Cara Semak No Terkini dan tempah Pendaftaran plat kenderaan JPJ

0 1,280

Orang ramai boleh mengetahui No Terkini pendaftaran plat kenderaan JPJ untuk setiap negeri mengikut abjad dengan membuat semakan Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini secara dalam talian (online) melalui Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Cara Semak No Terkini dan tempah No Pendaftaran plat kenderaan JPJ

Sebagai makluman,nombor plat pendaftaran kenderaan dikeluarkan mengikut negeri serta kawasan bagi negeri Sabah dan Sarawak mengikut abjad dan huruf. Selain itu, anda perlu mengikuti prosedur permohonan yang ditetapkan oleh JPJ bagi mendaftar nombor kenderaan berdasarkan beberapa kategori. Harga tempahan nombor plat pendaftaran kenderaan juga adalah berbeza mengikut kategori-kategori tertentu.

Panduan Semakan No Terkini Pendaftaran plat kenderaan JPJ

  • Sila layari Portal Semakan JPJ 
  • Anda perlu memilih kawasan atau negeri yang ingin disemak
  • Isi kod sekuriti dengan betul
  • Klik ‘Semak’
  • Status semakan akan dipaparkan seperti berikut
no plat pendaftaran terkini

Antara huruf-huruf awal di setiap negeri:

  • HURUF AWAL
  • A ——>Perak
  • B——> Selangor
  • C——> Pahang
  • D——> Kelantan (D diperuntukkan selepas Kelantan dan Terengganu berpisah daripada perkongsian plat T – Timur)
  • E——> Sabah (sebelum 1980-an)
  • F——> Putrajaya (mulai Jun 2016)
  • G——> Gagasan 1Malaysia
  • H——> Teksi (diikuti huruf negeri)
  • J——> Johor
  • K——> Kedah
  • KV——> Langkawi
  • L——> Labuan
  • M——> Melaka
  • N——> Negeri Sembilan
  • P——> Pulau Pinang
  • Q——> Sarawak
  • R——> Perlis
  • S——> Sabah (ditukar daripada E)
  • T——> Terengganu (sebelum ini berkongsi dengan Kelantan (daerah Timur))
  • V——> Kuala Lumpur (siri kedua; bermula Julai 2016)
  • W——>Kuala Lumpur (siri pertama)
  • Z——> Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Cara menempah No Terkini Pendaftaran Plat Kenderaan

Untuk memohon atau menempah nombor pendaftaran kenderaan, anda perlu hadir ke pejabat JPJ di setiap negeri.

Iklan tawaran tempahan nombor palt terkini akan dipamerkan di semua pejabat JPJ atau boleh disemak secara online.
Hantar dan masukkan sampul surat permohonan nombor plat ke dalam peti tempahan mengikut nama negeri yang dipamerkan pada peti tempahan.
Tempoh tempahan nombor plat akan ditutup pada jam 12 tengah hari pada hari terakhir tawaran dibuka.
Bayaran yuran perkhidmatan sebanyak RM10 akan dikenakan dan boleh dibayar dimana-mana pejabat JPJ.

Boleh juga baca:

 Tiga jenis permohonan bagi tempahan nombor:

1) Permohonan Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran

  • Permohonan ini dibuka kepada semua individu/ perniagaan/ syarikat/ pertubuhan/ koperasi/ badan profesional/ agensi kerajaan/ pihak berkuasa tempatan/ badan berkanun/ Kedutaan/ Pertubuhan antarabangsa yang layak untuk mendaftar kenderaan
  • Anda perlu mengisi Borang Tempahan Secara Tawaran (M.V.10)

2) Permohonan Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Pilihan

  • Permohonan ini dibuka kepada semua individu/ perniagaan/ syarikat/ pertubuhan/ koperasi/ badan profesional/ agensi kerajaan/ pihak berkuasa tempatan/ badan berkanun/ Kedutaan/ Pertubuhan antarabangsa yang layak untuk mendaftar kenderaan
  • Anda perlu mengisi Borang Tempahan Secara Tawaran (M.V.10A)

3) Permohonan Tempahan Nombor Pendaftaran (Kelulusan Khas)

  • Permohonan dibuka kepada semua individu/ perniagaan/ syarikat/ pertubuhan/ koperasi/ badan profesional/ agensi kerajaan/ pihak berkuasa tempatan/ badan berkanun/ Kedutaan/ Pertubuhan antarabangsa yang layak untuk mendaftar kenderaan
  • Anda perlu mengisi Borang Tempahan Secara Tawaran (M.V.10B)

Keputusan Permohonan Nombor Plat

JPJ akan keluarkan Surat Keputusan kepada pemohon yang berjaya dan tidak berjaya.

