PKP, PKPB, PKPP dan PKPD: SOP Perkara yang boleh dan tidak boleh

0 736

Berikutan kes wabak pandemik yang meningkat begitu mendadak pada awal Januari 2021 yang lalu,kerajaan telah membuat keputusan untuk melaksanakan PKP, PKPP, PKPB dan PKPD seluruh negara.

Mesti semua masih keliru lagi apa maksud PKP, PKPB, PKPP dan PKPD serta perkara apa yang boleh di buat dan tidak boleh di buat.Jom kami senaraikan semua perkara yang berkaitan.

[KEMASKINI 30 Mei ] LOCKDOWN

Antara Intipati Penting Sidang Media MKN:

  1. Kompleks beli-belah ditutup pada 1 Jun hingga 14 Jun kecuali premis pasar raya, pasar raya besar dan bahagian seksyen makanan dan minuman, serta keperluan asas
  2. Klinik haiwan dan kedai makanan haiwan, Kedai dobi, dobi layan diri dan kedai cermin mata Bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti DIBENARKAN
  3. Keluar rumah hanya dibenarkan untuk membeli barang keperluan, 2 orang sahaja kecuali perubatan dan sebagainya
    Tertakluk kepada radius 10 kilometer sahaja
  4. TASKA, tabika, tadika swasta, tadika di sekolah swasta, antarabangsa dan ekspatriat serta pusat perkembangan minda bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun TIDAK DIBENARKAN beroperasi KECUALI bagi frontliners dan ibu bapa yang kedua-duanya bekerja
  5. Restoran, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kiosk untuk take away dan penghantaran ke rumah dibenarkan
  6. Aktiviti penjualan makanan dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran dari jam 8 pagi hingga 8 malam
  7. Aktiviti sukan dan rekreasi secara individu di kawasan terbuka tanpa bersentuhan fizikal terhad dibenar kepada joging dan senaman sahaja
    Perlu patuhi penjarakan fizikal 2 – 3 meter dan dilakukan di kawasan kejiranan sahaja bermula 7.00 pagi sehingga 8.00 malam
  8. Rentas negeri, daerah bagi pasangan jarak jauh tidak dibenarkan dalam tempoh ‘Total lockdown’ fasa pertama.

[KEMASKINI 28 Mei]

  • Penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.
  • Sepanjang tempoh ini, SEMUA sektor TIDAK DIBENARKAN untuk beroperasi KECUALI sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Jika Fasa Pertama ini berjaya mengurangkan kes-kes harian COVID-19, Kerajaan akan melaksanakan lockdown Fasa Kedua,iaitu dengan membenarkan pembukaan semula beberapa sektor ekonomi yang tidak melibatkan perhimpunan yang besar serta boleh mematuhi penjarakan fizikal. Lockdown Fasa Kedua ini akan dilaksanakan untuk tempoh empat minggu selepas Fasa Pertama berakhir.

Setelah berakhirnya lockdown Fasa Kedua, langkah seterusnya ialah memasuki Fasa Ketiga, iaitu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan seperti yang berkuat kuasa pada masa ini di mana aktiviti sosial tidak dibenarkan dan hampir semua sektor ekonomi dibenarkan
beroperasi tertakluk kepada SOP yang ketat serta kehadiran secara fizikal di tempat kerja yang dihadkan.

Susulan keputusan kerajaan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial, Kementerian Kewangan akan memperincikan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan. Pengumuman mengenai pakej bantuan ini akan dibuat dalam masa terdekat.

Keputusan untuk beralih dari satu fasa ke fasa yang berikutnya akan tertakluk kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

[KEMASKINI 22 Mei]

Sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju untuk memperketatkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berkuatkuasa 25 Mei.

Operasi kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji, penjaja, gerai makan atau kiosk: 8.00 pagi – 8.00 malam
Penjualan makanan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran: 8.00 pagi – 8.00 malam
Kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai keperluan harian: 8.00 pagi – 8.00 malam
Pasar malam: 4.00 petang – 8.00 malam
Kedai makanan haiwan: 8.00 pagi – 8.00 malam
Stesen minyak – 8.00 pagi – 8.00 (malam kecuali stesen minyak di lebuh raya boleh beroperasi sehingga 24 jam.)
Kedai dobi, dobi layan diri, kedai cermin mata, pusat cuci kereta, kedai guntung rambut dan salun: 8.00 pagi – 8.00 malam
Kedai farmasi: 8.00 pagi – 10.00 malam

Selain daripada pengurangan masa operasi, satu lagi strategi yang dirangka oleh Majlis Keselamatan Negara adalah penguatkuasaan Work From Home / Bekerja Dari Rumah (BDR) yang dipertingkatkan iaitu:

  • 80% kakitangan kerajaan akan bekerja dari rumah
  • 40% kakitangan swasta akan bekerja dari rumah

Pengangkutan awam juga akan dihadkan kapasiti kepada 50% (seperti LRT dan sebagainya).

