Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Skim Rumah Pertamaku 2022,Pinjaman sehingga 110% tanpa deposit

Pernah dengar tentang Skim Pertamaku?Rumah merupakan perkara paling asas dalam kehidupan namun dengan kenaikan kos sara hidup kini menyebabkan harga rumah turut terkesan. Paling terkesan adalah golongan muda yang baru sahaja ingin memulakan kehidupan mereka. Justeru itu, skim ini membolehkan pembeli rumah pertama tidak perlu membayar 10% wang pendahuluan. Nilai rumah pula perlulah bermula dari RM 100,000 hingga RM 500,000 sahaja.

Apa itu Skim Rumah Pertamaku (SRP) ?

Skim Rumah Pertamaku (SRP) adalah inisiatif pemilikan rumah yang pertama kali diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu pembeli-pembeli rumah pertama yang berpendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,000 (tertakluk kepada RM5,000 setiap pemohon) untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan pembeli rumah pertama untuk mendapat pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat dan membolehkan pemilikan rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia. Cagamas SRP Berhad (“CSRP”) akan menjamin sehingga 20% pertama atas dasar ‘kerugian pertama’.

Tapi memandangkan ramai yang tak “sempat” menyimpan, kerajaan menyediakan Skim Rumah Pertamaku (SRP) khas untuk pekerja sektor swasta.Melalui skim ini, anda boleh mendapatkan pembiayaan pinjaman sehingga 100%.Jadi anda tak perlu fikir tentang duit deposit rumah 10% atau kos guaman 5%.Semuanya ditanggung SRP.

Untuk memohon, pembeli perlu menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu. Jika anda layak, anda boleh teruskan dengan permohonan pendaftaran. Jika tidak layak,anda boleh cuba pinjaman kerajaan yang lain untuk pekerja swasta seperti:

Perumahan Belia BSN MyHome-IPerumahan PR1MA
Rumah Residensi WilayahRumah Mesra Rakyat SPNB

Syarat kelayakan Permohonan

Syarat berdasarkan dari laman rasmi SRP ialah

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pembeli rumah pertama
  3. Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri
  4. Pemohon individu atau bersama
    • Harta tanah kediaman dan dihuni pemilik
    • Nilai harta tanah sehingga RM500,000
  5. Pendapatan kasar isi rumah sehingga RM5,000 untuk pemohon tunggal/RM10,000 untuk pemohon bersama
  6. Pembiayaan sehingga 110% *
  7. Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas

* Pembiayaan >100% hingga 110% hanya untuk pemohon yang berpendapatan isi rumah ≤RM5,000 + membeli harta tanah ≤RM300,000

Cara Memohon Skim Rumah Pertamaku

Permohonan boleh di buat melalui cara berikut:

1.Pilih rumah yang anda nak dan dapatkan dokumen perumahan yang berkaitan

2.Buat semakan kelayakan anda untuk pembiayaan rumah di bawah SRP.Kelayakan boleh di semak melalui Pautan INI

3.Sediakan Dokumen sokongan pendapatan anda yang berkenaan.

4.Hantar permohonan Pembiayaan Melalui Skim Rumah Pertamaku ke cawangan bank yang terlibat.Selesai!

Senarai Bank

Berikut adalah senarai bank yang terlibat di dalam skim ini:

Affin Bank (03-5522 3000)AmBank/ Ambank Islamic (03-2178 8888)
Bank Muamalat (1 300 88 8787)Hong Leong Bank/ Hong Leong Islamic Bank (1 800 38 8888)
Standard Chartered Bank (03-7711 8888)Public Bank/ Public Bank Islamic (1 800 22 9999)
Standard Chartered Saadiq (03-2117 7941)Alliance Bank/ Alliance Islamic Bank (03-2612 9266 / 9267)
Bank Islam (03-2690 0900)CIMB Bank/ CIMB Islamic Bank (1 300 880 900)
Maybank/ Maybank Islamic (1 300 88 6688)OCBC Bank (1 300 88 5000)
RHB Bank (1 800 88 4663)OCBC Al-Amin (1 300 88 0310)
RHB Islamic Bank (Sem. Malaysia: 03-9206 8118 & Sabah & Sarawak : 082-276118)United Overseas Bank Malaysia (03-2612 8121)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:

SOALAN LAZIM:

Q: Jika bekerja sendiri dengan pendapatan RM2,000 boleh mohon Skim Rumah Pertamaku?

A: Tidak boleh. Skim SPR hanya terhad kepada pekerja di dalam sektor swasta sahaja, termasuk badan-badan berkanun yang tidak menawarkan kemudahan pinjaman/pembiayaan perumahan kakitangan kerajaan.

Q: Sekiranya saya bekerja sendiri dan pasangan bekerja di sektor swasta bolehkah kami memohon skim ini?

A: Tidak. Hanya pasangan anda yang layak mohon skim tersebut.

Q: Saya dan pasangan berpendapatan RM5,000 sebulan dan ingin membeli rumah berharga RM300,000. Bolehkah kami mohon skim ini?

A: Boleh. Dibawah skim ini, pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan bagi peminjam perseorangan atau peminjam bersama tidak boleh melebihi 60% daripada gabungan pendapatan bersih bulanan kedua-dua peminjam.

Andaikan jumlah komitmen sedia ada (ansuran kereta + pinjaman peribadi) adalah RM1,200.

Dalam kes ini, pembayaran balik maksimum bagi pinjaman perumahan dibawah SRP tidak boleh melebihi RM1,410 sebulan seperti tertera di bawah ini:

Contoh kiraan :

  • Gabungan pendapatan kasar : RM2,000 + RM3,000 = RM5,000
  • Gabungan pendapatan bersih : RM4,350 (pendapatan selepas potongan berkanun; cukai, KWSP & SOCSO)
  • 60% daripada RM4,350 = RM2,610 (jumlah komitmen)
  • Pembayaran balik pinjaman perumahan tidak boleh melebihi: RM2,610 – RM1,200 = RM1,410

Berdasarkan kadar faedah/keuntungan semasa dan tempoh maksimum pembiayaan yang dibenarkan selama 35 tahun (tertakluk kepada umur peminjam tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan), jumlah pembiayaan maksimum yang layak anda ambil adalah lebih kurang RM294,000.

Q: Adakah skim ini termasuk pembinaan rumah di atas tanah sendiri?

A: Tidak. Skim ini tidak meliputi pembinaan rumah di bawah tanah sendiri.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Kepada Rakan Anda yang Belum Tahu!