Skim perumahan belia BSN MyHome-i Permohonan dan panduan
Permohonan skim Perumahan belia BSN.Berita baik buat pasangan yang sudah berkahwin dan berumur antara 25 hingga 40 tahun serta belum mempunyai rumah pertama dipelawa untuk membuat permohonan bagi Skim Perumahan Belia BSN (Youth Housing Scheme YHS)

Skim Perumahan Belia BSN diwujudkan untuk membantu pasangan suami-isteri yang berumur antara 25-40 tahun dan memperoleh pendapatan tidak melebihi RM10,000 sebulan untuk memiliki rumah idaman pertama mereka
Skim Perumahan Belia adalah insentif oleh kerajaan Malaysia dan BSN (Bank Simpanan Nasional) dengan kerjasama pintar kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Cagamas.Pasangan belia yang sudah berkahwin disarankan mengambil peluang ini sebaik mungkin dengan mengemukakan permohonan kerana Skim Perumahan Belia BSN terhad kepada 20,000 pembeli pertama sahaja serta berkonsepkan ‘siapa cepat dia dapat’
Permohonan dan panduan cara memohon Skim perumahan belia BSN MyHome-i
TARIKH PERMOHONAN SKIM PERUMAHAN BELIA | |
Dibuka | Ditutup |
1 Januari 2020 | 31 Disember 2021 |
Tarikh di atas adalah tarikh yang dilanjutkan berdasarkan pembentangan Belanjawan 2020 |
Artikel berkaitan
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SKIM PERUMAHAN BELIA BSN |
Warganegara Malaysia |
Berumur dari 25 tahun hingga 40 tahun |
Berkahwin |
Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan |
Belum memiliki rumah sendiri |
Pemegang akaun BSN GIRO / GIRO-i |
MANFAAT DAN KELEBIHAN SKIM PERUMAHAN BELIA BSN |
Kadar bunga yang rendah antara BR+0.45% sehingga BR+2.85% |
Menawarkan jaminan pinjaman sebanyak 10% menerusi Cagamas untuk membolehkan peminjam memperoleh pembiayaan penuh |
Bantuan kewangan bulanan sebanyak RM200 untuk pelanggan bagi dua tahun pertama bermula daripada pengeluaran pinjaman yang pertama (terhad kepada 10 ribu unit rumah) |
Pembiayaan sehingga 100 peratus harga pembelian dan sehingga 5 peratus harga pembelian bagi MRTT atau MRTA |
Pengeculian pembayaran duti setem sebanyak 50 peratus bagi penjanjian pinjaman |
Pembiayaan sehingga maksimum RM500,000 dengan tempoh pembayaran balik sehingga 35 tahun atau umur maksimum 65 tahun |
Persoalan Sering Ditanya (FAQ) Dan Jawapan Skim Perumahan Belia BSN |
SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN : SKIM PERUMAHAN BELIA BSN
PEMOHON BERGAJI / PEMOHON BERSAMA (PASANGAN SAHAJA) |
Salinan kad pengenalan |
Sijil perkahwinan yang sah |
Slip gaji 3 bulan terkini Nota: Bagi permohonan tunggal, suami atau isteri pemohon perlu mengemukakan satu (1) salinan slip gaji terkini |
Penyata bank 3 bulan terkini |
Slip gaji dan penyata bank 6 bulan terkini (pendapatan lain) |
Penyata KWSP |
PEMOHON BEKERJA SENDIRI / PEMOHON BERSAMA (PASANGAN SAHAJA) |
Salinan kad pengenalan |
Sijil perkahwinan yang sah |
Pendaftaran syarikat (SSM) |
Borang B/BE + Resit LHDN |
Penyata Kewangan Syarikat |
Penyata bank syarikat untuk 6 bulan |
Dokumen lain seperti laporan lawatan tapak dan sebagainya |
BORANG PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN SKIM PERUMAHAN BELIA BSN |
Bagi yang berminat dengan Skim Perumahan Belia/-i boleh mengemukakan permohonan dan mendapatkan borang |
Borang Manual Skim Pinjaman / Pembiayaan Skim Perumahan Belia BSN |
BERKAITAN |
Maklumat Lengkap / Rasmi Skim Perumahan Belia BSN |
Sebarang keterangan lanjut berhubung dengan Skim Perumahan Belia/-i, sila kunjungi cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran |
Boleh layari laman web di www.mybsn.com.my atau hubungi talian hotline khidmat pelanggan BSN di 1300-88-5465 |