STR Bujang 2023 adalah bantuan Tunai untuk individu bujang yang berusia 21 tahun ke atas.Bagi mereka yang belum lagi membuat permohonan.,Permohonan sudah pun di buka bermula 1 Mac 2023 manakala manual borang bermula pada 8 Mac 2023.
Anda dah buat permohonan baru dan sudah buat semakan?Jika belum boleh rujuk SINI untuk maklumat mengenai permohonan Baru.
Apakah itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 merupakan bantuan tunai yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat dalam pembentangan bajet tahunan khususnya.Bantuan Tunai Rakyat (BTR) (*dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Antara bantuan sebelum ini ialah termasuklah BKM, BPR, BSH dan BR1M.
Kelayakan permohonan STR Bujang 2023
Pemohon bujang layak menerima bantuan ini jika memenuhi kategori yang di tetapkan:
i) Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Semakan Permohonan
Untuk membuat semakan permohonan boleh rujuk cara berikut:
Maklumat Terkini dan status pembayaran boleh di rujuk soalan lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR 2023
Untuk semakan,ikuti langkah di bawah:
- Klik Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Maklumat yang akan dipaparkan
- Nama Pemohon
- No Mykad Pemohon
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)

Jumlah Bayaran STR Bujang
Untuk Penerima Bujang,jumlah pembayaran adalah RM350.Boleh rujuk jadual di bawah:
NOTA:
Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
- Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
- Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
- Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan.
Tarikh Pembayaran Setiap Fasa
Berikut adalah tarikh bagi setiap pembayaran mengikut fasa:
Fasa 1 (17 Januari) : RM100SUDAH DIBAYARFasa 2 (5 April) RM100SUDAH DIBAYAR- Fasa 3 (26 Jun) : RM150
- Fasa 4 (November) : RM0
Semua : RM350
Boleh juga baca: Tarikh dan jumlah Pembayaran Bagi Setiap fasa STR 2023
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
- Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
- Semakan secara Aplikasi Mobile Sumbangan Tunai Rahmah; atau Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOS
- Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747
- Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
- Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR)
- Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC.