Panduan semakan online PTPTN dan Baki Sekarang

0 540

Pernahkah anda membuat Semakan Online PTPTN dan baki yang tertunggak sekarang.Segalanya sudah senang,tidak perlu keluar rumah dan bersesak ke kaunter PTPN lagi.

Ini kerana Penyata PTPTN online boleh diakses dengan cepat dan mudah melalui Portal Rasmi PTPTN.Kita juga boleh membuat semakan tunggakan, ansuran bulanan dan melihat perincian pinjaman melalui portal ini.

Panduan semakan online PTPTN dan Baki Sekarang

Baca juga:Cara Daftar I-Akaun Dan Semak Penyata KWSP Online

Nak tahu caranya?Mudah sahaja ikuti panduan yang kami sediakan untuk anda.

Panduan untuk membuat semakan Online PTPTN

Penyata Online PTPTN akan memaparkan baki pinjaman terkini anda, tunggakan, ansuran bulanan dan setiap transaksi bayaran balik yang kita dah buat.

Jadi kita boleh check baki bila-bila masa saja dan tak perlu lagi nak keluar untuk berurusan dengan pihak PTPTN.

Boleh ikuti langkah di bawah untuk anda akses ke portal berkenaan untuk semakan online PTPTN:

1.Log masuk ke pautan Portal PTPTN

Pertama sekali, lawati laman utama Portal PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/ dan klik ikon ‘Semakan Penyata Pinjaman’.

semakan PTptn

Atau anda juga boleh terus mengakses page Semakan Pinjaman PTPTN melalui link berikut:

2. Masukkan No. Kad Pengenalan

Isikan nombor kad pengenalan peminjam yang lengkap di ruang yang tertera.

Seterusnya tekan ‘Semak

3. Masukkan Kata Laluan

Kemudian, masukkan kata laluan.

Jika terlupa, klik ‘Lupa Kata Laluan’ untuk mendapatkan kata laluan baru melalui e-mel.

Bagi pengguna kali pertama, anda perlu menghubungi PTPTN* bagi mendapatkan kata laluan.

4.Semak Penyata

Setelah berjaya login, semakan baki PTPTN akan dipaparkan dalam 2 pilihan melalui ikon ‘Penyata Baki’ atau ‘Penyata Baki Terperinci’.

baki terkini ptptn

Penyata Baki akan memaparkan transaksi terkini anda secara ringkas seperti di bawah.

baki PTPTN terkini

‘Penyata Baki Terperinci’ pula akan memaparkan semua maklumat akaun pinjaman secara lebih terperinci seperti ini.

Penyata PTPTN

Penyata ini boleh dicetak bagi tujuan rasmi dengan menekan butang ‘Cetak’.

Panduan untuk pilihan Penangguhan Bayaran Balik PTPTN

Tahukah anda, selain membuat semakan baki PTPTN online, terdapat pelbagai lagi e-Perkhidmatan yang boleh diakses oleh peminjam.

Jika peminjam mempunyai masalah untuk membuat bayaran balik, terdapat 2 pilihan yang boleh dilakukan oleh peminjam iaitu:

  • Memohon Penangguhan bayaran balik PTPTN; atau
  • Memohon Penjadualan / Penstrukturan Semula Bayaran Ansuran Bulanan

Berikut adalah maklumat tambahan tentang cara membuat kedua-dua permohonan berikut.

i) Memohon Penangguhan PTPTN

Pemohon boleh membuat permohonan untuk membuat penangguhan bayaran balik PTPTN atas sebab-sebab tertentu seperti kehilangan punca pendapatan, menghadapi masalah kewangan dan sebagainya.

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Surat permohonan rasmi penangguhan atau borang permohonan penangguhan yang boleh didapati di Portal Rasmi PTPTN.
  2. Salinan surat tawaran pengajian.
  3. Salinan surat tawaran penaja baru (jika mendapat tajaan dari penaja lain selain PTPTN/ jika melanjutkan pengajian ke luar negara).
  4. Surat pengesahan tarikh tamat pengajian dari IPT (jika tiada dalam surat tawaran).
  5. Sesalinan transkrip dan sijil bagi peringkat pengajian yang telah tamat (jika berkaitan).

Nota:

  • Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.
  • Kos upah tetap dikenakan sepanjang tempoh penangguhan.

ii) Penjadualan / Penstrukturan Semula Bayaran Balik PTPTN

Bagi mengurangkan bebanan ansuran bayaran balik secara bulanan, peminjam juga boleh membuat penjadualan atau penstrukturan semula.

Penjadualan ialah kaedah yang memberi kemudahan kepada peminjam untuk menjadualkan semula Jadual Bayaran Balik (JBB) bagi membolehkan peminjam menyelesaikan hutang mengikut tempoh bayaran balik yang telah ditetapkan.

Penstrukturan pula adalah kaedah yang memberi kemudahan kepada peminjam untuk mengubah struktur JBB dan menetapkan ansuran bulanan berdasarkan kemampuan peminjam.

Melalui kaedah ini, tempoh bayaran balik boleh dipanjangkan sehingga peminjam mencapai umur 60 tahun.

Pertanyaan dan Maklumat Lanjut

Semak dan bookmark media sosial PTPTN di Facebook Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Anda boleh mengajukan mesej peribadi di Facebook untuk mendapatkan respon yang pantas melalui admin PTPTN.

Anda juga boleh terus membuat panggilan ke nombor telefon Careline: 03 – 2193 3000, Faks: 03 – 2193 1263 atau e-Aduan iCare di portal rasmi PTPTN.

Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan melalui pelbagai saluran lain melalui pos di alamat surat menyurat :

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

X
logo hiburan.my

Subscribe Post Terbaru dari kami kepada anda!

Dapatkan PERCUMA Info Bantuan Kerajaan ke Telefon Anda Setiap Hari.
Jangan lupa CONFIRMKAN SUBSCRIPTION di email anda!

Sila confirmkan Subscription INFO PERCUMA kami di EMAIL ANDA SEKARANG!