Panduan buat semakan UPU Online 2020-2021
Cara buat semakan UPU online 2020-2021.Keputusan permohonan UPU Online bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA boleh disemak melalui kaedah atas talian/ online dan melalui Aplikasi UPUPocket 2.0

Semakan program pengajian asasi, sijil, diploma dan ijazah sarjana muda ini dilakukan disebabkan untuk permohonan melalui UPU Online pada 24 Februari sehingga 17 April 2020 yang lalu.
Kemasukan Ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA UPU Online 2020-2021
Isi Kandungan Tutup
Berikut kami kongsikan cara membuat semakan keputusan UPU sesi 2020-2021 melibatkan dua kategori pemohon iaitu lepasan SPM/ setaraf dan lepasan STPM/ setaraf. Ini adalah untuk kemasukan ke Universiti Awam Politeknik Premier Konvensional Metro Kolej Komuniti ILKA TVET IPG dan Kolej Matrikulasi.
Maklumat yang dikongsikan meliputi tarikh semakan dan kaedah semakan UPU :-
i) Lepasan SPM/ Setaraf |
. Menerusi makluman Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), terdapat sebanyak 205,972 permohonan bagi Lepasan SPM diterima dan calon ini terdiri daripada mereka yang layak dan melepasi syarat am serta syarat khas program pengajian.
a) Semakan Panggilan Temuduga UPU
Calon yang terlibat dengan semakan temuduga UPU adalah pemohon yang memilih program pengajian yang bertanda (#) dalam sistem pilihan program semasa membuat permohonan UPUonline.
- Tarikh : 27 April 2020, 1200 p.m
Sistem Aplikasi Semakan Panggilan Temuduga UA / IPG/ Matrikulasi/ Politeknik/ ILKA adalah seperti berikut :-
b) Keputusan Permohonan
- 3 Jun 2020 bermula 1200 tengahari : Hebahan Keputusan Permohonan Lepasan SPM/ Setaraf ke UA/ IPG/ Kolej Matrikulasi/ Politeknik Premier/ Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA
Calon boleh membuat semakan tawaran kemasukan menerusi saluran hebahan berikut :-
- http://jpt.ums.edu.my/
- https://jpt.unimas.my/
- http://jpt.utm.my/
- http://jpt.uum.edu.my/
- http://jpt.umt.edu.my/upu/
Ataupun melalui Aplikasi telefon mudah alih UPUPocket 2.0 yang boleh dimuat turun di Google Play dan App Store
Peringatan : Surat tawaran akan dikeluarkan oleh pihak UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA dan semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh ditetapkan.
Tawaran tempat adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran adalah tidak dibenarkan.
c) Permohonan Rayuan UPU
Tarikh : 3 Jun, 12pm sehingga 10 Jun 2020, 500 pm (5 hari bekerja)
Pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA boleh mengemukakan rayuan.
Untuk permohonan ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi, rayuan boleh dibuat melalui UPUOnline Rayuan di pautan http://upu.moe.gov.my manakala untuk permohonan ke Politeknik Premier, Politeknik Konvensional / METrO, Kolej Komuniti dan ILKA, rayuan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan terus kepada agensi berkaitan.
d) Keputusan Rayuan UPU
Akan dikemaskini
Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA selepas pendaftaran pelajar baharu.
e) Tarikh Pendaftaran Pelajar Baharu
Pendaftaran kemasukan ke 17 UA akan bermula pada 13 Julai hingga 4 Oktober 2020 sementara untuk institusi lain, ianya bermula pada 5 Julai 2020 hingga 4 Januari 2021. Sila rujuk jadual tarikh pendaftaran pelajar baharu untuk maklumat lanjut.
