga sepenuh masa.
  • Mempunyai sijil pendaftaran yang sah dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Telah berniaga untuk tempoh 2 tahun.
  • Pendapatan bersih RM 2000 sebulan dengan atau tanpa penjamin.

Untuk pakej PKBC, terdapat syarat tambahan seperti berikut:

  • Mendapat surat pengesahan dari JKKK/ ketua kampung/ wakil rakyat bahawa pemohon adalah pemastautin tetap di Kampung Baru Cina.

Cara Mohon

Permohonan boleh di buat dengan hadirkan diri ke mana-mana kaunter/pejabat Cawangan BSN yang berhampiran dengan anda atau anda boleh muat turun borang2 yang diperlukan melalui pautan INI dan disertakan bersama dokumen penting seperti berikut;

  • 2 salinan MyKad.
  • Salinan pendaftaran perniagaan.
  • Salinan buku akaun bank.
  • Salinan utiliti air dan elektrik syarikat.
  • Rekod jualan sepanjang 6 bulan lepas jika ada.

Untuk memudahkan anda,anda boleh register dahulu Perbankan BSN untuk penerimaan duit atau semakan baki.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi :

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via