Permohonan Program Subsidi Upah 4.0 bermula Ogos 2021

0 968

Program Subsidi Upah merupakan satu inisiatif kerajaan dalam bentuk bantuan kewangan oleh kerajaan yang dibayar kepada majikan bagi setiap perusahaan untuk setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.Terdahulu,kerajaan  pihak kerajaan telah melaksanakan 3 siri Program Subsidi Upah dan terbaru Melalui Pakej PEMULIH,kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PSU 4.0 dengan peruntukan sebanyak 3.8 bilion ringgit yang dijangka memanfaatkan lebih 2.5 juta pekerja.

Terbaru di bawah Program Subsidi Upah 4.0 majikan boleh memohon subsidi sebanyak RM600 sebulan untuk semua pekerja tempatan tanpa had gaji, terhad kepada 500 pekerja bagi satu perusahaan. Inisiatif ini dapat membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat Covid19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.Di bawah program ini juga, majikan diminta untuk memasukkan maklumat subsidi dalam slip gaji pekerja.

Tempoh perlaksanaan PSU 4.0

Perlaksanaan adalah selama empat bulan dimana :

  1. Dua bulan pertama mulai 1 Ogos 2021, PSU 4.0 akan dibuka kepada majikan di semua sektor ekonomi yang pendapatannya terjejas sekurang-kurangnya 30 peratus selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
  2. Dua bulan seterusnya khusus bagi sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa tempoh fasa ketiga nanti

Kadar Bayaran Subsidi

Kadar bayaran adalah RM600 setiap pekerja dan melibatkan 500 pekerja setiap majikan

Syarat-syarat permohonan

Berikut adalah syarat-syarat:

  1. Kadar penurunan sebanyak 30% atau lebih bagi jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahun 2020/2021 berbanding dengan bulan yang sama pada tahun 2019/2020.
  2. Tiada had gaji ditetapkan bagi program ini (sebelum ini had gaji ialah RM4,000).
  3. Majikan disyaratkan untuk memasukkan maklumat subsidi ke dalam slip gaji pekerja.

Tarikh dan cara membuat permohonan

Tarikh Permohonan bermula 1 Ogos 2021 hingga 31 Oktober.

Permohonan hendaklah dibuat oleh majikan.Cara membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Permohonan boleh dikemukakan secara online di https://prihatin.perkeso.gov.my/
  2. Majikan akan menerima No. Rujukan sebaik sahaja permohonan lengkap telah diisi di pautan https://prihatin.perkeso.gov.my/ dan boleh menyemak status permohonan menggunakan No. Rujukan yang diberikan
  3. Senarai nama majikan yang diluluskan permohonan PSU boleh disemak di https://www.myfuturejobs.gov.my/ termasuk bilangan pekerja yang diluluskan

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh membuat carian laman rasmi PERKESO di https://psu.perkeso.gov.my/

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More