Cara Mohon SIP GIG PERKESO 2022

SIP GIG PERKESO untuk tahun 2022 telah pun dibuka bermula 17 Januari 2022 di mana ia adalah Permohonan  Insentif RM600-RM800 Sebulan Untuk 6 Bulan.

Insentif ini adalah memberi fokus kepada individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji, diberhentikan kerja, penganggur lebih daripada 60 hari, pencari kerja daripada golongan terjejas dan suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada enam (6) bulan yang terlibat dalam pekerjaan yang tidak terikat dengan waktu bekerja menggunakan Platform Digital berdaftar di bawah PERKESO.

Maklumat SIP GIG PERKESO

SIP Gig merupakan insentif kewangan berjumlah RM600 sehingga RM800 sebulan bagi tempoh maksimum 6 bulan bagi pekerja gig yang baharu di bawah Bajet 2022.

Objektif permohonan ini adalah untuk memberi peluang kepada individu yang menganggur atau tidak bekerja untuk melaksanakan pekerjaan secara jangka masa pendek dan menggalakkan pencari kerja atau individu menganggur mengambil peluang pekerjaan merentasi pekerjaan tidak formal atau kerjaya ekonomi gig melalui platform digital.

GIG PERKESO 2022

Kelayakan Permohonan

Berikut adalah individu yang layak membuat permohonan:

  1. Individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji (minimum sebulan) atau yang diberhentikan kerja.
  2. Individu / graduan yang menganggur melebihi 60 hari.
  3. Pencari kerja daripada golongan terjejas seperti OKU, bekas banduan dan lain – lain.
  4. Suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada 6 bulan dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,208 selaras dengan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini.
  5. Semua pekerja untuk program ini mesti berumur 18-60 tahun pada tahun 2022.
  6. Semua pekerja untuk program ini mesti membuat pendaftaran mulai 1 Januari 2022 di platform digital yang berdaftar dengan PERKESO.

Individu yang tidak layak

  • Individu yang aktif bekerja.
  • Individu yang telah menerima insentif di bawah Program KerjayaGig.
  • Individu yang telah menerima insentif mobiliti di bawah Program Penjana Kerjaya tetapi telah berhenti kerja secara sukarela.
  • Pelajar praktikal atau individu yang masih belum tamat pengajian.

Tarikh Permohonan

Permohonan di buka bermula 17 Januari 2022 melalui Aplikasi PERKESO Prihatin atau boleh memohon melalui pautan seperti berikut: https://matrix.perkeso.gov.my.

Tarikh tutup Pemohonan ini adalah pada 30 Jun 2022.

Cara membuat permohonan SIP GIG PERKESO

Berikut adalah cara membuat permohonan:

  1. Muat turun aplikasi PERKESO Prihatin di Apple App Store atau Google PlayStore atau layari matrix.perkeso.gov.my
  2. Layari platform digital yang berdaftar dengan PERKESO sahaja
  3. Buat permohonan di Aplikasi PERKESO atau di matrix.perkeso.gov.my
  4. Sekiranya permohonan diluluskan, log aktiviti perlu dimuat naik setiap bulan untuk menerima insentif.

Di bawah adalah dokumen sokongan yang diperlukan:

dokumen sip gig

Syarat untuk menerima Permohonan Insentif SIP GIG PERKESO

Berikut adalah syarat yang diperlukan:

  1. Menghantar Log Aktiviti pembuktian secara cetakan berkomputer yang mengandungi jumlah komisen berserta letterhead rasmi atau logo platform digital setiap bulan bagi tempoh 6 bulan.
  2. Dengan minimum komisen bulanan berjumlah RM1,200 atau 40 jam seminggu, OBS layak mendapat insentif berjumlah RM600 sebulan.
  3. Sekiranya OBS mencapai jumlah komisen RM2,500 dan ke atas ataupun 60 jam seminggu, insentif tambahan sebanyak RM200 akan diberikan kepada OBS menjadikan insentif keseluruhan berjumlah RM800 sebulan.

Maklumat Lanjut

Sebarang Pertanyaan dan Maklumat lanju,boleh hubungi:

Soalan Lazim

Apakah yang perlu dilakukan oleh Orang Bekerja Sendiri sekiranya mereka ditawarkan pekerjaan sepenuh masa dalam tempoh menerima insentif ini?

Individu yang ditawarkan pekerjaan sepenuh masa perlu melaporkan status pekerjaan mereka kepada
PERKESO dalam tempoh 48 jam menerusi Aplikasi PERKESO Prihatin (SIP Gig) bagi menamatkan pembayaran insentif seterusnya.
Individu yang gagal melaporkan akan diarahkan untuk membayar semula jumlah bayaran yang telah
diterima kepada PERKESO.

Apakah dokumen wajib yang diperlukan oleh Orang Bekerja Sendiri (OBS) untuk pengesahan di Aplikasi PERKESO Prihatin?

Maklumat akaun bank individu bekerja sendiri (salinan muka hadapan penyata bank yang mengandungi nama pekerja, nombor akaun bank, kad pengenalan, dan nama bank).

Senarai surat atau dokumen sokongan mengikut kategori kelayakan:

Pencarum PERKESO yang diberikan notis cuti
tanpa gaji atau yang diberhentikan kerja

Bukti yang dikeluarkan oleh majikan semasa atau terdahulu.
Pencari kerja daripada golongan terjejas yang
berdaftar dengan agensi di bawah kerajaan
Pencari kerja daripada golongan rentan (Tidak
berdaftar dengan agensi di bawah kerajaan)

Suri rumah yang tidak bekerja
sekurang-kurangnya 6 bulan (Pendapatan isi
rumah kurang RM2,208 selaras dengan had
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)

Graduan yang menganggur melebihi 60 hari
Bukti pengesahan yang dikeluarkan oleh agensi yang
berdaftar dengan kerajaan (Contoh: Kad OKU daripada
Jabatan Kebajikan Masyarakat)

Borang Pengesahan Pendapatan dan Tanggungan Isi Rumah
yang disahkan oleh Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi JKKK setempat/ Pegawai Kerajaan Gred A (Gred 41 dan ke atas).

Surat Tamat Belajar yang telah disahkan oleh Institusi
Pengajian Tinggi (IPT)

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Kepada Rakan Anda yang Belum Tahu!