Ribut Sonamu Bakal Melanda Pahang

0

Ribut Sonamu Bakal Melanda Pahang

Ribut Sonamu Bakal Melanda Pahang:

KUANTAN –  Pahang sudah membuat persiapan bagi menghadapi ribut tropika atau Sonamu yang diramal melanda negeri ini Rabu dan Khamis ini, diikuti hujan sehingga 11 Januari.

Mengikut ramalan, negeri ini dijangka  mengalami keadaan air pasang rendah esok manakala air pasang tinggi Khamis ini.

Malah angin kencang selaju 30 hingga 40 kilometer sejam turut dijangka berlaku dalam tempoh tiga hari bermula Rabu ini dengan ketinggian ombak 4.5 meter.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri Pahang, Datuk Seri Muhamad Saffian Ismail berkata, maklumat terkini daripada Jabatan Meteorologi meramalkan hujan dijangka tidak lebat pada Khamis ini.

Bagaimanapun, jika hujan lebat pada hari tersebut, beberapa daerah yang berada di persisiran pantai seperti Kuantan, Pekan dan Rompin mungkin berdepan banjir sekali lagi.

“Buat masa ini kita mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi segala kemungkinan.

“Malah bekalan makanan di pangkalan hadapan yang rosak akan diganti baru seperti di Maran dimaklumkan mengalami kerosakan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri di sini, hari ini.

Ribut Sonamu Bakal Melanda Pahang

Muhammad Saffian berkata, persediaan menghadapi kemungkinan banjir kali ini turut membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan memberi bantuan kecemasan.

Selain itu katanya, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyediakan tiga helikopter untuk memastikan penghantaran bekalan ke pusat pemindahan berjalan lancar.

“Memandangkan sebelum ini berlaku kelewatan tiba keperluan di pusat pemindahan, jadi kita mendapatkan bantuan daripada TUDM selain Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bersedia menghantar bantuan ke Pulau Tioman,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 181 pusat pemindahan banjir disediakan bagi tiga daerah berisiko iaitu 66 di Kuantan yang mampu menampung 20,000 mangsa banjir, 84 di Pekan (9,000 mangsa) manakala 31 di Rompin (4,000 mangsa).

Dalam pada itu, Muhammad Saffian berkata, semua aktiviti berisiko seperti perlombongan, pembalakan dan menangkap ikan dibekukan buat seketika sehingga keadaan cuaca kembali normal.

“Pekerja industri perlombongan, pembalakan dan nelayan diingatkan supaya mengelakkan diri daripada berada di kawasan berkenaan dalam tempoh jangkaan ribut tersebut.

“Selain itu, pencinta aktiviti lasak juga dinasihatkan supaya tidak menjalankan aktiviti di hutan dan laut buat sementara waktu,” katanya. – SinarHarian

Ribut Sonamu Bakal Melanda Pahang

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More