[KEMASKINI 19 Mei]

Menurut sidang media yang dijalankan oleh Pasukan Khas COVID-19 Selangor, kerajaan negeri Selangor akan melaksanakan inisiatif sendiri untuk memudahkan pendapatan vaksin negara. 

Oleh itu, kerajaan negeri memutuskan untuk mengeluarkan Program Vaksin Covid-19 SELGATE Covid-19. Perniagaan yang inginkan vaksin kepada para pekerja boleh daftar atas talian melalui aplikasi Selangkah atau melalui laman sesawang rasmi Selangkah.

Tambahan, kerajaan mendesak rakyat untuk patuhi SOP yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan demi mengelak PKP besar-besaran. Ini adalah untuk mengekalkan kestabilan ekonomi negara. 

[KEMASKINI 11 Mei]

Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Pe­rintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei sehingga 7 Jun dengan me­nguatkuasakan larangan rentas daerah dan rentas negeri kecuali untuk tujuan kecemasan, kesihatan, bekerja, ekonomi, janji temu vaksinasi dan pasangan jarak jauh.

Solat Sunat Aidilfitri di masjid dan surau dibenarkan dengan kehadiran jemaah tidak melebihi 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah.

Manakala 20 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang daripada 1,000 jemaah. Had bilangan jemaah yang sama terpakai bagi solat fardu lima waktu dan solat Jumaat

Antara SOP yang diumumkan oleh Perdana Menteri:

  1. Semua aktiviti sukan dan rekreasi adalah dilarang kecuali sukan dan rekreasi individu di kawasan terbuka.
  2. Pusat Asuhan Kanak-kanak, tabika, taska dan tadika dibenarkan beroperasi mengikut SOP
  3. Bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan bergantung kepada jumlah yang dibenarkan
  4. Dine-in atau makan di restoran dan kedai makan adalah tidak dibenarkan
  5. Penjualan makanan secara pandu lalu dan bungkus adalah dibenarkan
  6. Bilangan orang yang dibenarkan di dalam pengangkutan awam mestilah mematuhi penjarakan fizikal dan SOP
  7. Ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah tidak dibenarkan

Sementara itu, Sabah, Sarawak dan Labuan tertakluk kepada kerajaan negeri masing-masing. 

[6 Mei]

Diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri, PKP 3.0 akan dilaksanakan di kawasan-kawasan berikut pada bermula 7hb Mei sehingga 20hb Mei:

  1. Kuala Lumpur
  2. Johor – Johor Bahru, Kulai, dan Kota Tinggi;
  3. Perak – Taiping, Larut Matang, dan Selama;
  4. Terengganu (14 mukim dalam daerah Besut kecuali Mukim Hulu Besut) – Kampung Raja, Lubuk Kawah, Pelagat, Tenang, Keluang, Bukit Kenak, Kubang Bemban, Jabi, and Kerandang.

Sementara itu, Bazar Ramadan di seluruh Selangor akan berhenti beroperasi mulai 8 Mei. Manakala, Bazar Aidilfitri dan Pasar Malam boleh beroperasi sehingga 10 malam dengan kawalan SOP yang ketat. 

[KEMASKINI 5 Mei]

Enam dari sembilan daerah di Selangor akan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 6 Mei sehingga 17 Mei.

Enam daerah berikut ialah:

  1. Hulu Langat
  2. Petaling
  3. Gombak
  4. Klang
  5. Kuala Langat
  6. Sepang

Manakala daerah lain dalam naungan negeri Selangor – Sabak Bernam, Kuala Selangor, dan Hulu Selangor akan menjalani PKPB.

Antara pelaksanaan bagi PKP 3.0 ini:

  1. Daerah PKP tidak dibenarkan untuk merentas daerah ke kawasan PKPB atau PKP.
  2. Aktiviti sosial seperti bazaar Ramadan masih dibenarkan beroperasi dibawah SOP yang ketat.

Antara SOP Aidilfitri 2021:

PKP

  1. Ziarah Aidilfitri hanya dibenarkan pada 1 Syawal dengan kehadiran kurang 15 orang.
  2. Solat Aidilfitri dibenarkan mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri.
  3. Ziarah kubur tidak dibenarkan.

