Ribuan Bebola Jeli Ungu Di Gurun Arizona

0

Ribuan Bebola Jeli Ungu Di Gurun Arizona

Ribuan Bebola Jeli Ungu Di Gurun Arizona

| Assalamualaikum dan selamat sejahtera, penduduk tempatan di daerah Tuscon bingung dengan kemunculan ribuan bebola kecil berwarna ungu yang muncul di tengah-tengah padang pasir Arizona.

Geradine Vargas dan suaminya dikatakan telah menemui benda aneh itu ketika sedang bersiar-siar.

“Kami telah mengirimkan email kepada seorang kawan yang juga seorang pakar zoologi, tetapi dia juga tidak tahu apakah benda itu” ujar Geradine kepada seorang pemberita KGUN-9. “Maksud saya, dia sendiri tidak dapat mengenal pasti asal-usul benda tersebut”

Pihak pemberita memeriksa bebola aneh berkenaan dan melaporkan bahawa ia kelihatan seperti ‘guli yang melekit dan mengeluarkan air apabila dipicit’.

Ribuan Bebola Jeli Ungu Di Gurun Arizona
 

Darlene Buhrow, pengarah pemasaran untuk Tuscon Botanical Gardens berkata bahawa selepas bercakap dengan pihak yang juga ahli botani berpengalaman, jika bebola tersebut merupakan suatu yang semulajadi, ia boleh jadi terdiri daripada sejenis kulat.

Ribuan Bebola Jeli Ungu Di Gurun Arizona
Ada yang mengandaikan bahawa bebola tersebut merupakan salah satu produk daripada Deco Beads yang direka dan kelihatan seperti bebola kecil berisi air yang berfungsi bagi mengelakkan tumbuhan daripada terhidrat akibat kekurangan air.

Walaubagaimanapun, ia sedikit pun tidak dapat menjelaskan kenapa ia diletakkan dalam kuantiti yang banyak di padang pasir.

Ribuan Bebola Jeli Ungu Di Gurun Arizona

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More