Cara mohon skim Rezeki Ternak Ruminan 2022

Skim Rezeki Ternak Ruminan 2022 merupakan kesinambungan daripada skim yang sama diperkenalkan sebelum ini.Permohonan skim ini kini dibuka kepada semua penternak kecil yang berumur tidak kurang 18 tahun dan memenuhi syarat kelayakan yang telah di tetapkan

Bagi penternak kecil yang berminat untuk mendapatkan bantuan penternakan,di sini kami kongsikan cara membuat permohonan dan syarat-syarat permohonan yang ditetapkan

Maklumat Skim Skim Rezeki Ternak Ruminan 2022 DVS

Skim ini dibangunkan bertujuan membantu penternak bagi mengekalkan sumbangan mereka dalam bidang penternakan disamping mensasarkan peningkatan pendapatan bagi golongan penternak kecil.

Skop bantuan adalah dalam bentuk bantuan:

  • Induk ternakan ruminan (lembu, kambing, bebiri & kambing tenusu – dengan konsep geran padanan 10:90)
  • Bantuan input penternakan
  • Bantuan peralatan
  • Pembaikan kandang/ reban

Matlamat Program

Petunjuk prestasi utama / sasaran Program Rezeki Ternak Ruminan (Bantuan Ternakan) adalah:

Dalam tempoh 3 tahun Perjanjian, peserta harus mencapai KPI atau sasaran prestasi keseluruhan ladang seperti yang dipersetujui di dalam perjanjian Pelaksanaan Program Reseki Ternak yang perlu ditandatangani oleh peserta.

Tempoh permohonan Skim

Permohonan di buka kepada penternak kecil bermula dari tempoh:

  • 1 Disember hingga 31 Disember 2021

Boleh juga baca: Cara Mohon Skim BSN PEMERKASA-NITA Bantuan Sehingga RM50,000

Syarat-syarat permohonan

Berikut adalah syarat-syarat permohonan yang ditetapkan untuk memohon:

  1. Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 55 tahun pada 1 Januari tahun permohonan
  2. Penternak kecil sedia ada yang berdaftar dengan e-vetpermit, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia
  3. Mempunyai modal tunai sekurang-kurangnya 10% dari nilai perolehan induk ternakan (bagi geran padanan 10:90 bantuan induk ternakan ruminan)
  4. Mempunyai pengalaman menternak sekurang-kurangnya satu tahun dan masih aktif beroperasi
  5. Mempunyai kawasan menternak yang sah dan kemudahan yang sesuai
  6. Pemohon tidak menerima bantuan yang sama dari agensi/ jabatan lain dan pemohon berupaya untuk melaksana dan mengurus projek
Program bantuan rezeki ternak ruminan dvs 2022

Cara untuk memohon

Pemohon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat yang di tetapkan boleh mengisi borang permohonan dengan mengimbas Kod QR seperti yang tertera pada poster di atas.

Anda juga boleh mendapatkan borang permohonan melalui pautan DISINI

Maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.boleh hubungi melalui medium-medium ini:

No Telefon Urusetia:03-88702406/ 03-88702421

Laman web: http://www.dvs.gov.my/

Media Sosial Facebook: https://www.facebook.com/veterinarmalaysia/posts/267949822023413

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Sila Share Artikel Ini Dahulu Kepada Rakan Anda yang Belum Tahu!

X