Cara mohon Rayuan BPR 2021 fasa 2 yang berstatus “Tidak Lulus”

0 11,433

KEMASKINI TERBARU: Semakan Rayuan BPR Fasa boleh disemak bermula pada 18 September 2021 di portal BPR dan Pembayaran akan dilakukan bersama dengan penerima BPR Fasa 3.


Rayuan BPR 2021 fasa 2.Dalam belanjawan 2021,kerajaan telah mengumumkan Bantuan Sara Hidup (BSH) bakal digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).Fasa 1 pembayaran BPR berjumlah RM1.93 bilion telahpun dibayar kepada 8.4 juta penerima dari 24 Februari sehingga 1 April 2021.

Tarikh Bayaran BPR Fasa 2 adalah bermula 7 – 12 Mei 2021 Secara Berperingkat untuk yang ada akaun bank dan 17 Mei 2021 untuk yang tiada akaun bank.Status kelulusan BPR Fasa 2 juga boleh mula disemak pada 7 Mei.

Maklumat permohonan yang berstatus tidak lulus

Mengikut Soalan Lazim yang di keluarkan dari LHDN,penerima BPR Fasa 2 yang layak menerima bayaran merujuk kepada Permohonan BPR 2021 berstatus LULUS DAN melepasi semakan verifikasi kelayakan.Soalan lazim ini telah dikemaskini pada 4 Mei 2021 di Portal Rasmi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

permohonan yang berstatus tidak lulus bpr fasa 2

Mengikut FAQ yang telah di kemaskini itu,tidak semua penerima Fasa 1 BPR akan menerima baki bayaran Fasa seterusnya BPR 2021 kerana pembayaran seterusnya adalah berdasarkan semakan verifikasi kelayakan bagi permohonan BPR 2021 yang dibuat selepas tarikh tutup pendaftaran BPR 2021

buat rayuan BPR fasa 2

Tarikh Permohonan Rayuan BPR 2021

Tarikh permohonan rayuan dibuka pada :

  • 15 hingga 30 Jun 2021

Cara membuat Rayuan BPR 2021 fasa 2

Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat rayuan:

  1. Pergi ke Portal Rasmi BSH LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my
  2. Klik pada ikon ‘Rayuan’ (mulai 15 Jun 2021)
  3. Masukkan nombor kad pengenalan (Mykad) dan klik pada butang carian.
  4. Ikuti langkah berikutnya dan lengkapkan borang sehingga selesai.
  5. Pastikan anda mengemukakan dokumen sokongan sebagai bukti / tindakan terhadap kod alasan tidak lulus BPR Fasa 2.

Antara Kod alasan TIDAK LULUS BPR FASA 2 adalah seperti di bawah:

  • 05 – Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan
  • 12 – Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
  • 36 – Pemohon / pasangan adalah penerima GKP
  • 31 – Status perkahwinan perlu pengesahan
  • 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan

Dengan adanya proses rayuan ini, kepada yang telah ditolak permohonannya masih diberi peluang untuk mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula kelayakan oleh LHDN.

Tarikh bayaran bagi pemohon yang telah membuat rayuan masih belum dimaklumkan.Kami akan kemaskini dari masa ke semasa.

Maklumat Lanjut

Sebarang kemusykilan dan pertanyaan berkenaan BPR 2021,anda boleh rujuk soalan lazim di Portal BPR atau

  • Hotline BPR LHDNM: 1 800 88 2747
  • Hotline BPR MoF: 03 8882 4565 / 03 8882 4566


Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More