Permohonan Program IPG.Makluman bagi calon lepasan SPM yang bercita-cita melanjutkan pengajian dalam bidang perguruan, permohonan IPG online Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) akan dibuka Seluruh Negara bagi ambilan 2023.PISMP atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan adalah program guru tajaan KPM bagi pelajar lepasan SPM yang berminat dengan kerjaya bidang perguruan
Untuk makluman lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam adalah bagi memenuhi beberapa keperluan bidang di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).Ini adalah tawaran yang baik untuk calon lepasan SPM yang ingin dan berminat untuk menjadi guru sebagai kerjaya.
Disini kami akan berkongsi maklumat lanjut tentang cara memohon dan syarat-syarat penting untuk kemasukan ke program ini.Sebelum itu,apakah itu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)?
Maklumat Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Program ini bertujuan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh KementerianPendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagikeperluan di sekolah rendah.
Pemohon perlu mengikuti Program Persediaan Ijazah SarjanaMuda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.
Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberi Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM.
Pelajar PPISMP akan di beri elaun sebanyak RM430 sebulan dan yuran pengajian sebanyak RM27,831 akan terus ditanggung oleh pihak kerajaan sepanjang tempoh pengajian selama empat tahun.Pelajar PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara mod sepenuh masa.
Untuk PPC pula, pemohon yang layak akan mengikuti pengajian di universiti luar negara yang telah ditetapkan oleh KPM selama 4 tahun.
Setelah tamat pengajian Ijazah, pelajar akan mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di IPG selama satu 1 tahun sebelum berkhidmat.
Maklumat Program IPG PISMP 2022
Berikut adalah maklumat permohonan guru IPG PISMP 2022:
- Tarikh permohonan di buka: 15 Mac 2023 hingga 15 April 2023
- Permohonan di buka untuk lulusan SPM 2020, 2021,2022

Syarat Kelayakan Asas Program IPG Program Guru Tajaan KPM
Syarat yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada tahun yang dibenarkan permohonan.
(Pemohon akan mengetahui sama ada umur anda layak untuk membuat permohonan kerana sebaik sahaja permohonan dibuka, sistem akan terlebih dahulu membuat tapisan awal berkenaan umur pemohon. Jika layak, baru anda dibenarkan mendaftar seterusnya membuat permohonan PISMP secara online) - Calon mesti sihat tubuh badan.
- Calon mesti aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Calon mendapat gred cemerlang Makluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Calon mesti mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian (kredit) dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
– Bahasa Melayu,
– Sejarah,
– Lulus Bahasa Inggeris,
– Lulus satu subjek lain. - Calon memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk Syarat Bidang Pengkhususan dalam permohonan online).
Perlu diingatkan Bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan guru daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM.
Berikut antara bidang pengkhususan yang ditawarkan mengikut jenis sekolah:
Sekolah Kebangsaan (SK)
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Cina
- Bahasa Tamil
- Bahasa Iban
- Bahasa Kadazandusun
- Pendidikan Islam
- Matematik
- Sains
- Pendidikan Khas
- Bahasa Arab
- Pendidikan Muzik
- Sejarah
- Pendidikan Jasmani
- Rekabentuk dan Teknologi
- Pendidikan Awal Kanak-kanak
- Bimbingan dan Kaunseling
#*Syarat-syarat bidang pengkhususan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di sini.
Boleh juga baca: Cara Daftar MySPP Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan untuk jawatan kosong SPP
Calon Yang Tidak Layak Memohon
- Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan KPM.
- Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
- Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan dari program.
- Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.
Cara mohon Permohonan IPG Online
1. Layari Laman Web PISMP
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang di alamat: https://pismp.moe.gov.my mulai mulai 15 Mac 2023
Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat-syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.
2. Baca Panduan Permohonan
Sebelum membuat permohonan, sila baca maklumat iklan selengkapnya.
Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : https://pismp.moe.gov.my bagi mendapatkan
- Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG),
- Panduan Penyediaan Video Pengajaran,
- video kecergasan fizikal (VKF)
- syarat bidang pengkhususan
- kalendar aktiviti
3. Persediaan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)
Pemohon yang terpilih mesti menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan menyediakan rakaman video pengajaran dan dan video kecergasan fizikal (VKF).
Panduan penyediaan rakaman video pengajaran disediakan untuk rujukan pemohon.
4. Kemaskini Maklumat Permohonan
Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU sahaja permohonan dan pemohon boleh mengemaskini pada bila-bila masa sehingga tarikh permohonan ditutup.
5. Hantar Permohonan Yang Disahkan
Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
Jangkaan Tarikh-tarikh Penting PISMP
Semua calon perlu sentiasa peka terhadap tarikh-tarikh penting yang ditetapkan oleh KPM seperti berikut.
Walaubagaimanapun tarikh-tarikh tersebut bergantung kepada pindaan.
BIL | AKTIVITI | TARIKH |
1 | Permohonan | 15 Mac – 15 April 2023 |
2 | Permohonan Fasa 2 | 1 Jun – 10 Jun 2023 |
3 | Pelaksanaan e-UKCG | 20 – 29 April 2023 |
4 | e-UKCG Fasa 2 *Bagi calon yang memohon PISMP FASA 2 dan yang belum menduduki e-UKCG FASA 1. | 13 Jun 2023 |
5 | Kemaskini maklumat dan bidang permohonan PISMP | 20 – 22 Jun 2023 |
6 | Keputusan e-UKCG, Semakan calon Layak Temu duga serta Penyediaan Rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF) (Tarikh mula muat naik VKF dan kemaskini Link/ URL ke portal PISMP) | 28 Jun – 3 Julai 2023 |
7 | Tarikh akhir muat naik dan kemaskini Link/ URL Video Kecergasan Fizikal (VKF) | 3 Julai 2023 |
8 | Temu duga secara dalam talian dan Penilaian Rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF) | 3 – 8 Julai 2023 |
9 | Keputusan tawaran Pengajian ke IPG | 16 Julai 2023 |
10 | Pendaftaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG Kampus | 7 – 8 Ogos 2023 |
- Calon yang telah menduduki e-UKCG, menghadiri temu duga dan menghantar VKF tetapi tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPGM, KPM tidak akan mengeluarkan sebarang makluman kepada calon.
- Calon dinasihatkan menyemak status permohonan dari semasa ke semasa.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui medium di bawah:
- MAKLUMAT PROGRAM
- MAKLUMAT PERMOHONAN
- MAKLUMAT PENTING
- BIDANG PENGKHUSUSAN DITAWARKAN
- KALENDAR AKTIVITI
- SOALAN LAZIM (FAQ)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
No Telefon: 03-8312 6768/6693/6731/6769
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Pusat Hal Ehwal Pelajar)
Dapatkan info terkini tentang Program IPG online melalui Facebook Institut Pendidikan Guru KPM – Rasmi.
Soalan Lazim:
Boleh
Tidak perlu.
Boleh.
Ya. Boleh.
Boleh.
Permohonan dibuka 15 Mac 2023
Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN Supaya Tidak Terlepas Segala Hebahan. Klik Pautan Di Bawah.
JOIN TELEGRAM | LINK PAUTAN |
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia | PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN |