Skim Peka 2.1:Bantuan Pembiayaan sehingga RM 50,000
Skim Peka 2.1.Berita baik buat penduduk Pulai Pinang yang terlibat dalam Perusahaan industri pelancongan dan kreatif boleh memohon Bantuan Pembiayaan inisiatif Skim Pinjaman Kelangsungan Perniagaan atau Skim Peka 2.1 dan Skim Pinjaman Tanpa Faedah Dana Permulaan Industri Ekonomi Kreatif untuk memastikan kelangsungan perniagaan ketika pandemik Covid-19
Keprihatinan kerajaan negeri Pulau pinang untuk membantu rakyat yang terjejas adalah satu inisiatif baik di zaman penularan Covid-19 ini.Di samping bantuan ini,Kerajaan negeri Pinang juga meluluskan Pakej Bantuan Rakyat 3.0 dimana Bantuan Rm500 diberikan untuk peniaga.
Boleh juga baca: Pendaftaran Online Permohonan ERumah Pulau Penang
Maklumat Permohonan Skim Peka 2.1
Maklumat permohonan adalah seperti berikut:
- Tempoh Permohonan: 28 Disember 2020 – 26 Februari 2021
- Jumlah Pembiayaan: RM5,000 – RM50,000
Kelayakan Permohonan
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang diperlukan untuk memohon:
- Nilai jualan tahunan kurang daripada RM15 juta atau bilangan pekerja kurang daripada 75 orang
- Berdaftar dengan MOTAC/ Pihak Berkuasa Tempatan
- Pengusaha sektor pelancongan yang berdaftar dan beroperasi di Pulau Pinang
- Syarikat tidak disenarai hitam
- Mempunyai lesen perniagaan yang sah
- Berdaftar dengan SSM
- Pemohon SKIM PEKA 1.0 dan 2.0 yang berjaya adalah TIDAK LAYAK
Artikel berkaitan
Antara pengusaha yang layak memohon:
- Hotel berlesen dan masih beroperasi
- Tempat tarikan pelancongan berlesen atau pengusaha pelancongan yang dianggap dapat membantu industri pelancongan oleh PETAVE
- Galeri seni dan tempat persembahan kesenian berlesen
- SPA/ Pusat Urut Kaki yang berdaftar dengan MOTAC
- Pengusaha program pengalaman ‘homestay’ yang berdaftar dengan MOTAC
- Pengusaha pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC dan beroperasi di Pulau Pinang
- Pengusaha feri dan cruise pelancongan
- Lain-lain pengusaha berkaitan sektor pelancongan yang boleh membuktikan kebergantungan yang besar ke atas pelancongan serta terkesan serta mengalami impak negatif semasa pandemik Covid-19
Cara Membuat Permohonan
Borang permohonan boleh di muat turun melalui pautan di bawah:
Maklumat lanjut dan Pertanyaan
Sebarang pertanyaan,boleh hubungi talian berikut : 04 – 650 5133 / 017 – 581 5133 atau boleh layari di laman pdc.gov.my untuk keterangan lanjut.