Cara memohon Program Dermasiswa B40 untuk tajaan Diploma

0 355

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang mengikuti pengajian di peringkat diploma untuk memohon penajaan di bawah Program Dermasiswa B40.Program ini menawarkan penajaan pengajian bagi keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan pengajian secara kaedah dermasiswa.

Penajaan bagi program ini melibatkan pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam, Politeknik, dan Institut Kemahiran Awam.

Permohonan dibuka selama tujuh 7 hari mulai 13 Julai 2020 (Isnin)
jam 9.00 pagi hingga 19 Julai 2020 (Ahad) jam 4.30 petang.

Cara buat permohonan Program Dermasiswa B40 untuk tajaan diploma

Syarat-Syarat Permohonan Program Dermasiswa B40

Individu yang berminat memohon program ini perlu menepati syarat-syarat umum dan khusus permohonan.

Syarat-syarat umum permohonan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah mempunyai kesihatan yang baik.
  • Pemohon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019 buat kali pertama.
  • Umur pemohon belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan).
  • Ibu dan / atau bapa pemohon tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA.
  • Tidak menerima bantuan kewangan atau tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama.
  • Pendapatan perkapita keluarga pemohon adalah dalam kategori B40 iaitu RM4,359.00 sebulan dan ke bawah.

Bagi syarat-syarat khusus pula, pemohon mesti menepati syarat-syarat berikut:

  • Untuk Universiti Awam / Politeknik yang dikenalpasti:
    i) Pemohon menduduki SPM pada tahun 2019 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana 3 subjek lain yang diambil.
    ii) Pemohon telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.
  • Untuk Institut Kemahiran Awam (Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) / Institut Kemahiran MARA / Kolej Kemahiran Tinggi MARA / Kolej Komuniti / Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) / Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI):
    i) Pemohon menduduki SPM pada tahun 2019 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurangkurangnya gred C dalam mana-mana 1 subjek lain yang diambil.
    ii) Pemohon telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.

Terdapat beberapa bidang pengajian yang tidak ditaja dalam program ini.

Bidang-bidang pengajian yang tidak ditaja adalah seperti berikut:

  • Pendidikan
  • Kejururawatan
  • Sijil Profesional untuk perlesenan seperti lesen penerbangan (Aircraft Maintenance License)
  • Kursus Profesional seperti Certified Legal Practitioner (CLP) dan Chartered Accountancy (CA)

Cara Membuat permohonan program Dermasiswa B40

Permohonan Program Dermasiswa B40 tajaan JPA adalah dibuka secara atas talian sahaja selama 7 hari mulai 13 Julai 2020 (Isnin) jam 9.00 pagi sehingga 19 Julai 2020 (Ahad) jam 4.30 petang. Calon boleh membuat permohonan di laman sesawang eSila di pautan berikut:

Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2020 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.

Keputusan Permohonan penajaan

Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang eSILA pada Oktober 2020. Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam laman sesawang eSILA.

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 mulai 13 hingga 17 Julai 2020 jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA).

Saya menduduki peperiksaan SPM 2018. Bolehkah saya memohon Program Dermasiswa B40 Tahun 2020?

Tidak. Program Dermasiswa B40 bagi tahun 2020 hanya dibuka kepada pelajar lepasan SPM tahun 2019 sahaja

Adakah saya layak memohon sekiranya pendapatan perkapita melebihi RM 4,359.00?

Hanya pendapatan perkapita dalam kategori B40 iaitu RM4,359.00 sebulan dan ke bawah sahaja layak memohon.

Sekiranya saya menolak tawaran biasiswa di bawah Program
Dermasiswa B40 Tahun 2020, adakah saya layak dipertimbangkan sebarang penajaan lain di JPA?

Ya. Pemohon boleh memohon apa-apa program penajaan lain yang ditawarkan oleh JPA sekiranya melepasi syarat-syarat permohonan program penajaan.

Adakah saya boleh membuat rayuan jika permohonan saya ditolak?

Tidak. Keputusan adalah muktamad dan proses rayuan tidak akan dibuka.

Bilakah tarikh tutup permohonan program ini?

Tarikh tutup permohonan ialah pada 19 Julai 2020 jam 4.30 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Sebarang permasalahan atau bantuan teknikal, sila hubungi Pusat Panggilan JPA di talian 03- 8885 3297.

Individu atau pemohon juga boleh mengemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) di laman sesawang http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do.

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

X
logo hiburan.my

Subscribe Post Terbaru dari kami kepada anda!

Dapatkan PERCUMA Info Bantuan Kerajaan ke Telefon Anda Setiap Hari.
Jangan lupa CONFIRMKAN SUBSCRIPTION di email anda!

Sila confirmkan Subscription INFO PERCUMA kami di EMAIL ANDA SEKARANG!