Senarai nama dan nombor kad pengenalan pemohon yang berjaya akan dipamerkan di semua pejabat JPJ yang menawarkan nombor registration tersebut.

  • Sekiranya permohonan anda berjaya, anda hendaklah mendaftar dan membayar nombor tersebut dalam tempoh yang dikongsikan di bawah.
  • Pemohon yang berjaya tetapi gagal mendaftarkan nombor tersebut dalam tempoh yang ditetapkan. Nombor tersebut akan ditarik balik tanpa sebarang notis dan bayaran penuh tidak akan dikembalikan.
  • Nombor plat yang berjaya ditempah hendaklah didaftarkan pada kenderaan atas nama pemohon yang berjaya sahaja.
  • Permohonan penangguhan pendaftaran tidak dibenarkan serta pengurangan harga tempahan tidak akan dipertimbangkan.

Tarikh kelulusan permohonan

Kategori PermohonanTempoh MendaftarTempoh Membayar
Secara Tawaran12 Bulan
Secara Pilihan6 Bulan14 Hari
Kelulusan Khas6 Bulan14 Hari

Harga untuk setiap No Plat terkini adalah:

  • 1) Nombor Bernilai Utama: RM20,000.00
  • 2) Nombor Menarik: RM3,000.00
  • 3) Nombor Popular: RM800.00
  • 4) Nombor Semasa: RM300.00

Jenis kategori No Plat Pendaftaran Kenderaan

1) Nombor-nombor bernilai utama (Golden Numbers)

  • 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10

2) Nombor-nombor menarik (Attractive Numbers)

  • 11 12 13 14 15 16 17 18 19 22 28 33 38 44 55 66 77 88 99 111 222 333 444 555 666 777 888 999 1111 2222 3333 5555 6666 7777 8888 9999

3) Nombor-nombor popular (Popular Numbers)

  • 20 21 23 24 25 26 27 29 30 31 3234 35 36 37 39 40 41 42 43 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 56 57 58 59 60 61 62 63 64 65 67 68 69 70 71 72 73 74 75 76 78 79 80 81 82 83 84 85 86 87 89 90 91 92 93 94 95 96 97 98 100 101 121 131 141 151 161 171 181 191 200 202 212 232 242 252 262 272 282 292 300 303 313 323 343 353 363 373 383 393 400 404 414 424 434 454 464 474 484 494 500 505 515 525 535 545 565 575 585 595 600 606 616 626 636 646 656 676 686 696 700 707 717 727 737 747 757 767 787 797 800 808 818 828 838 848 858 868 878 898 900 909 919 929 939 949 959 969 979 989 1000 1001 1010 1100 1122 1133 1144 1155 1166 1177 1188 1199 1212 1221 1313 1331 1414 1441 1515 1551 1616 1661 1717 1771 1818 1881 1919 1991 2000 2002 2020 2112 2121 2200 2211 2233 2244 2255 2266 2277 2288 2299 2323 2332 2424 2442 2525 2552 2626 2662 2727 2772 2828 2882 2929 2992 3000 3003 3030 3113 3131 3223 3232 3300 3311 3322 3344 3355 3366 3377 3388 3399 3434 3443 3535 3553 3636 3663 3737 3773 3838 3883 3939 3993 4000 4004 4040 4114 4141 4224 4242 4343 4400 4411 4422 4433 4444 4455 4466 4477 4488 4499 4545 4554 4646 4664 4747 4774 4848 4884 4949 4994 5000 5005 5050 5115 5151 5225 5252 5335 5353 5445 5454 5500 5511 5522 5533 5544 5566 5577 5588 5599 5656 5665 5757 5775 5858 5885 5959 5995 6000 6006 6060 6116 6161 6226 6262 6336 6363 6446 6464 6556 6565 6600 6611 6622 6633 6644 6655 6677 6688 6699 6767 6776 6868 6886 6969 6996 7000 7007 7070 7117 7171 7227 7272 7337 7373 7447 7474 7557 7575 7667 7676 7700 7711 7722 7733 7744 7755 7766 7788 7799 7878 7887 7979 7997 8000 8008 8080 8118 8181 8228 8282 8338 8383 8448 8484 8558 8585 8668 8686 8778 8787 8800 8811 8822 8833 8844 8855 8866 8877 8899 8989 8998 9000 9009 9090 9119 9191 9229 9292 9339 9393 9449 9494 9559 9595 9669 9696 9779 9797 9889 9898 9900 9911 9922 9933 9944 9955 9966 9977 9988
Maklumat Lanjut

Sebarang Pertanyaan dan maklumat lanjut boleh layari Laman web Rasmi JPJ atau boleh hubungi no telefon : +603 8000 8000

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

X