Skim Khairat Kematian BKM sebanyak RM1000 boleh dituntut oleh waris jika berlaku sebarang kematian di mana tuntutan boleh di buat bermula 15 April 2022.
Pentingnya anda isi maklumat waris anda ketika anda membuat permohonan BKM sebelum ini.Jika terjadi perkara yang tidak diingini waris anda boleh membuat tuntutan.
Apakah Skim Khairat Kematian BKM?
Khairat kematian adalah wang sedekah atau derma / sumbangan ikhlas pada kadar tertentu dan diberikan kepada waris seseorang yang meninggal dunia apabila berlaku kematian.
Bagi penerima Bantuan Keluarga Malaysia, anda layak membuat tuntutan khairat kematian seperti berikut:
- Amaun Tuntutan – RM1,000 bagi setiap individu yang layak.
Tujuan Maklumat waris
Maklumat waris adalah penting untuk :
- Waris bagi tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) jika pemohon/ pasangan BKM 2022 telah meninggal dunia; atau
- Wakil bagi penunaian BKM 2022
Baca juga: Permohonan Khairat Kematian Ahli KWSP Tuntutan Sebanyak RM2500
Berikut adalah waris yang layak untuk didaftarkan di dalam permohonan BKM 2022:
- Pasangan
- Ibu
- Bapa
- Anak
– Anak Kandung
– Anak Tiri
– Anak Angkat - Adik Beradik
- Cucu
Siapa boleh tuntut Skim Khairat kematian BKM?
Jika Penerima BKM meninggal dunia,berikut adalah waris yang layak untuk membuat tuntutan:
- Pasangan yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian B (Maklumat Pasangan) pada Borang BKM 2022; atau ii.
- Wakil yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian D (Maklumat Wakil) pada Borang BKM 2022 dan mestilah terdiri daripada hubungan seperti jawapan bagi soalan No. 2.
Ya, jika anda bukan Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia, anda layak menjadi wakil sekiranya hubungan anda dan pemohon adalah terdiri daripada ibu / bapa / pasangan / anak / adik-beradik / cucu yang menetap di Malaysia.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan di buka bermula 15 April 2022.Permohonan boleh di lakukan di cawangan BSN berdekatan anda dengan mengemukakan beberapa dokumen penting.
Dokumen Penting
Berikut adalah dokumen penting untuk buat tuntutan:
- Sijil Kematian asal atau Salinan daripada JPM
- Kad pengenalan wakil
- Dokumen pembuktian pertalian antara penerima (individu layak SKK) dan wakil
Cara buat tuntuan Skim Khairat Kematian (SKKM) BKM
Sediakan dokumen yang dinyatakan di atas dan boleh hadirkan diri ke :
- Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat bersama dokumen; Atau
- LHDN untuk pertanyaan
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui medium berikut:
Talian hotline BKK LHDNM :1 800 88 2747
BKK MoF :03 8882 4565/ 03 8882 4566.