PKPB

  1. Ziarah Aidilfitri hanya dibenarkan pada 1 – 3 Syawal dengan kehadiran kurang 20 orang.
  2. Solat Aidilfitri dibenarkan mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri.
  3. Ziarah kubur dibenarkan.

PKPP

  1. Ziarah Aidilfitri hanya dibenarkan pada 1 – 3 Syawal dengan kehadiran kurang 25 orang.
  2. Solat Aidilfitri dibenarkan mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri.
  3. Ziarah kubur dibenarkan.

[KEMASKINI 27 April]

Diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri:

i) PKPB akan dilanjutkan di 6 negeri Selangor, KL, Johor, Pulau Pinang, Sarawak & Sabah (dari PKPP ke PKPB)

ii) PKPP di Perlis, Kedah, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Putrajaya dan Labuan.

iii) PKP di 10 daerah di negeri Kelantan.

Pelanjutan ini akan berkuatkuasa 29 April 2021 sehingga 17 Mei 2021 kecuali Sarawak yang bermula 27 April sehingga 17 Mei 2021.

Selain itu, pengumuman SOP Hari Raya Aidilfitri akan dibuat tidak lama lagi sebelum berakhirnya bulan Ramadan.

[KEMASKINI 30 Mac]

Diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri, PKPB di negeri Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang and Kelantan akan dilanjutkan dari April 1 ke April 14.

PKPB di Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Terengganu, Putrajaya dan Labuan akan dilanjutkan kepada April 14.

[KEMASKINI 18 Mac]

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata dalam keputusan dimuktamadkan, hari ini, tiga kategori kesalahan itu ialah tinggi, sederhana dan normal.

Tinggi: Kesalahan yang menyebabkan risiko penularan tinggi atau memberi impak jangkitan COVID-19 dalam komuniti pada skala besar.
Kompaun: Minimum RM5,000 

Sederhana: Kesalahan yang menyebabkan risiko penularan tinggi, namun tidak memberi impak jangkitan COVID-19 pada individu.
Kompaun: Minimum RM3,000 

Normal: Kesalahan boleh menyebabkan risiko penularan jangkitan COVID-19 yang rendah dan tiada kesan langsung penularan dalam komuniti. Ini lebih kepada individu.
Kompaun: 
Minimum RM1,500 

[KEMASKINI 17 Mac]

Kerajaan berkemungkinan tidak perlu lagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh merangkumi seluruh negara atau sesuatu negeri.

Sebaliknya, kawalan pergerakan hanya dilaksanakan mengikut lokaliti dan secara tertumpu kepada kluster berkaitan sahaja.

Selain itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelancaran Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bernilai RM20 bilion untuk mengurangkan beban negara sambil merangsang ekonomi negara.

PEMERKASA akan menumpukan pada 20 insentif strategik untuk meningkatkan ekonomi Malaysia, menyokong perniagaan tempatan dan meneruskan bantuan kepada masyarakat dan sektor yang terlibat.

Antara insentif yang disampaikan ialah:
1. Kerajaan akan menaikkan peruntukan bagi program imunisasi daripada 3 bilion kepada 5 bilion ringgit untuk mempercepatkan sasaran imunisasi berkelompok pada Disember 2021,

2. Kerajaan akan memperuntukkan 1.2 bilion ringgit kepada 2.4 juta penerima untuk mendapatkan bantuan seperti berikut:
• Bantuan tunai secara one-off sebanyak 500 ringgit diberikan kepada golongan B40 yang telah hilang pendapatan; dan
• Bayaran tambahan sebanyak 500 ringgit diberikan kepada penerima BPR yang berpendapatan 1,000 ringgit dan ke bawah.

[KEMASKINI 16 Mac ]

Diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui siaran media PKP:

– Negeri Kedah, Perak dan Negeri Sembilan akan berubah dari PKPB kepada PKPP.
– Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan KL, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak kekal PKPB.
– Negeri Perlis, Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, WP Labuan dan WP Putrajaya kekal PKPP.
– Berkuatkuasa 19 Mac – 31 Mac 2021.
– Pergerakan merentas daerah DIBENARKAN (kecuali di Sabah & Sarawak). Manakala, rentas negeri masih TIDAK DIBENARKAN.
 Bazar Ramadhan, Bazar Aidil Fitri dan solat tarawikh DIBENARKAN.
– SOP Bazar Ramadhan: Daftar Mysejahtera, berlainan pintu keluar dan masuk, jumlah pengunjung yang terkawal, 3 petang – 8 malam, [SOP terperinci bakal menyusul]
– SOP Bazar Aidil Fitri: Daftar Mysejahtera, berlainan pintu keluar dan masuk, jumlah pengunjung yang terkawal, 10 pagi – 12 malam, [SOP terperinci bakal menyusul]

[KEMASKINI 10 Mac ]

Kerajaan mengumumkan Gelembung Pelancongan Bersasar yang membenarkan pelancong bergerak dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), merentas negeri PKPP lain.

