Semut Itu Kuat

0

Semut Itu Kuat

Semut Itu Kuat

Kita pernah melihat seekor semut mengheret makanan atau mangsanya yang lebih besar daripada saiz badannya. Sebenarnya, semut adalah serangga yang sangat kuat. Seekor semut boleh membawa barang yang 30 kali lebih berat daripada berat badannya. Sebab itu saya katakan semut lebih kuat daripada manusia sebenarnya.

Kekuatan semut terletak pada rangka di luar badannya yang dikenali sebagai ‘exoskeleton’. `Exoskeleton’ dan susunan otot khas pada tubuh semut memberi kekuatan kepada semut. `Exoskeleton’ melindungi semut daripada cuaca, kecederaan dan kehilangan air. Lapisan pada rangka itu mengandungi pelbagai organik yang dikenali sebagai `chitin’.

Seperti manusia, semut hidup dalam kelompok masyarakatnya sendiri dan mempunyai tiga bidang kepakaran dalam mencari makanan. Kepakaran iaitu terbahagi kepada mengumpul, memburu dan penanam. Sistem itu dipercayai telah wujud sejak kira-kira 40 juta tahun lalu.

Di Amerika Utara, terdapat beberapa spesies semut yang mempunyai watak tersendiri ini termasuklah tukang kayu, askar, pengumpul biji-bijian, penanam kulat malah pencuri dan peminta sedekah. Wohoo..cool!

Semut Itu Kuat

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More