PSU 5.0.Program Subsidi Upah merupakan perluasan kepada Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Program- ERP) iaitu bantuan kewangan segera bagi membantu majikan yang mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 30% daripada jumlah jualan atau pendapatan.
Terbaru melalui PSU 5.0 bagi tahun 2022,majikan yang terkesan boleh memohon di mana permohonan sudah di buka bermula 1 Januari 2022 sehingga 31 Mac 2022 .Untuk makluman anda, SIP Subsidi Upah Bersasar atau PSU 5.0 adalah penjenamaan semula kepada program terdahulu iaitu Program Subsidi Upah.
Maklumat Program Subsidi Upah (PSU)
Untuk makluman program ini telah di mulakan melalui PSU 1 sejak PKP, iaitu mulai 27 Mac 2020 dan tujuan PSU ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 serta penutupan operasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.
Seterusnya sehingga PSU 4.0 di mana program ini telah di tambah baikkan dengan penetapan tiada had gaji dan di kekalkan sehingga PSU 5.0 (program sebelum ini had gaji pekerja RM4,000 dan ke bawah setiap bulan).
Permohonan terhad kepada 500 Orang pekerja untuk setiap permohonan.Majikan juga perlu memasukkan maklumat Subsidi Upah dalam slip gaji pekerja atau memberi notifikasi secara bertulis kepada pekerja berkenaan subsidi upah yang diterima untuk membayar gaji pekerja.

Pengumuman Program Subsidi Upah 5.0 2022
Program ini telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2022 sehingga 31 Mac 2022 namun tertakhluk kepada peruntukan dana kerajaan di bawah BAJET 2022.
Kelayakan untuk semakan Program Subsidi Upah
Berikut adalah syarat kelayakan untuk majikan untuk memohon SIP Subsidi Upah Bersasar:
- Majikan dan Perusahaan daripada sektor pelancongan dan yang berkaitan dengannya.
- Kadar penurunan sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulan Oktober/November/Disember bagi tahun 2021 berbanding dengan mana-mana bulan pada tahun 2019 / 2020 / 2021 sebelum penularan wabak COVID-19.
- Contohnya, aktiviti perhotelan, penerbangan, agensi pelancongan, agensi pengurup wang dan lain-lain perusahaan yang berkaitan dengannya.
- Senarai aktiviti industri yang berkaitan seperti senarai di Lampiran A di bawah.
Senarai Sektor Yang Terlibat
Berikut adalah senarai sektor dan aktiviti industri yang layak untuk memohon PSU 5.0 :
- Majikan dari sektor dan aktiviti industri yang tidak tersenarai dan masih terjejas akibat penularan wabak COVID-19 BOLEH mengemukakan rayuan secara atas talian melalui pautan https://eaduansip.perkeso.gov.my/rayuansektornegatif.php
- PERKESO berhak menentukan keputusan untuk sebarang permohonan rayuan yang dikemukakan berdasarkan alasan dan dokumen yang munasabah dan keputusan adalah muktamad.
Cara memohon
Permohonan boleh di buat https://psu.perkeso.gov.my/
- Semua majikan yang layak adalah dikehendaki mengemukakan permohonan baru untuk SIP Subsidi Upah Bersasar (PSU 5.0) ini tanpa mengira pernah menerima bantuan PSU (PSU 1.0, PSU 2.0, PSU 3.0 atau PSU 4.0) sebelum ini atau tidak.
- SIP Subsidi Upah Bersasar adalah lanjutan Program Subsidi Upah sebelum ini untuk tempoh bantuan selama 3 bulan kepada sektor pelancongan sahaja.
- Majikan adalah dinasihatkan untuk membuat semakan dan kemaskini senarai pekerja di dalam portal pendaftaran dan caruman (Portal ASSIST) sebelum mengemukakan permohonan SIP Subsidi Upah Bersasar (PSU 5.0)
- Sebarang perubahan kepada status perniagaan dan pengemaskinian maklumat pekerja atau pembatalan permohonan hendaklah dilaksanakan selewat-lewatnya pada 15 hari bulan atau sebelum bulan berkenaan.
- Bagi perusahaan yang mempunyai lebih daripada satu cawangan yang berdaftar bawah satu SSM/ROB/ROC/PBT atau lain-lain pertubuhan akan dianggap sebagai satu entiti di bawah SATU permohonan yang sama.
Dokumen Penting
Berikut adalah dokumen sokongan yang di perlukan:
- Senarai nama pekerja (mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan)
- Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja)
- Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank. Sila rujuk pihak bank dan memastikan No BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan
- Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan
- Akuan Pengisytiharan PSU 5.0
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,anda boleh hubungi melalui medium berikut:
- Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO
- No Telefon:03-4264 5555 / 03-8091 5100 / 1-300-22-8000
- Email: perkeso@perkeso.gov.my.
- Rujuk soalan-soalan lazim SIP Subsidi Upah Bersasar (PSU 5.0).
- Aduan dan pertanyaan, sila kemukakan di pautan eaduansip.perkeso.gov.my
Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN Supaya Tidak Terlepas Segala Hebahan. Klik Pautan Di Bawah.
JOIN TELEGRAM | LINK PAUTAN |
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia | PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN |
