Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Cara mohon dan semak kelayakan Program Agropreneur Muda

0 834

Program Agropreneur Muda diwujudkan di dalam perlaksananaan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) untuk golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun. Ianya bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di dalam rantaian nilai sektor pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agropelancongan.

Melalui program ini, kerajaan mahu menggalakkan golongan muda terlibat dalam sektor keusahawanan agro melalui semua aktiviti dalam rantaian nilai sektor pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agropelancongan.

Objektif Program

Antara objektif program ini diwujudkan adalah untuk:

  1. Menarik golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian.
  2. Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai salah sebuah industri yang berdaya maju.
  3. Meningkatkan pendapatan agropreneur muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti, teknologi dan inovasi serta pasaran yang kompetitif.
  4. Menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan selaras dengan Dasar Agromakanan Negara (2011 – 2020)

Agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang terlibat dalam Program Agropreneur Muda ini ialah Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan Malaysia, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Jabatan Perkhidmatan Veterinar,  Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA),

Terdapat 4 sektor utama di dalam Program Agropreneur Muda ini iaitu:

  1. Tanaman
  2. Perikanan
  3. Ternakan
  4. Industri Asas Tani
  5. Pemasaran
  6. Perkhidmatan dan input sokongan pertanian
  7. Agropelancongan

Jenis Bantuan dalam Program Agropreneur Muda

Terdapat 3 jenis bantuan yang ditawarkan melalui Program Agropreneur Muda ini iaitu:

  • Geran Agropreneur Muda (GAM)
    GAM ialah bantuan daripada kerajaan kepada agropreneur muda bagi membantu mereka meminimakan impak kewangan dalam menjalankan perniagaan.

    Geran ini diberi dalam bentuk barangan dengan nilai maksima RM20,000.00 setiap individu dan ianya tidak perlu dibayar balik.

    Matlamat pemberian geran ini ialah dapat memberi impak dalam jangka masa panjang dari aspek perniagaan dan faedah ekonomi kepada penerima geran.
  • Pakej Pembiayaan
    Pakej Pembiayaan diberikan dengan kadar keuntungan sebanyak dua peratus (2%) setahun bagi pembesaran projek pertanian yang telah beroperasi sekurang-kurangnya satu tahun.

    Had maksimum pembiayaan telah ditetapkan melalui agensi pembiayaan seperti:
    (i) Agrobank: Pembiayaan sehingga RM500,000 bagi setiap projek.
    (ii) TEKUN Nasional: Pembiayaan sehingga RM 50,000 bagi setiap projek.
  • Khidmat Nasihat Teknikal dan Latihan

Khidmat nasihat teknikal dan latihan secara intensif yang bersesuaian melalui program-program yang dilaksanakan oleh jabatan/agensi atau syarikat yang dilantik oleh Kementerian berkaitan dengan projek yang dijalankan.

Program khidmat nasihat dan latihan akan diselaraskan di peringkat negeri mengikut jadual berkala yang telah diatur oleh jabatan/agensi di sepanjang tahun

SYARAT KELAYAKAN

Syarat-syarat bagi melayakkan para pemohon dalam menyertai Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 40 tahun.
  3. Pemohon boleh membaca, mengira, dan menulis.

Syarat Tambahan Permohonan Geran

  1. Individu yang baru memulakan projek WAJIB mengikuti kursus/ latihan teknikal yang dianjurkan atau diikitiraf oleh Jabatan/ Agensi di bawah Kementerian atau yang diiktiraf oleh Kementerian; 
  2. Individu yang telah mempunyai projek sedia ada perlu mendapatkan perakuan dari Jabatan/ Agensi pembimbing bagi DIPERTIMBANGKAN untuk DIKECUALIKAN dari mengikuti kursus/ Latihan teknikal di bawah Kementerian atau yang diiktiraf oleh Kementerian;
  3. Individu yang baru memulakan projek dan berkelulusan Sijil/ Diploma/ Ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Institut Latihan di bawah Kementerian berkaitan projek pertanian yang dipohon boleh dipertimbangkan untuk DIKECUALIKAN daripada mengikuti program latihan teknikal.
  4. Individu yang berpendapatan bersih kurang dari RM5,000.00 sebulan layak untuk memohon bantuan GAM; dan melebihi RM5,000.00 bulan disyor untuk memohon pembiayaan di bawah PAM;
  5. Individu yang mempunyai tanah berstatus pertanian atau premis sedia ada untuk pelaksanaan projek (milikan sendiri, sewaan atau diberi kebenaran oleh pemilik).
  6. Pemohon yang memohon GAM digalakkan berdaftar dengan SSM atau Lesen yang berkaitan untuk projek yang dipohon;dan
  7. Permohonan dianggap gagal sekiranya tiada maklum balas diterima dalam tempoh tiga (3) bulan.