Kebenaran pergerakan itu tertakluk kepada penggunaan perkhidmatan agensi pelancongan berdaftar, merangkumi khidmat pengangkutan dan penginapan.

[KEMASKINI 3 Mac ]

Pelancong perniagaan yang ingin memasuki negara ini, kini boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui portal https://safeguard.mida.gov.my, berkuatkuasa hari ini.

Sumber: Astro Awani

[KEMASKINI 2 Mac ]

Diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui siaran media PKP pada jam 5.00 petang.

PKPB: Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur), Johor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak 

PKPP: Negeri Perlis, Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Wilayah Persekutuan (Putrayaja dan Labuan).

“Pelaksanaan PKPB dan PKPP bagi negeri ini berkuat kuasa 5 Mac hingga 18 Mac ini kecuali Sarawak bermula 2 Mac hingga 15 Mac ini,” katanya.

Merentas daerah dibenarkan kecuali di negeri Sabah. Tetapi, merentas negeri masih tidak dibenarkan.

[KEMASKINI 18 Februari]

Bermula Jumaat, 19 Februari, tiada lagi peraturan makanan satu meja dua orang setelah diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Tetapi mengikut kesesuaian saiz meja dan SOP penjarakan fizikal satu meter antara satu sama lain dikekalkan.

Selain itu, kebenaran lebih dari dua orang dalam satu kereta dibenarkan mengikut kapasiti kenderaan.

[KEMASKINI 16 Februari]

Diumumkan sebentar tadi jam 5.00 petang, oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, PKP akan dilanjutkan di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur), Johor dan Pulau Pinang sehingga 4 Mac.

Manakala negeri Perlis akan menjalani PKPP, dan negeri Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah, akan menjalani PKPB.

Semua ini akan bermula 19 Februari.

Selain itu, larangan pergerakan melebihi 10KM dibatalkan. Tetapi larangan rentas daerah dan negeri masih dikekalkan.

[KEMASKINI 12 Februari ]

Semua jenis sukan dan rekreasi seperti jogging, briskwalking, berbasikal, tenis, badminton, ping pong, permotoran, latihan kemahiran kendiri secara berseorangan, gimnasium, golf DIBENARKAN bermula 12 Februari 2021

Semua jenis sukan dan aktiviti rekreasi yang melibatkan sentuhan masih lagi TIDAK DIBENARKAN

[KEMASKINI 9 Februari ]

Kerajaan memutuskan untuk membenarkan semua perniagaan dalam sektor peruncitan untuk kembali beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bermula Rabu, 10 Februari.

Antara sektor peruncitan yang dibenarkan kembali beroperasi termasuklah kedai pakaian dan fesyen, aksesori, kasut, barangan dan perkhidmatan fotografi, barangan terpakai, kedai bunga, alat permainan, permaidani, alatan sukan, kosmetik, peralatan dapur, aksesori kenderaan, Ar-Rahnu.

Selain itu, premis makanan dibenarkan beroperasi secara ‘dine-in’ atau makan di dalam restoran tetapi dihadkan kepada dua (2) orang satu meja sahaja.

[KEMASKINI 7 Februari]

Penambahbaikan terhadap SOP bagi Tahun Baru Cina telah dinyatakan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan adalah seperti berikut:

  • Makan besar keluarga hanya dibenarkan pada 11 Februari, tidak melebih 15 orang dan tinggal dalam lingkungan 10km sahaja.
  • Aktiviti keagamaan di rumah ibadat adalah;
    • pada 11, 12 & 19 Februari
    • tidak melebih 30 orang pada satu masa
    • memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal
    • dari jam 6 pagi – 2 petang
    • tempoh waktu sembahyang dan sanitasi selang 30 minit
  • Aktiviti keagamaan Hokkien, Bai Tian Gong dibenarkan di rumah halaman masing-masing pada malam 19 Februari.

[KEMASKINI 4 Februari ]

Persidangan khas oleh Perdana Menteri yang berlangsung jam 3.30petang tadi mengumumkan kerajaan telah memulakan kerjasama dengan pihak penyedia perkhidmatan perubatan swasta untuk menggunakan hospital, klinik, makmal, kepakaran, perkhidmatan dan sumber manusia bagi tujuan membantu meringankan beban yang ditanggung oleh Kementerian Kesihatan.

