Rita Rudaini tak ambil tahu gosip Aidil Zafuan

0

RITA RUDAINI @HIBURAN.MY

18 Dis – Aktres jelita Rita Rudaini tidak peduli dan tak kisah langsung mengenai gosip terbaru bekas suaminya Aidil Zafuan Abdul Razak yang dikatakan bakal bernikah dengan kekasih Zarema Zainal.

“Saya tak nak komen. Mereka tidak ada kena mengena dengan saya dan saya tak perlu ambil tahu,” katanya seperti dipetik laporanMalaysia Digest.

Tambah Rita, kes tuntutan nafkah yang dimintanya sebanyak RM5,392 masih berjalan dan dia menganggap tuntutan itu munasabah kerana itulah jumlah belanja yang diperlukan untuk kedua-dua anak lelakinya.

“Hanya orang yang mempunyai anak saja yang tahu dan faham tentang perbelanjaan anak-anak. Itupun saya dah bagi diskaun pada dia. Dan nasib baik saya bekerja.

“Masa saya dengan dia pun, saya yang uruskan hal anak-anak. Lebih-lebih lagi dengan kos hidup di zaman sekarang. Kalau nak cakap, anak-anak dah besar tak payah lagi minum susu. Rasanya, orang dewasa macam kita pun, kena minum susu sampai tua kan.”

Sementara itu, Rita turut memberitahu dia tidak pernah mengajar anaknya Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Rafqa Arjuna, 2, cara hidup mewah sungguhpun kehidupan tampak seperti mewah.

“Saya tak pernah ajar anak-anak saya hidup mewah. Saya mampu untuk berikan semua tu kerana mereka anak kandung bukan anak tiri saya. Selagi saya mampu, saya akan berikan yang terbaik untuk anak-anak saya.”

Dalam perkembangan lain, Rita bakal muncul dengan filem terbarunya “Balistik” bergandingan dengan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor dan Adi Putra yang bakal menemui penonton pada 9 Januari depan.

 

Sumber dari my.entertainment.yahoo.com

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More