Cara mohon SPUR 2.0 Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan Covid-19 PUNB
SPUR 2.0 merupakan salah satu inisiatif lanjutan dari SPUR yang telah di perkenalkan oleh PUNB pada 7 Mei 2021 yang lalu untuk membantu usahawan bumiputera yang terkesan yang ingin menceburi bidang perniagaan setelah kehilangan pekerjaan ekoran penularan wabak COVID-19.
Bagi individu yang berminat berniaga dan kehilangan pekerjaan boleh ekoran penularan wabak ini boleh membuat permohonan pembiayaan perniagaan melalui Skim Pembiayan Usahawan Terkesan COVID-19 (SPUR) 2.0.Ikuti maklumat lanjut mengenai skim ini di bawah
Objektif Skim Pembiayaan
Objektif skim pembiayaan oleh SPUNB ini adalah untuk:
- Meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam bidang keusahawanan
- Menyediakan kemudahan dari aspek kewangan dan pembangunan keusahawanan
- Memastikan usahawan dan perniagaan Bumiputera kekal berdaya saing dan berdaya tahan
- Mempergiat aktiviti perniagaan dan meningkatkan ekonomi
Keistimewaan skim permbiayaan Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan Covid-19 PUNB
3 keistimewaan skim ini untuk pemohon ialah:
1. Latihan dan Pembangunan Usahawan- Kursus dan latihan disediakan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan usahawan dalam bidang pengurusan kewangan, pemasaran, tadbir urus korporat dan pengurusan am.
2. Sewaan Hartanah PUNB- Usahawan berpeluang untuk menjalankan perniagaan mereka (jika ada) dengan kadar sewaan yang kompetitif.
Ibra’ Pembiayaan- Ibra’ (rebat) sehingga 50% daripada jumlah pembiayaan akan diberikan kepada pembayar pembiayaan yang baik (tertakluk kepada terma & syarat).
Maklumat Skim SPUR 2.0
Berikut adalah maklumat pembiayaan ini:
- Jumlah pembiayaan: RM50 ribu hingga RM100 ribu
- Kadar keuntungan: 3.5% setahun (berdasarkan kadar baki bulanan)
- Tempoh pembiayaan: Sehingga 5.5 tahun (termasuk 6 bulan moratorium)
Kelayakan permohonan
Syarat kelayakan di bahagikan kepada dua iaitu usahawan dan perniagaan.Berikut adalah syarat-syarat kelayakan permohonan:
i) Usahawan
- Individu Bumiputera yang telah hilang pekerjaan akibat penyusutan ekonomi ekoran penularan wabak COVID-19.
- Berumur antara 18 hingga 55 tahun ketika memohon.
- Pemohon mestilah pemilik atau pemegang saham utama syarikat/perniagaan.
- Pemohon perlulah mengikut format permohonan yang telah ditetapkan di portal SPUR.
ii) Perniagaan
- Ingin memulakan perniagaan atau telah beroperasi.
- Menjalankan perniagaan sepenuh masa.
- Dimiliki dan diterajui sekurang-kurangnya 70% oleh Bumiputera.
- Entiti milikan tunggal/perkongsian/Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)/Sendirian Berhad.
- Perniagaan dari rumah atau beroperasi dari premis perniagaan.
- Tidak bercanggah dengan prinsip Syariah.
- Keutamaan diberikan kepada yang telah mula menjalankan perniagaan.
Jenis Perniagaan
Berikut adalah jenis perniagaan yang boleh di mohon untuk skim ini:
- Perniagaan dalam bidang peruncitan.
- Sistem dan automasi.
- Kesihatan.
- Hospitaliti.
- Penggerak perniagaan (pembangunan perisian, logistik, penggudangan dan perkhidmatan penghantaran).
- Kreatif (kraftangan, cenderahati, seni lukis, seni halus (kaligrafi), animasi (infografik), hiasan dalaman dan fesyen).
- Pertanian dan perlombongan.
- Perumahan dan hartanah (aktiviti perniagaan melibatkan kerja-kerja pembinaan).
- Kewangan (Pembiayaan dan pajakan samada produk kewangan/bukan kewangan, bitcoin, dagangan wang asing (forex), pajak gadai dan perkhidmatan kiriman wang).
Manakala sektor perniagaan yang tidak layak dibiaya ialah:
- Pertanian dan perlombongan.
- Perumahan dan hartanah (aktiviti perniagaan melibatkan kerja-kerja pembinaan).
- Kewangan (Pembiayaan dan pajakan samada produk kewangan/bukan kewangan, bitcoin, dagangan wang asing (forex), pajak gadai dan perkhidmatan kiriman wang).
Boleh juga baca: Cara Mohon Skim Agro-YES Agrobank Pembiayaan Sehingga RM200,000
Cara memohon Skim SPUR 2.0
Permohonan boleh di buat melalui laman web yang disediakan di pautan berikut:
Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan:
- Layari pautan yang di sedikan di atas
- Klik butang ‘Daftar Sekarang.’
- Klik bahagian ‘Daftar.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
- Log masuk dengan memasukkan email dan kata laluan.
- Seterusnya isi maklumat permohonan yang diperlukan.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Lengkapkan permohonan sehingga selesai.
Dokumen Sokongan
Berikut adalah dokumen yang diperlukan:
i) Perniagaan yang telah beroperasi
- Surat/bukti pemberhentian kerja.
- Rancangan Perniagaan (pemohon perlu mengisi maklumat diperlukan semasa permohonan).
- Salinan kad pengenalan (pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham).
- Gambar berukuran pasport (pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham).
- Penyata akaun bank bagi tempoh 3 bulan dari tarikh terkini (penyata akaun bank individu/akaun gaji ketika membuat permohonan).
- Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terkini
- Penyata akaun transaksi perniagaan atau rekod jualan perniagaan bagi tempoh 3 bulan.
- Lesen perniagaan dari majlis/lesen khas/perjanjian sewa premis perniagaan dan lesen lain yang berkaitan.
- Pendaftaran syarikat:
- Bagi pendaftaran Enterpris, sila sertakan Borang D (Milikan
- Tunggal/Perkongsian/Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP).
- Bagi perniagaan Sendirian Berhad, sila sertakan Borang 9,24,44,49,32A,M&A atau seksyen 17,78,46(3),58 (Sdn Bhd), 105, perlembagaan atau yang setara.
ii) Perniagaan yang baru beroperasi
- Salinan kad pengenalan (pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham).
- Surat/bukti pemberhentian kerja. (mula diberhentikan kerja dari Januari 2020)
iii) Video syarikat dan perniagaan (pautan sahaja)
Spesifikasi video adalah seperti berikut:
- Video dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
- Sumber pautan dari YouTube (video haruslah terus kekal berada di YouTube sehingga keputusan permohonan pembiayaan diperolehi).
- Durasi maksimum video selama 3 minit.
- Pengenalan latar belakang perniagaan dan syarikat.
- Penerangan tentang produk atau perkhidmatan ditawarkan.
- Keistimewaan produk atau perkhidmatanVideo haruslah
Maklumat lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi :
- Pusat Khidmat Pelanggan PUNB di talian 1300 13 7862
- Email di customerservice@punb.com.my.