ii) Lepasan STPM/ Setaraf |
Maklumat semakan UPU untuk kategori lepasan STPM/ setaraf :-
a) Semakan Panggilan Temuduga UPU
Semakan Ujian MEdSI Program Sarjana Muda Pendidikan dan Temuduga Bukan Pendidikan bagi Lepasan STPM / Setaraf
- Tarikh : 18 Mei 2020
Sistem Aplikasi Semakan Panggilan Temuduga Ijazah Sarjana Muda – STPM / Setaraf Mengikut UA :-
- Semakan Ujian Medsi
- UPSI : Temuduga Pendidikan
- UTHM
- UNISZA
- UiTM
- UMT
- UMS
- UKM
- UMK
- UM
- UPM
- USIM
- USM
- UTM
- UUM
- UNIMAS
- UIAM
- UPNM
b) Keputusan Permohonan
Artikel berkaitan
- 18 Ogos 2020 bermula 1200 tengahari : Hebahan Keputusan Permohonan Lepasan STPM/ Setaraf ke UA :-
Calon boleh membuat semakan tawaran kemasukan menerusi saluran hebahan berikut :-
- http://jpt.ums.edu.my/
- https://jpt.unimas.my/
- http://jpt.utm.my/
- http://jpt.uum.edu.my/
- http://jpt.umt.edu.my/upu/
Ataupun melalui Aplikasi telefon mudah alih UPUPocket 2.0 yang boleh dimuat turun di Google Play dan App Store
c) Permohonan Rayuan UPU
Tarikh : 18 Ogos 2020
Pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke UA boleh mengemukakan rayuan.
d) Keputusan Rayuan UPU
Fasa 1 : Akan dikemaskini
Fasa 2 : Akan dikemaskini
e) Tarikh Pendaftaran Pelajar Baharu
Akan dikemaskini
Muat Turun UPUPocket 2.0
Pengguna telefon pintar boleh memuat turun/ download aplikasi UPUPocket 2.0 di :-
- Android (Google Play) atau
- Apple (AppStore)
Di antara maklumat dan panduan yang terdapat di aplikasi UPU Pocket termasuklah :-
i) Semakan Status UPU
Membolehkan pengguna untuk menyemak status permohonan UPU, status kelayakan dan keputusan permohonan dan rayuan pemohon.
ii) e-Panduan
e-Guide menyediakan syarat kemasukan ke universiti awam, TVET dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
iii) Kalendar Akademik
Menyediakan butiran mengenai tarikh penting yang berkaitan dengan aktiviti permohonan UPUonline.
iv) Aduan
Maklumbalas berkaitan permohonan UPUonline. Para pengguna boleh menghubungi staf pentadbiran UPU sekiranya mereka mempunyai sebarang aduan atau maklum balas mengenai status mereka melalui ciri ‘Aduan’ yang dibina di dalam aplikasi.
v) Alamat UA
Pertanyaan lanjut berkaitan program yang ditawarkan
Sebab-Sebab Gagal Permohonan UPU
Menurut FB Rasmi UPU, penawaran kemasukan ke UA dibuat adalah berdasarkan kepada dasar markah merit iaitu 90% akademik dan 10% kokurikulum. Antara punca pemohon tidak berjaya adalah seperti berikut :-
- Tidak menekan butang sah dan hantar pada borang online
- Tidak memenuhi syarat yang ditetapkan
- Memohon program luar bidang aliran
- Tidak melepasi temuduga
- Markah merit rendah
- Tidak dipilih Universiti ekoran tempat yang terhad kerana pesaingan yang tinggi
Proses Pemilihan Pelajar Ke UPU

Proses pemilihan kemasukan lepasan SPM & STPM/ setaraf adalah seperti grafik berikut. Pemohon akan disusun berdasarkan kepada markah merit tertinggi hingga terendah.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada maklumat berikut :-
- Portal Rasmi UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
- Facebook Rasmi BPKP, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT)
- Talian helpline UPU di 03-8870 8200 (Waktu Bekerja : jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang)
- SISTEM MAKLUM BALAS telah disediakan bagi membolehkan pemohon untuk membuat sebarang pertanyaan mengenai permohonan UPUOnline. Pelajar atau pemohon juga boleh mengutarakan pelbagai pertanyaan dan masalah yang dihadapi dengan mengakses pautan berikut:-
- https://online.moe.gov.my/upu/maklumbalas/index.php?a=add
Selamat membuat semakan keputusan UPU 2020 online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UA/ IPTA, Politeknik, IPG, Kolej Matrikulasi, Kolej Komuniti dan ILKA yang dihajakani.