Rumah Paling Kecil Di Dunia

0

Rumah Paling Kecil Di Dunia

Rumah Paling Kecil Di Dunia:

Rumah terkecil di dunia ini telah direka khas untuk menangani masalah harga tanah dan rumah yang melambung tinggi pada zaman ini.

 

Ajaib! Rumah terkecil didunia dibina dalam masa sehari dan rumah tersebut boleh didiami. Rumah tersebut direka oleh seorang arkitek Jerman yang sedang cuba menangani krisis perumahan dengan merekacipta sebiji rumah paling kecil di dunia yang hanya berukuran satu meter persegi. Rumah itu memakan masa hanya sehari untuk dibina.

Rumah itu mempunyai ruang yang cukup untuk menempatkan sofa di dalamnya dan pada waktu malam ia boleh diterbalikkan ke belakang untuk menjadikannya kepada sebuah katil. Arkitek yang bernama Van Bo Le-Mentzel kini menyerahkan pelan rumah ciptaannya yang diberi nama One SQM, dan berharap agar ia akan memperbaiki pasaran perumahan terutamanya dinegara sempit.

Rumah Paling Kecil Di Dunia

“Saya ingin menawarkan rakyat satu pelan membina rumah mereka sendiri. Anda boleh membawanya kemana-mana dan tinggal di taman, tasik ataupun di atas bumbung. Ia adalah rumah sebenar yang anda boleh tambah pemanas, panel suria atau tandas jika mahu,” ujar arkitek terbabit.

Bagi membina rumah ini, pembina hanya memerlukan sebuah tukul besi dan gergaji serta 20 meter papan, 200 skru, empat roda dan tingkap kaca serta sebiji pintu untuk membina rumah yang hanya seberat 40 kg itu. Arkitek ini benar-benar mencipta satu penyelesaian yang terbaik bagi negara sempit dan kecil.

Rumah Paling Kecil Di Dunia

 

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More