Tambahan, tindakan penguatkuasaan akan dipertingkatkan. Antaranya;

  • Arahan penutupan serta merta premis perniagaan yang tidak mematuhi peraturan dan SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan
  • Tindakan perundangan terhadap pemilik perniagaan, pemegang francais, operator francais dan pihak berkepentingan lain dalam rantaian organisasi perniagaan;
  • Tindakan perundangan terhadap rantaian pengurusan pekerja asing meliputi majikan, ejen pembekal pekerja, kontraktor utama, sub-kontraktor dan orang perseorangan;
  • Tindakan kompaun yang lebih tinggi kepada pesalah berulang atau pesalah yang telah diberi amaran;
  • Tindakan penjara ke atas pesalah yang melanggar peraturan dan SOP; dan
  • Tindakan tatatertib ke atas Penjawat Awam yang tidak mematuhi Peraturan dan SOP termasuk kepada Ketua Jabatan berkaitan pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah

Selain itu, anggota RELA yang berjumlah lebih 3 juta orang di seluruh negara akan membantu tugasan penguatkuasaan SOP di premis-premis perniagaan dan tempat awam.

Turut, pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mulai hujung bulan Februari dengan 3 fasa:

  • Fasa pertama akan melibatkan sejumlah 500,000 petugas barisan hadapan
  • Fasa kedua akan melibatkan kumpulan yang berisiko tinggi dijangkiti COVID-19
  • Fasa ketiga akan melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas

Tambahan, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan:

  • Bermula 5 Februari (Jumaat) pasar malam, kedai gunting rambut dan carwash boleh beroperasi.
  • Manakala bagi Tahun Baru Cina: disambut dirumah sendiri dan tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman.
  • Rumah ibadat hanya dibenarkan 5 ahli jawatankuasa sahaja.

[KEMASKINI 2 Februari ]

Menurut sidang media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang disiarkan pada 2 Februari 2021, 3.30petang,  Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0) akan dilanjutkan di semua negeri kecuali Sarawak dan akan berakhir pada 18 Februari 2021.

Berikutan pelaksanaan itu, SOP juga akan diperketatkan (menunggu pengumuman dari KKM) demi menangani penularan wabak Covid-19.

[KEMASKINI 21 Januari ]

Kerajaan bersetuju melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tujuh negeri dan berakhir pada 4 Februari 2021.

Negeri berkenaan adalah Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Sabah, Melaka, Wilayah Persekutuan (Labuan, Putrajaya, Kuala Lumpur) dan Johor.

Selain itu, kedai makan kini boleh beroperasi sehingga jam 10 malam tetapi makan di premis masih tidak dibenarkan.

[KEMASKINI 20 Januari]

Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari di enam negeri berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam 22 Januari hingga 4 Februari.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, enam negeri terbabit ialah Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis.

[KEMASKINI 18 Januari]

Pada 18 Januari 2021, pukul 4:00 petang, oleh YAB Perdana Menteri telah umumkan sebuah pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia, atau secara ringkasnya, PERMAI yang bernilai sebanyak 15 bilion ringgit. Apa bantuan-bantuan yang dah dikeluarkan kerajaan 2021 ni?

[KEMASKINI 12 Januari]

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak Covid-19 di Malaysia.

Walau bagaimanapun, telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri darurat yang diisytiharkan:

  • tidak ada perintah berkurung
  • bukan satu bentuk rampasan kuasa tentera
  • kerajaan awam akan terus berfungsi

Maksud PKP, PKPB, PKPP dan PKPD dan SOP yang dibenarkan

1. PKP 2.0 (Perintah Kawalan Pergerakan)

PKP 2.0

2. PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan)

PKPP merupakan kelonggaran yang telah diberikan oleh pihak kerajaan dan tiada lagi kawalan ketat pihak berkuasa seperti sekatan jalan raya. Orang ramai disarankan mematuhi SOP dengan menjaga penjarakan fizikal, memakai pelitup muka serta kerap mencuci tangan.

pkpp

3.PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat)

Pelaksanaan PKPB perlu dilakukan sebagai langkah berjaga untuk membendung dan mencegah penularan penyakit Covid-19 susulan kes COVID-19 yang semakin meningkat. Termasuk mengehadkan perhimpunan di majlis, acara atau aktiviti sosial, manakala sektor ekonomi masih dibenarkan beroperasi seperti biasa dengan mematuhi prosedur standard operasi (SOP) ditetapkan.

pkpb

4.PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan)

Kawalan pergerakan penuh. Tiada pergerakan dibenarkan dan dilaksanakan jika kes menular tinggi secara berselerak.

pkpd

Sumber di ambil dari:

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More