Semakan Keputusan Latihan Separa Perubatan SPA Online 2014
Semakan Keputusan Latihan Separa Perubatan SPA Online 2014. Perhatian kepada para calon yang telah menduduki Peperiksaan secara online bagi Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma pada Sabtu 20 September 2014 yang lalu. Anda semua, boleh mula membuat semakan status keputusan mulai jam 12:00 tengahari Isnin 22 September 2014.
Artikel berkaitan
Makluman tentang keputusan ini telah diumumkan berdasarkan satu lampiran kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menerusi laman Facebook rasmi.
Dalam kenyataan itu juga Pihak SPA memaklumkan seramai 42, 876 calon telah menduduki peperiksaan itu dengan jayanya termasuk calon yang berada di luar negara.
- Semakan Keputusan Exam Online Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
Jelas SPA lagi, keputusan peperiksaan akan diumumkan di portal rasmi SPA, http://www.spa.gov.my
Ataupun terus layari sistem semakan online SPA di pautan
http://e-semakan.spa.gov.my yang akan diaktifkan bagi semakan tersebut mulai jam 12:00 tengahari