Syarat Tambahan Permohonan Pembiayaan

  1. Projek sedia ada melebihi tempoh setahun beroperasi;
  2. Projek berdaya maju dan sesuai untuk perluasan kapasiti; dan
  3. Pelaksanaan pembiayaan oleh Agrobank dan TEKUN Nasional adalah tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada Agrobank dan TEKUN Nasional yang berkuat kuasa

Tarikh Permohonan

Permohonan adalah di buka sepanjang masa.Kepada belia yang berminat bolehlah cuba untuk memohon.

Cara-cara untuk memohon

Pemohon yang layak perlu membuat permohonan di Pejabat jabatan/agensi daerah di bawah MOA atau Negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah), MAFI (Negeri Sabah) atau MANRED (Negeri Sarawak) yang terdekat dengan melengkapkan dokumen-dokumen seperti berikut:

  1. Borang UAM 01/14 (pin.02/18) berserta salinan kad pengenalan yang disahkan oleh pegawai Jabatan / Agensi dan gambar berukuran passport.
  2. Kertas Rancangan Perniagaan yang lengkap
  3. Senarai cadangan barangan yang dinyatakan pada Borang UAM 01/14 (pin.02/18) yang perlu disertakan anggaran sebut harga.
  4. Salinan Sijil/Diploma/Ijazah yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan dibawah MOA.
  5. Borang permohonan pembiayaan Agrobank atau TEKUN Nasional (bagi permohonan kategori pembiayaan).

Borang Permohonan Geran Agropreneur Muda boleh didapati secara dalam talian (website) Kementerian atau melalui pejabat-pejabat jabatan / agensi di bawah Kementerian.

Permohonan Geran :

a. Bagi permohonan geran perlulah melengkapkan dokumen- dokumen seperti berikut:

  1. Borang Permohonan Geran Agropreneur Muda berserta salinan kad pengenalan yang disahkan dan gambar terkini berukuran pasport;
  2. Kertas Rancangan Perniagaan yang lengkap (rujuk senarai semak pada Lampiran 1);
  3. Senarai cadangan barangan yang dinyatakan pada Borang Permohonan Geran Agropreneur Muda perlu disertakan anggaran Sebut Harga yang disahkan oleh jabatan/ agensi pembimbing;
  4. Salinan sijil kursus yang dianjurkan oleh Jabatan/Agensi di bawah Kementerian atau yang diiktiraf oleh Kementerian, bagi projek baharu sahaja.
  5. Projek sedia ada yang berkaitan dengan permohonan Geran tidak perlu menghadiri kursus yang dianjurkan Jabatan/Agensi di bawah Kementerian.
  6. Salinan Sijil / Diploma / Ijazah yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Institut Latihan di bawah Kementerian; dan
  7. Permohonan hendaklah diserahkan di pejabat jabatan/agensi daerah di bawah Kementerian atau negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah), Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah atau Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak yang terdekat.

Kelulusan atau Penolakan :

  1. Permohonan GAM beserta dokumen-dokumen yang telah lengkap dari jabatan/agensi Ibu Pejabat yang dikemukakan kepada pihak Kementerian untuk kelulusan atau penolakan sesuatu permohonan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan perlu melalui dua peringkat pertimbangan iaitu Jawatankuasa Teknikal Program Agropreneur Muda dan Jawatankuasa Induk Program Agropreneur Muda;
  2. Jawatankuasa Teknikal Program Agropreneur Muda bersidang bagi menyediakan pertimbangan dan syor kepada Jawatankuasa Induk Program Agropreneur Muda;
  3. Jawatankuasa Induk Program Agropreneur Muda bersidang bagi membuat keputusan kelulusan atau penolakan permohonan bantuan Geran Agropreneur Muda;
  4. Surat Kelulusan beserta senarai spesifikasi kelulusan dan serta Borang Penilaian Sebut harga Pembekalan Geran Agropreneur Muda akan dikemukakan kepada pemohon yang berjaya melalui jabatan/agensi

Muat Turun/Download semua Borang

Berikut adalah senarai borang untuk di muat turun:

Lampiran 1 – Borang Pendaftaran UAM

https://www.kpkm.gov.my/…/91e6ff11-f192-4227-bbc8…

Lampiran 2 : Penyediaan Rancangan Perniagaan

https://www.kpkm.gov.my/…/3a84a3b1-58da-4f5e-93bf…

Laman Web Agropreneur Muda :

https://www.kpkm.gov.my/agropreneur-muda

Berikut semua borang yang wajib ada:

Peringkat Pendaftaran dan Permohonan (Geran)

Lampiran 1 : Penyediaan Rancangan Perniagaan

Lampiran 2 – Borang Permohonan UAM

Lampiran 3 – Borang Pemarkahan Permohonan Geran

Lampiran 4 – Borang Permohonan Peluang Kedua

Lampiran 5 – Borang Penilaian Permohonan Geran Agropreneur Muda

Peringkat Pembekalan

Lampiran 5 – Borang Permohonan Pertukaran Spesifikasi GAM

Lampiran 6 – Borang Permohonan Pelanjutan Tempoh Serahan Dokumen Sebut Harga Bagi GAM

