Sakinah pilih jejaka Inggeris?

0

sharifah sakinah

BARANG kali ada yang sudah mengetahui mengenai kisah percintaan antara Sharifah Sakinah dan anak Eirma Fatimah, Ahmad Albab, yang sudah pun berakhir baru-baru ini.

Justeru kehadiran adik kepada pelakon Sharifah Shahirah ini di malam gala filem Ular, baru-baru ini bersama seorang jejaka Inggeris yang tidak kurang kacaknya menarik perhatian ramai pihak.

Persoalan yang bermain di fikiran media yang hadir, adakah dia pengganti Albab?

“Bukanlah (ketawa). Nama dia Murad, dia jurulatih gim saya dan dia sebelum ini menjadi jurulatih kak Lyn (Sharifah Haslinda). Dia juga anak angkat mak saya, jadi memang selalulah kami keluar bersama kalau dia tak ada kelas.

“Dia juga minat nak jadi pelakon, jadi saya bawa dia malam ini untuk lihat sendiri bagaimana kerjaya pelakon dan juga filem kita,” jelasnya.

Tambah Sakinah, dia juga kini dalam proses menurunkan berat badan dan oleh kerana itu Murad sering bersamanya.

“Saya dah mula sejak enam bulan lalu dan Alhamdulillah dalam tempoh ini saya dah hilang 12 kilogram (kg). Macam hari ini (malam tersebut), Murad dah lihat segala hidangan dan dia tak kasi saya ambil.

“Kalau dia tak ada tadi memang saya dah makan kuew tiow goreng itu semua. Berat saya sekarang 50kg dan saya sasar turun 3kg lagi,” katanya yang menegaskan masih lagi solo.

‘Ular’ Yang Pertama

Sementara itu, berkongsi mengenai filem Ular, Sakinah berkata filem arahan Jason Chong itu merupakan filem sulung lakonannya. Walaupun watak yang dibawakan ringan tapi sebagai orang yang baru nak berjinak-jinak di layar perak, Sakinah berasa bertuah dan bangga dapat bekerjasama dengan pelakon hebat seperti Lisa Surihani, Yusry dan juga produksi yang sangat komited.

“Ular merupakan filem sulung saya dan ketika penggambaran dilakukan pada 2011, umur saya baru 21 tahun. Tapi memang seronok berkampung di Pulau Tioman untuk penggambaran bersama pelakon yang gila-gila dan krew produksi yang best.

“Watak saya ringan saja iaitu sebagai seorang gadis yang gedik bernama Lin. Dia kawan baik kepada Amy (lakonan Zarina Anjoulie). Saya seronok sepanjang penggambaran. Sepatutnya ada babak saya bersama ular sebenar, tapi pihak produksi tak buat sebab risikonya besar,” katanya.

Ular arahan pengarah Jason Chong, mula  ditayangkan di pawagam pada 5 Disember.

Sumber dipetik dari sinarharian.com.my

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More