Program IPG online Fasa 2: Program Guru Lepasan SPM

0 2,879

Makluman bagi calon lepasan SPM yang bercita-cita melanjutkan pengajian dalam bidang perguruan, permohonan IPG online Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) fasa kedua akan dibuka mulai 6 Julai 2020 hingga 12 Julai 2020.Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka semula permohonan kemasukan ke IPG Institut Pendidikan Guru bagi bidang Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Program IPG Online

Untuk makluman lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam adalah bagi memenuhi beberapa keperluan bidang di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).Ini adalah tawaran yang baik untuk calon lepasan SPM yang ingin dan berminat untuk menjadi guru sebagai kerjaya.

Disini kami akan berkongsi maklumat lanjut tentang cara memohon dan syarat-syarat penting untuk kemasukan ke program ini.Sebelum itu,apakah itu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)?

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)?

Program ini bertujuan untuk melatih bakal guru di Institut
Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi
keperluan di sekolah rendah.

Pemohon perlu mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana
Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan di IPG
berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.

Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberi Sijil Tamat PPISMP
dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4)
tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM.

PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara mod sepenuh masa.

Syarat Kelayakan Asas Program IPG Online

Syarat yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2020 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2000.
  • Sihat tubuh badan.
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Memperoleh gred cemerlang sekurang-kurangnya lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian bagi tiga (3) mata pelajaran berikut: BM, Sejarah dan BI
  • Menenuhi syarat-syarat bidang pengkhususan*

#*Syarat-syarat bidang pengkhususan untuk permohonan IPG online boleh dilihat di Lampiran A.

Tarikh Buka dan Tutup Permohonan IPG Online Fasa 2

Permohonan IPG Online Fasa 2 dibuka mulai 6 Julai 2020 hingga 12 Julai 2020 (11.59 malam).

Cara Permohonan IPG Online Fasa 2

1. Layari Laman Web PISMP

Permohonan khas PISMP hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang di alamat: https://pismp.moe.gov.my mulai 6 Julai 2020.

Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat-syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.

2. Baca Panduan Permohonan

Sebelum membuat permohonan, sila baca maklumat iklan selengkapnya.

Pemohon juga dinasihatkan untuk merujuk

  • Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG),
  • Panduan Penyediaan Video Pengajaran,
  • syarat bidang
  • kalendar aktiviti (Lampiran B)

3. Persediaan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

Pemohon yang terpilih mesti menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan menyediakan rakaman video pengajaran.

Panduan penyediaan rakaman video pengajaran disediakan untuk rujukan pemohon.

4. Mengemaskini Maklumat Permohonan

Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU sahaja permohonan dan pemohon boleh mengemaskini pada bila-bila masa sehingga tarikh permohonan ditutup.

5. Hantar Permohonan Yang Disahkan

Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.

Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor
rujukan sebagai pengesahan.

Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Prosedur Kemasukan

Prosedur kemasukan Boleh rujuk gambar dibawah:

Calon Yang Tidak Layak

  • Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan KPM.
  • Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  • Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan dari program.

Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
No Telefon: 03-8312 6768/6693/6731/6769

(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Pusat Hal Ehwal Pelajar)

Dapatkan info terkini tentang Program IPG online melalui Facebook Institut Pendidikan Guru KPM – Rasmi.

Layari http://ipgm.moe.edu.my/index.php/informasi/113-pismp-f2-2020 untuk maklumat lanjut

Soalan Lazim:

Nak tanya, jika dah terima tawaran kemasukan ke tingkatan 6, adakah masih boleh membuat permohonan IPG ini?

Boleh

Adakah nombor pin diperlukan untuk membuat permohonan fasa 2 ini?

Tidak perlu.

Jika saya pernah menolak permohonan kemasukan ke Universiti, adakah masih boleh membuat permohonan ini?

Boleh.

Saya pernah mohon PISMP tempoh hari. Akan tetapi gagal pada bahagian temuduga. Adakah saya masih dibolehkan untuk membuat permohonan?

Ya. Boleh.

Saya sedang menunggu keputusan UPU. Boleh mohon tak?

Boleh.

Bilakah permohonan ini dibuka?

Permohonan dibuka pada 6 Julai 2020.

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More