Lampiran 7 – Borang Penilaian Sebut Harga Pembekalan GAM

Lampiran 8 – Borang Permohonan Pelanjutan Tempoh Pembekalan GAM

Lampiran 9 – Borang Permohonan Pembatalan Pembekal GAM

Peringkat Pembayaran

Lampiran 10 – Borang Tuntutan Pembayaran Geran Agropreneur Muda

Lampiran 11 – Surat Aku Janji

Peringkat Pemantauan

Lampiran 12 – Borang Laporan Pemantauan

Terdapat beberapa prosedur untuk permohonan ini sama ada diluluskan atau ditolak iaitu:

  1. Permohonan GAM berserta dokumen-dokumen yang lengkap dari Jabatan/Agensi Ibu Pejabat akan dikemukakan kepada pihak UAM, MOA untuk kelulusan atau penolakan sesuatu permohonan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Geran & Pembiayaan Program Agropreneur Muda dan Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Program Agropreneur Muda.
  2. Dokumen Tawaran Kelulusan berserta Surat Aku Janji serta Borang Penilaian Sebutharga Pembekalan akan dikemukakan kepada pemohon yang berjaya melalui Jabatan/Agensi.
  3. Bagi permohonan Pakej Pembiayaan, dokumen-dokumen yang lengkap daripada TEKUN/Agrobank Peringkat Cawangan akan dikemukakan kepada pihak TEKUN/Agrobank Peringkat Ibu Pejabat untuk kelulusan atau penolakan sesuatu permohonan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan Agensi Pembiaya.
  4. Hanya peserta yang lulus sahaja akan dihubungi dan diberi Surat Kelulusan melalui jabatan/agensi pembimbing yang berkaitan.

Dokumen yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke Jabatan/ Agensi MOA sebelum tarikh tutup permohonan mengikut fasa. Permohonan tertakhluk kepada syarat yang ditetapkan.

Tawaran permohonan adalah terhad. Hanya pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dimaklumkan. Permohonan dianggap gagal sekiranya tiada maklum balas diterima dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh tutup permohonan mengikut fasa.

Walaubagaimanapun, sekiranya gagal pemohon boleh membuat permohonan baru pada fasa berikutnya

Prosedur Program Agropreneur Muda

Setelah permohonan pemohon diluluskan, berikut merupakan pelaksanaan bagi GAM:

  1. Surat Aku Janji – Borang UAM 2/18 dan Borang Penilaian Sebutharga Pembekalan – Borang UAM 06/17 (pin. 1/18) hendaklah dikembalikan dalam tempoh sah laku berserta tiga sebutharga yang lengkap (SSM/MOF) yang disahkan oleh Jabatan/Agensi Daerah/Negeri. Bagi syarikat yang mengenakan cukai, Surat Pendaftaran SST perlu dilampirkan bersama dan disahkan oleh jabatan/agensi yang terlibat.
  2. Selepas itu, Jabatan/Agensi peringkat daerah bertanggungjawab menguruskan bantuan kepada pemohon GAM yang akan diselaraskan oleh jabatan/agensi Ibu Pejabat masing-masing.
  3. Bagi perolehan GAM, peruntukan akan disalurkan kepada pembekal secara terus berkaitan projek yang diluluskan melalui agensi pembayar iaitu Agrobank.
  4. Program khidmat nasihat dan latihan akan diselaraskan di peringkat negeri mengikut jadual berkala sedia ada yang telah diatur oleh jabatan/agensi sepanjang tahun.

Bagi pembiayaan pula, beberapa langkah pelaksanaan Pakej Pembiayaan akan dilakukan seperti berikut:

  1. Pengeluaran wang adalah secara berperingkat mengikut kemajuan projek dan mestilah disokong berdasarkan dokumen yang sah.
  2. Jumlah pembiayaan yang diluluskan akan terus disalurkan ke akaun pemohon bagi pembiayaan di bawah TEKUN. Manakala bagi pembiayaan di bawah Agrobank, bayaran bagi pembekalan akan disalurkan ke akaun pembekal.
  3. Pembiayaan semula melalui TEKUN atau Pembiayaan Tambahan melalui Agrobank adalah dibenarkan untuk kali kedua hanya untuk satu projek yang sama dengan syarat bayaran pembiayaan terdahulu mempunyai rekod bayaran yang baik bagi tempoh dua belas bulan.
  4. Tempoh penangguhan bayaran (Grace Period) diberikan bagi projek sehingga dua belas bulan dari tarikh pertama pengeluraan berjaya dilakukan.
  5. Pelaksanaan pembiayaan adalah tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada yang ditetapkan oleh TEKUN Nasional dan Agrobank.

Carta alir permohonan GAM dan carta alir permohonan Pakej Pembiayaan boleh dilihat di bawah:

carta alir GAM Pembiayaan

Maklumat Lanjut

Bagi yang berminat dan ingin mengajukan pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi pihak kementerian melalui:

Laman webhttp://www.mafi.gov.my/agropreneur-muda
Facebookhttps://www.facebook.com/AgroyouthMOA/

Sumber: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS)

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

TUTUP
Share via