Program eStart.Dalam belanjawan 2021 yang lepas,kerajaan telah bersetuju untuk memberi Bantuan e-Wallet RM150 secara one-off.Program tersebut dikenali sebagai program eStart atau ePemula iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan.
Bantuan Kredit e-wallet Belia RM150
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memaklumkan e-Start akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.
“Dengan peruntukan RM300 juta, kerajaan berharap lebih 2 juta belia yang menerima manfaat daripada program ini dapat menggunakan sebaiknya melalui pembelian berguna seperti buku dan kelengkapan pembelajaran.”
Pemberian bantuan dalam bentuk ewallet ini adalah untuk menggalakkan dan memupuk penggunaan belian tanpa tunai di kalangan belia lebih mudah.
Syarat kelayakan permohonan eStart
Berikut adalah kelayakan untuk permohonan:
- Warganeraga Malaysia dan belia berumur 18 hingga 20 tahun
- Pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.
Cara memohon Program eStart
Berikut adalah cara membuat penebusan bagi 4 ewallet yang terpilih:
1.ShopeePay
Pastikan anda aktifkan Shopee Pay anda.Kemudian anda keluar gambar atau paparan seperti berikut:
2.Grab Pay
- Buka aplikasi Grab
- Lihat pada paparan utama. Anda akan nampak ‘Claim RM360 worth of vouchers with ePemula’
- Kemudian anda hanya perlu buat pengesahan identiti di akaun GrabPay anda.
- Setelah selesai, bolehlah anda menggunakan ganjaran ePemula yang dikreditkan ke akaun anda. Melalui GrabPay, anda akan mendapat:
- RM150 kredit ewallet ePemula
- RM150 voucher GrabFood
- RM60 promo terpilih dari merchant Grab
3.Touch n Go eWallet
Banyak keistimewaan edompet ini kerana ia bukan saja boleh digunakan di hampir semua kedai-kedai fizikal dan anda bonus serta ganjaran tambahan.
Berikut cara tebus dengan Touch n Go eWallet:
- Pastikan anda memuat turun Touch ‘n Go eWallet
- Sila lengkapkan Pengesahan Akaun anda
- Kemudian aktifkan pengesahan IC dan selfie
- Lengkapkan butiran peribadi anda pada ruang yang disediakan.
- Dah settle? Sekarang anda bolehlah tuntut kredit RM150 berserta bonus-bonus hebat – khas untuk penebusan terawal sahaja!
Apakah aplikasi e-Tunai yang terpilih
Menurut maklumat terbaru dari Kementerian Kewangan, e-dompet atau eWallet yang terlibat dalam program ePemula adalah:
- Touch n Go eWallet
- ShopeePay
- Grab Pay
- BigPay
Tarikh permohonan program eStart atau e-Pemula 2022
Tarikh permohonan bermula 11 April –1 Jun 2022
Senarai bantuan untuk belia dalam bajet 2022
Untuk makluman,terdapat banyak bantuan untuk belia dalam bajet 2022 yang telah dibentangkan.Jangan lupa ikuti hebahan bantuan tersebut melalui telegram kami yang akan kemaskini jika terdapat makluman terbaru
Berikut adalah senarai bantuan untuk belia:
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan Maklumat lanjut boleh layari laman web https://www.mof.gov.my/ untuk sebarang maklumat terkini mengenai bantuan ini.